Rabu, 21 September 2011

Orang kata Hantu bau busuk


Assalamualaikum..


Ini zaman muda-muda punya cerita.. Waktu itu aku sedang dalam latihan dan dikehendaki berkampung didalam hutan.. Aku sebagai runner perlulah untuk kesana kesini menyampaikan arahan atau menyampaikan apa-apa sahaja yang perlu disampaikan ke tempat yang seperti diarahkan..




Aku paling tak suka bila hari malam , cuaca suram , cahaya bulan takdak, jalan kesana sini teraba-raba.. Bukan kerana tiada torchlight, tapi kerana mengambil langkah berjaga-jaga kerana musuh akan dapat detect kedudukan kita melalui cahaya lampu..





***************

So nak dijadikan cerita, perkara yang aku benci itu terjadi juga.. dan bertambah bencinya aku bila dapat arahan untuk bergegas ke headquarters (Markas yang menempatkan pegawai berpangkat) yang berada di tengah lengkungan pertahanan kami.. Sebab apa aku benci ? Sebab jauh.. 

"headquarters tu kalau boleh jauh lagi sampai hujung dunia !" Aku berseloroh dan disambut dengan ketawa kecil skuad aku..

Aku pn berlalu sambil menggalas senjataku bersendirian..


**************


Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa.. Kadangkala berhembus dengan agak kencang disitu.. Aku mendongak ke langit, suram. Tiada bulan untuk menyuluh jalanku yang penuh onak duri.. Bunyi cengkerik dan unggas hutan selang seli berbunyi.. Kadangkala bunyi-bunyian itu seperti mengejek-ngejekku yang sedang berjalan teraba-raba.. Kuang asam !


Dikala angin berhembus ke arahku, tiba tiba aku terhidu bau sesuatu.. 

"Bau cilaka ape nih !" getus hatiku.. Sambil membesarkan lubang hidung untuk meningkatkan keupayaan menghidu ke tahap maksimum..

Bau itu hilang setelah angin berlalu.. Aku terus melangkah dengan derapan kaki yang paling perlahan dan taktikal sambil mencapai senjata yang digalas dengan pantasnya seperti dalam game Counter-Strike ..


Sekali lagi bau itu menusuk hidung aku apabila angin menderu ke arahku.. Tiba-tiba boleh pulak time tu aku teringat ada orang cakap, "kalau makhluk halus atau hantu tu jauh, bau wangi je, bila hantu tu dekat, bau busuk !"

Cuba bayangkan , anda berjalan bersendirian di dalam hutan pada waktu malam yang suram.. Tiba-tiba terfikir pasal hantu-hantu dan jembalang.. Memang meremang la bulu-bulu semua kan ?
Teringatkan kata-kata orang tu, aku mempercepatkan langkahku agar cepat sampai ke markas headquarters.. Fikiran aku dah terbayang sweet terloncat-loncat, polong, pontianak, penanggal , jembalang, hantu bonceng.. Err


Aku redah je jalan berliku tu.. mana-mana ranting kayu menghalang jalan aku sepak je.. Gila kental ! 

Tapi yang membuatkan aku semakin resah bila semakin aku maju ke hadapan, semakin kuat bau cilakak tu.. Aku memperlahankan semula langkahanku.. Bulu roma yang terpacak sejak dari tadi masih tidak turun-turun lagi.. Leher pula rasa meremang semacam je.. Peluh dingin mula merembes.. 

Aku terus melangkah.. Bila aku rasa bau itu sudah terlalu hampir dengan aku, aku berhenti melangkah.. 


"Jangan lah kacau aku ! Aku tak kacau kau !" Aku cuba berbicara dengan "dia".. Sambil membaca ayat-ayat suci Al quran yang aku ingat.. 


" Siapa pula yang kacau kau ni ? " Tiba-tiba kedengaran suara menyahut dari dalam belukar berhampiran.. Akibat terkejut , aku lantas mengacu senjata ke arah belukar sambil menyuluh dengan torchlight..

" Siapa tu !? Keluar ! " Aku menggertak dia..

