!!~ SELAMAT DATANG ~!!

"Maaf Seandainya terdapat Kandungan yang berunsur peribadi dan Kurang bermanfaat buat Pembaca. Cedoklah sebanyak mana Kebaikan dan Tapislah segala Kelemahan serta Kecacatan." -admin-

Thursday, November 17, 2011

Demam itu percikan Api Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..




Pernah tak demam masa kita zaman budak-budak dulu? Mesti pernah dan apa yg mak kita akan buat? Bawa kita pergi jumpa doktor atau mak sendiri jadi doktor di rumah? Ada tak mak kita ambil tuala kecil, kemudian rendamkan dalam air asam jawa, pastu mak kita pun letak atas dahi kita. Ada tak? Semestinya ada. Betul tak wahai sahabat-sahabat sekalian?

Jadi di sini saya nak kongsi sedikit tentang ilmu FIQH PERUBATAN.


APA PETUNJUK RASULULLAH S.A.W UNTUK RAWATAN DEMAM?


  1. Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.
  2. Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.
  3. Daripada hadis Nafi' bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.
  4. Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: "Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.
Last but not least, rupa-rupanya petua orang-orang tua dahulu sebenarnya sesetengahnya ada tertulis dalam hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya: "Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati".





p/s : Jangan mencaci demam itu.. Kerana ianya penghapus dosa .. Dan itu tanda Kasih Sayang Allah kepada kita.. Dia mahu kita suci daripada dosa .. =)



Terima Kasih sudi Baca Sampai habis

Suka? Seronok?

36 Suara Anda:

cantekk said...[Reply to comment]

dulu, kalau demam mak sll ajar rendam daun durian belanda dgn air, basahkan tuala kecik ngn air tu, perah skit, tepek kt dahi..

YOUsoF said...[Reply to comment]

LOVE this entry bro! ;)



Daripada fikir sakit, biasanya aku lebih suka fikir yang Allah memang nak hapuskan dosa² kecil kita dengan sakit tu.


Tapi ada orang yang kalau demam makin takut nak mandi..

delarocha said...[Reply to comment]

kena redha klu dapat penyakit ni.. boleh menghapus dosa

najihah sahami said...[Reply to comment]

betul tu, sakit tu penghapus dosa kecil. tp alep..mish dh lama xdemam, banyak la dosa mish tak terhapus eh? huhu

Aisyah Aina said...[Reply to comment]

aku suka demam. tidur je. tak payah buat kerja :D

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...[Reply to comment]

tima kaseh atas info ye :)

Noh Kodiang said...[Reply to comment]

Sbnrnya aku suka baca benda2 camni...mengingatkan ak kepada mati...

IMANSHAH said...[Reply to comment]

untuk manusia mengingat Allah

sergeant keroro said...[Reply to comment]

betul, aku pon pernah dengar jugak. hehe XD

Saiazuan said...[Reply to comment]

hmm cara islam, tak perlu ubat, cukuplah air zam2 kan :)

Anif Abdullah| AA said...[Reply to comment]

info yang bagus ni.. time exam,aku selalu jugak tak sihat.. maybe dugaan Allah nak bg kut ..

Syuxer said...[Reply to comment]

good info neh..aku percaya ramai yang tak tau pasal neh..petua tradisional memang lebih mujarab..

terima kasih ya rasulullah s.a.w yang telah berikan petua yang mudah..:)..

bab berendam dalam sungai yang mengalir slepas subuh2, aku surrender hehe..sejuk wooo..

Cik Gee said...[Reply to comment]

sesungguhnya, gee baru tahu...... <3

~SaL IjOu~ said...[Reply to comment]

demam atau sakit itu kifarah dosa~ =)

miss inna said...[Reply to comment]

apa yang inna tahu selama ini, demam tu salah satu cara utk menghapuskan dosa2 kecil kita..btw, gus sharing info..^^

Zul Fattah said...[Reply to comment]

betul tu, aku stuju alif.. setiap pnyakit itu penghapus dosa..

cik pha said...[Reply to comment]

sakit itu penebus dosa =)

Fara E's said...[Reply to comment]

baru tahu . sobsob

Bui Junaidi said...[Reply to comment]

sebab tu bui suka demam..gugur dosa2 kecil..hehe..

adwafarahin said...[Reply to comment]

agreed ngan ayat last skali tu ^^

semutsengal said...[Reply to comment]

Alhmdullilah, setakat ni aku sehat lagi.

Kau ok ?

Aimi Rosli said...[Reply to comment]

alhamdulillah. dapat 1 ilmu baru hari ini :-)

Niena Pengembara Ilahi said...[Reply to comment]

akak tgh demam skang.. Alhamdulillah, Allah bagis kte rasa sakit... :D

cik sakdi said...[Reply to comment]

kalu aku demam,,aku mandi. nak berendam kat baldi xmuat. eheheheh

r-5 said...[Reply to comment]

terima kasih sangat berguna ilmu ni.. :)

JR Online said...[Reply to comment]

Memang benar, setiap kesakitan adalah medan terbaik utk memuhasabah diri..Dlm pembaringan yg memeritkan itu banyak yg sentiasa terfikir termasuk kemungkinan sapaan malaikat maut di luar jendela(JR menulis ini berdasarkan pengalaman sendiri...

Duit Jatuh Dari Langit, Jom Pergi Kutip

CNK said...[Reply to comment]

anda di tag. lets join: http://pelangichanteque.blogspot.com/2011/11/ga-009-3rd-giveaway-by-yana.html

:)

hara said...[Reply to comment]

sdikit ujian tu tandanya Allah syg dan ingat kat kita.

dmm ke? get well soon~

ChaCha said...[Reply to comment]

yup2..betul tu...

stp tahun mesti demam.. :)

Alif said...[Reply to comment]

Allah menyayangimu jika sesuatu ujian ditimpa keatas kamu...

apik pehe said...[Reply to comment]

betol sangat2..apik sokong petak2..huhu

zureen said...[Reply to comment]

zureen tengah demam ni..
:(

Anonymous said...[Reply to comment]

What a truly joy of a piece of writing..

nurfatiha blacky said...[Reply to comment]

betol2, penyakit boleh mengahapus doa.

Aretikz said...[Reply to comment]

bersyukurlah kita bila demam ^_^

nurul said...[Reply to comment]

Terima kasih haris peringatan ni,tengah demam ni..hu2 -)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top