بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Mungkin pada mata anda Alif Haris ini tidak lain hanya lah seorang lelaki biasa yang hobinya merapu raban, kadangkala sindirannya itu berbisa, gurauannya tak berlapik dan mungkin kurang sivik. Almaklumlah sekolah rendah waktu aku dulu belum ada lagi pelajaran sivik.
Tapi sebenarnya jauh dalam hati ini terletaknya satu niat dan hasrat ingin kembali kepada imejnya dahulu. Yang mungkin anda semua tak pernah nampak.
Aku dibesarkan dalam suasana didikan agama yang cukup. Sejak dari sekolah rendah hingga lah sekolah menengah. Kehidupan aku dulu tidak seteruk begini. Terus terang aku katakan. Ya mungkin Alif Haris yang anda kenal ini tidak teruk mana pn kan. Tapi anda hanya mengenali diri ini hanya dari penulisannya, tapi pada realitinya hanya Tuhan saja yang tahu. Dan mungkin juga rakan-rakan sekekelingku.
Aku jauh dah tersasar sebenarnya. Sehingga aku tak tahu mana silapnya. Tak tahu mana persimpangan salah yang aku TERambil dahulu. Aku rasa sejak aku tamat sekolah dahulu. Aku masuk ke alam pengajian tinggi. Mungkin kerana pengaruh sekeliling aku. Pengaruh sekular lebih banyak drpd pengaruh agama. Ahh jangan kau tuding jari pada orang lain. Diri sendiri ini yang lemah dek hasutan dan godaan. Jati diri kau itu perlu dipersalahkan !
Kehidupan kini aku rasa macam pfftt. Seriusly. Aku down dengan kehidupan aku. Tapi aku masih cuba menafikannya dengan ramah dan senyuman ini. Hanya Tuhan saja tahu kegundahan dan kegusaran disebalik senyuman ini. Aku dah rasa macam aku ruin my own life. Sehingga andai bisa aku undurkan masa, pasti aku kembali ke masa lampau. Apa yang aku buat sampai aku sendiri katakan diri ini teruk usah dipersoalkan. Banyak sgt.
Jauh dalam hatiku ingin aku berubah kembali. Ingin aku seimbangkan kembali antara duniawi dan ukhrawi. Aku rindukan suasana yang dahulu.
Tapi kenapa tiba-tiba sahaja hati aku terdetik sedemikian. Mungkin.... Kerana lately aku banyak ditimpa kesusahan, keperitan, dan kepayahan dalam hidup ini. Sehingga aku terasa rindu dengan suasana dahulu. Baru sekarang aku ingin kembali rapat kepadaNya. Astaghfirullah. Lihat betapa agung kasih sayangNya pada kita. Dia mengirim kesusahan dan kepayahan hidup agar aku kembali kepadaNya.
![]() |
| Bila aku tgk bintang dan keluasan langit. Aku rasa seperti aku sedang bertentang mata dengan Allah. Itu baru ciptaannya sahaja. Subhanallah indah |
p/s : Terkadang itu, Allah sengaja kirimkan kita kesulitan hidup sebagai lorong yang membawa kita kembali rapat kepadaNya.
-Jangan lah lepas ni borak dengan aku guna hadith dan ayat Quran je. Aku tetap Alif Haris. Aku sekadar ingin improve peribadi aku, cara berfikir aku, dan cara hidup aku. Cara berak aku will remain the same-
Serius aku jatuh cinta dengan suara beliau, saudara Ajek Hassan. Beliau merupakan salah seorang raja akustik bagi aku.
Suka? Seronok?

25 Suara Anda:
tak pernah telambat untuk berubah.. :)
setipa makhluk tak ada yng sempurna.. :)
Allah uji hambaNya yang Dia sayang
Sama2lah kite mencari kebaikan itu.. Mendekatkan diri dgn dia tp masih kekal sbgai diri yg lama.. Yg brubah cuba hati dan fikiran.. Bukan pergaulan.. Selagi diterima pakai dan tidak bercanggah dgn agama..
yang pasti niat itu pntg alif.. perbualan ttp seperti biasa.. hehe
(^^,) DIA msih syg..
kerana Dia sayangkan kamu.
dugaan je tu.. bawak2 bersabar.
ayuh, change to better ^^
semoga semuanya dipermudahkan untuk kau, insyaAllah. tiada waktu yang sudah terlambat. kecuali bila ajal menjemput.
ehem.. xada apa yang tlambat n aku pon terfikir gak ape ko ckp tu kan. sambung blajar utk kejar duniawi. huhu
=)
p/s : berak cangkung ke duduk bro? haha :P
Islam is moderate,seimbangkan duniawi dan akhirat :)
sabo jer r...hu2
betul tu beb, kkdg apa yg blaku mesti ade hikmahnya. ko ptt bsyukur sbb ko msh diberi kesempatan utk tsedar sblm ianya tlmbt. mcm zuan ckp msh belum lmbt utk berubah. dan mcm ko ckp jugak, ko msh Alif Haris yg kitaorg kenal scara maya. Perubahan peribadi itu elok. Jiwa akn tenang. Aku penah rasa dan aku tahu betapa nikmatnya perasaan itu
Allah x penah lupa hambanya tp kita yg kene berusaha utk slalu dekat padanya..mcm adwa yg kadang2 lalai..
sama2 kita usaha berubah kan...kerana pintu utk kembali padaNya x pernah tertutup :)
knape Alif? aku paham apa yg ko rasa.. sebab aku pun pernah rasa macam tu.. ujian yg Allah bg ni, ko kena hadapi dgan redha bro.. sabar..
aku, sudah 2 tahun diuji tanpa henti.. pernah jugak aku down gile.. sampai nak bjalan pun aku rasa malas2 sangat..
tp aku cuba bngun.. sakit yg aku dpat x sberapa dgn dinilai dosa lama aku..
be strong bro.. Allah with u..
p/s: apa2 hal, crita r kat aku.. aku sudi dngar bro.. msj je di fb..
masih gagal lagi ? sila hupdate.
aku sokong komen semutsengal.
Allah menguji hambanya yang Dia sayang. yang Dia rindu
Kena sentiasa ingat, setiap musibah adalah ujian. Jiwa itu perlu diuji, untuk bertambah kuat.
Faktor kawan tu pun penting. Kawan yg baik akan mendorong kita ke arah kebaikan. :)
Gagal akan buat kita kenal erti berusaha! ;)
Aku pun sentiasa mencuba jadi lebih baik..
Aku try dengar lag tu nanti, macam terbaik je.
'Allah itu hampir, lebih hampir dari urat nadi..'
Dia dengar.
Even sekarang pun Dia dengar.
InsyaAllah semuanya akan baik2 saje.
kau kenapa ? janganlah macam ni :(
kita semua pernah buat silap, sempat lg utk berubah :) insyallah
terikilan saya membacanye.. sentap pun ada.. terasa pun ada..
Post a Comment