       
"Woi ! apa suluh-suluh ni ! aku tengah berak la gila !" Kelihatan wajah Leftenan Muda Hanif sedang menahan silau di sebalik belukar-belukar itu.. 






p/s : Watak hanya rekaan semata-mata..
p/s : Hidung perlu belajar membezakan antara bau taik dan bau busuk yang lain.. 
p/s : Syukran aku ucapkan buat kak nurul haida atas doodle yang diberikan =)

Comel doodle ni.. Baju pn sama mcm baju raya aku .. =D TQ kak haida



Sabtu, 17 September 2011

Nafsu Blogging Jatuh Merudum bila......

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..


1. Bila masuk Semester baru, Wifi mcm cilakak.. 

2. Bila masuk Semester baru, dapat hostel bahagian hutan-hutan sana.. memang Wifi tak dapat la.. Haha..

3. Bila Jadual pack sem baru ni.. Biasa lah kan.. Tahun depan dah LI (Latihan Industri)

4. Bila pasang azam nak belajar gile kental sem ni.. Say No to facebook and Blog.. Yeke ni ? Err.. Dah macam mission Impossible ~

5. Bila sibuk menjalani latihan tembak-tembak.. Bukan tembak yang bukan-bukan tu ! tak yah fikir lain. 


****************


Tapi aku terharu pula bila ada yang concern dengan keadaanku ini..

Kak Nurul Haida @ cundaa menconteng di wall facebook ku..







Sememangnya mereka Blogger prihatin.. Terima kasih..
Terharu aku.. Nak nangis sebaldi boleh? Okay gedik..

******************


Pastu aku nak kenalkan kawan aku waktu interview masuk universiti kat kem terendak, Melaka dulu..



Gambar kau ke ni ? err

Patut la muka mcam pernah nampak.. Sapa setuju dunia ni kecik je ?
Sapa setuju sila berenang dari laut china Selatan sampai Selat Melaka melalui lautan Pasifik, atlantik, lautan India... Hehe.. Gurau je :)



p/s : Semalam aku ke KL > Klang > KL > Subang > Banting menaiki motor dengan gigihnya walaupun hujan.. 
Fuuh !

p/s : Terima kasih Nuff atas pemberian BE baru .. =)


Selasa, 13 September 2011

Bodoh Kerana Tegakkan Benang yang Basah

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

        Pernah tak anda basahkan benang, lepas tu cuba untuk tegakkan benang tu?? Sememangnya aktiviti tegakkan benang yang basah itu adalah aktiviti yg berfaedah .. Sila lah buat aktiviti tu pada masa lapang ye .. Jadikan hobi supaya orang cakap yang otak anda sangat cerdas dan sangat sihat wal afiat .. !!



Okay itu cuma muqaddimah tutur kata aku kali ini.. Menulisnya aku pada malam ini bukanlah untuk bergossip atau omong kosong, tapi untuk berbicara sedikit tentang sikap dan gelagat segelintir manusia zaman kini yang semakin hari semakin pelik dan jelik aku menontonnya..

Semakin jauh perjalanan aku sebagai manusia semakin banyak karenah dan gelagat manusia yang aku jumpa.. Kadangkala menggembirakan hati kadangkala mengjengkelkan hati malah kadangkala membuat hati ini benci dan meluat kepada seseorang itu.. 

Dan antara mereka yg tergolong dalam mereka-mereka yg dibenci dan menjengkelkan itu adalah mereka yang hobinya suka tegakkan benang yang basah ..

Maksud aku mereka ini suka tegakkan perkara yang salah.. Walaupun sudah terang lagi bersuluh perkara itu salah..

Adakah mereka fikir hanya dengan jawatan atau pangkat yang tinggi itu boleh membuatkan orang lain hanya mengangguk tanda mengiyakan dan membenarkan perkara yg salah itu  ??

Daammmn ! What a disgusted thinking !


Tak payah lah .. Jangan hanya kerana mereka itu berjawatan lebih tinggi mereka boleh membakul sampahkan pendapat dan perdebatan orang lain yang mungkin berada di pihak yang betul..

So muhasabah lah diri tu sama ada tergolong dalam golongan mereka-mereka itu ataupun tidak..


Okay No Offense..


