Khamis, 1 Disember 2011

Your Life Is Sucks ? Its okay

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum..



Tak semua orang dikurniakan jalan dan rezeki yang sama dalam kehidupan ini. Ada yang merasai kehidupan yang macam ......pfffttt, ada yang kehidupan dia seronok, ada yang kehidupan dia sederhana, ada yang kehidupan dia senang lenang dan bermacam-macam lagi. Mungkin ada dikalangan kita yang kehidupannya tak berapa nak seronok. Lebih kurang macam kehidupan pfftt la. Kehidupan yang sentiasa membuat kita mengeluh. 

Kadang-kadang tu kita sudah buat sesuatu perkara sehabis baik. Dah all out bak kata orang. Tapi apa yang kita dapat...... macam pffftt. Contoh paling senang dalam bab pelajaran. Kita tengok kawan-kawan kita yang study dia tak berapa nak hard tapi bila waktu result keluar, mesti 3.5 and above.. Sedangkan kita yang study bagai nak rak, mata rabak dek tak tidur malam, tapi waktu keluar result, menangis kita.. 

Okay CHOP ! Aku menulis ni bukan untuk menambah kekecewaan korang. Tidak sama sekali !

Aku menulis untuk menegaskan bahawa kita semua sama. Kita semua juara. Kita sama hebat.

Hey anda sedar tak yang anda adalah juara. Anda lahir kedunia ini sebagai juara ! Tiada siapa dalam dunia ini dilahirkan untuk menjadi loser . Setiap antara kita punya kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mungkin kita memang failed bab study, tapi mungkin kita ada natural skill dalam perniagaan. Mungkin kita loser gila bab sukan, tapi kita memang smart dalam study. Mungkin seseorang tu kita lihat dia excellent dalam setiap perkara, tapi ada kelemahan dia yg kita tak nampak. Mungkin dia failed dalam bab bercinta. Sebagai contoh je.

So we have no point to stay down all the time in our life ya !  Lambat laun kita akan ketemu juga dengan kejayaan. Carilah kelebihan diri masing-masing. Tak semua orang punya kelebihan yang sama. Andai kelebihan itu kita salurkan ke arah yang betul dengan bijak dan berbekalkan kesabaran yang tinggi, kita pasti akan berada di puncak suatu hari nanti. Believe in me.. InsyaAllah

"Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar" (Al-Baqarah : 249)



p/s : Aku pn tak tahu apa yang aku membebel ni.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...