Pandai-pandai lah fikirkannya.. Kata budak lepasan universiti.. Belajar tinggi  tapii....... akal macam tak tinggi je.. Wakaka =D (*Sila terasa seandainya anda tergolong dalam golongan mereka-mereka itu)




p/s : Mana ada aku marah.. nnt cepat tua hehe =)
p/s : Sebenarnya ditujukan khas buat seseorang (yang penting bukan blogger)







Sabtu, 10 September 2011

Baraan @ Konvoi Raya Sesi 2011

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ...

Selamat hari raya ! Rasanya belum terlambat lagi untuk aku wish raya lagi kan.. Sebab sekarang masih hari raya.. 


Okay u alls tahu apa itu baraan ? Baraan tu bahasa jawa.. Sopo kene wong jowo, yok baraan bareng.. Hehe.. Dalam bahasa melayunya, Konvoi raya lah lebih kurang ..

Dan baru-baru ini aku ada join konvoi raya bersama kawan-kawan lama waktu sekolah menengah dulu.. Walaupun dah bertahun kami tidak bersama, namun jalinan ukhuwah itu tetap utuh.. Mungkin kerana terjalinnya dahulu atas dasar bersahabat kerana Allah.. aicece

Sebenarnya aku malas nak cerita panjang sebab jari kata penat.. So aku bagi peluang para gambar untuk bercerita sahajalah. ok Layan ~

User Guide : Sila Klik pada Gambar untuk pembesaran automatik..

pukul 11.30 a.m... Ini Rumah pertama yg dituju.. (Tuan rumahnya merupakan pelajar UPM)
Lokasi Telok Panglima Garang..


Pukul 12.20 p.m ... Rumah Kedua (rumah penulis blog ni).. Sapa ye?
Lokasi Telok Panglima Garang..

Pukul 1.15 p.m... Rumah ketiga ( Tuan Rumah pelajar UKM)
Muka semua dah lapar.. Arrghh rasa mcm nk mkn kusyen je..
Lokasi Telok Panglima Garang..

Pukul 2.20 p.m... Rumah keempat ( Tuan Rumah pelajar .. Err lupa pulak adoii)
Muka semua menunggu mihun goreng yg sedang dihidang..
lokasi Banting..

Pukul 3.00 p.m  perut dah kenyang... Itu Penulis dan abg Photographer  Nabil Syahmi..
Kami semua On the way to surau.. Solat Zohor sat
Lokasi Banting..

Pukul 4.30 p.m... Rumah kelima (Tuan Rumah pelajar USIM)
Kat sini dapat makan lagi, kenyang wooo alhamdulillah :p
Lokasi Sungai Lang..

Hai bang, penat drive ke penat makan. ?


Sorang lagi abang Photographer..


Habis Beranda rumah orang dibuat posing nth hape2..


Tak Cukup dengan beranda, tingkap rumah orang pn dibuat posing.. Demmm~ haha


Wajah-wajah ceria kami di hari raya..


Dua orang lagi abang Photographer..
"Gaya itu penting".. Haha


Pukul 6.30 p.m .. Rumah Terakhir (Tuan rumah merupakan pelajar .. Err lupa jugak,, adoii lagi)
Dapat makan lagi.. Perut semua dah TERkedepan..


Sempat main mercun sebelum bersurai..

Ada yang pulang ke banting, ada yang pulang ke Telok panglima Garang, dan ada juga yang pulang ke Tg Karang..


Ni gambar ape pulak ni .. Menyibuk je !



-Sekian-



p/s : Dah nak masuk belajar balik .. Tapi mo0d Raya tak switch lagi ke mo0d Study !


Rabu, 7 September 2011

Borak Bersama Lionel Messi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..


Lionel Messi adalah antara pemain yang handal berkelas dunia kelahiran Argentina.. 

Selain kehebatannya mengawal dan menguasai bola di atas padang Messi ni juga kelakar orangnya.. Tak percaya ce tengok vid clip sesi borak-borak kami bersama Messi..  



Hahah .. saya nak beli gula-gula perisa strawberry =D


Source : Youtube



p/s : Penat Hari ini sehari suntuk beraya rumah kawan.. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...