!!~ SELAMAT DATANG ~!!

"Maaf Seandainya terdapat Kandungan yang berunsur peribadi dan Kurang bermanfaat buat Pembaca. Cedoklah sebanyak mana Kebaikan dan Tapislah segala Kelemahan serta Kecacatan." -admin-

Monday, August 13, 2012

Wanita Sekarang Tak Cukup Kain?






بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum



Vrooom !

Enjin kereta dihidupkan. Aku warm up enjin sementara menunggu ayah aku bersiap. Cadangnya nak pegi kedai pomen motor Cik Ani nak cas bateri kereta satu lagi. Dah weak katanya. Aku turutkan saja permintaannya tanpa banyak soal.

"Dah jom",  ayahku masuk kereta sambil membawa bateri kereta yang dah dicabut.


*************


Fuh, sesaknya !  keluh aku bila lihat orang berpusu-pusu di area pekan batu 1 yang menempatkan kedai-kedai dan bazar ramadhan.

Aku terus parkir kereta di hadapan kedai cik ani motor. 

Kreeet ! handbrake ditarik.

"Ip tunggu dalam kereta je la yah", ujar ku.

"Ok." ayah terus membuka pintu kereta dan berjalan menuju kedai cik ani motor bersama bateri kereta tu.

Aku matikan enjin kereta. Tingkap ku buka. Aku bersandar secara relax like a boss di kerusi pemandu. Aku lihat ayahku masih di dalam kedai motor. Kelihatan cik ani motor masih sibuk merepair motor pelanggannya.

Sambil aku duduk berehat itu, aku perhatikan manusia yang bersesak-sesak di area situ. Ada yang sibuk membeli makanan di bazar. Ada yang berniaga. Ada yang berjalan-jalan. Ada yang cuci mata. Tapi yang aku pelik kenapa tempat ni dah macam tempat pertandingan memperagakan fesyen. Fesyen jenis tak cukup kain. Jenis nak ketat sana sini. Terjojol itu ini. Semua nak mencolok mata. Mencolok ke menjolok aku pun ta pasti. Mungkin pakai semula pakaian waktu umur enam tahun dulu atas sebab berjimat taknak beli baju baru. Jadi aku bersangka baik beranggapan mungkin mereka tak mempunyai cukup wang untuk membeli kain gamaknya. Kasihan. Mungkin mereka antara asnaf yang berhak menerima wang zakat supaya mampu membeli baju baru dan  kain secukupnya. 

Pedas? Maaf memang gaya aku.

Aku terfikir sejenak. Adakah bapa atau suami mereka tidak menegur. Atau memang diri sendiri yang tiada kesedaran memekakkan telinga atas teguran yang diberikan. Tidak sedarkah mereka bahawa setiap perbuatan membuka aurat itu bukan saja memberi dosa kepada diri dia sendiri malah melibatkan orang yang menanggung dia dan juga orang bukan mahram yang menatap susuk tubuhnya. Apa mereka tak takut dengan mata lelaki yang mempunyai kebolehan scan serta daya imaginasi melampau yang boleh mengakibatkan jenayah berat antaranya rogol. 

Atau si bapa dan si suami yang lupa perjanjian dia sewaktu akad nikah yang dia akan menanggung segala dosa si isteri dan bakal anak-anaknya dari mendedah auratnya hingga ke tinggalnya solat. Sekiranya dia gagal, maka dia fasik, dayus & rela masuk neraka dan malaikat zabaniyah melibas dia hingga badannya pecah. Nauzubillah.

"dia akan menanggung segala dosa si isteri dan bakal anak-anaknya dari mendedah auratnya hingga ke tinggalnya solat. Sekiranya dia gagal, maka dia fasik, dayus & rela masuk neraka dan malaikat zabaniyah melibas dia hingga badannya pecah."

Muhasabah kembali.

Ayuh kita Enter sekolah ramadhan ini untuk kita sama-sama Control hawa nafsu, Fix segala Error pada diri kita ini. Delete segala kecacatan dan Shift diri kita kepada yang lebih baik supaya dapat Save Iman kita di tahap tertinggi di sisi Allah. InsyaAllah.


*Mungkin ada yang dah bosan dengan post nasihat tentang menutup aurat. Tetapi oleh kerana manusia ini penuh dengan kelemahan dan mudah alpa serta lupa, jadi aku tetap post benda alah ni. Tanggungjawab kita bersama untuk saling mengingati antara sedara seIslam bukan?

p/s : Bukan semua orang yang menutup aurat itu masuk syurga, Tapi semua penghuni syurga itu adalah orang yang menutup aurat. :)






Terima Kasih sudi Baca Sampai habis

Suka? Seronok?

21 Suara Anda:

Tinta Lana said...[Reply to comment]

Salam.

Alif...menjolok ya..hehehe.

Bagaimana mau menegur alif..kalau bapa dan suami pun, jenis yang..aaa..kita paham2 sndiri kan.

Peranan kaum lelaki mcm alif..walaupn mngkin tiada kaitan persaudaraan, darah daging, mungkin kalian kena tegur kami, kaum perempuan. Mulakan dengan kawan2.. tegur skit2 dulu..

Lana paham, tak semua bertuah dapat ayahanda yg boleh menegur, pa tah lgi suami yg membimbing..jadi, sama2 kita ingtkan diri kita n org skeliling kita..kan ip? >_<

Iefa Ujang said...[Reply to comment]

biasa la tu . org rmai kat bazar . free show la tu kiranyer . abg2 kat bazar kan rmai . popular jrg2 apa slhnyer . itu bg dorg . tp tuk kita yg xmmpu nk mngubah dgn tgn n lidah ni sbb tkot dkatakn mnyebok , ckuplh sekadar mngubah dgn hti wlaupown ia selemah2 iman , to tu la usaha yg kta mmpu :)

the malay male said...[Reply to comment]

nak bagi zakat kat diorang tu? rasanya baju ketat2 yang diorg pakai tu lebih mahal dari baju kurung.. mereka tu bukan tak mampu, cuma tak mahu berubah je.. huhu

lynndAmya said...[Reply to comment]

Salam, betul tu.. Sy bukanlah baik sgt, tp tetap rse malu bila nmpk kaum sendiri pakai dedah2, ketat2, singkat2 then jalan kt tmpat2 awam yg ade ramai golongan umur manusia dpd yg budak kecik smpailah yg ke tua...lg2 bulan puase mcm ni, hmm..

Sue Unnie.. said...[Reply to comment]

tenkiu utk peringatan ni. yup. kdg2 ayah ngan suami pun 2x5, mybe cetek dlm hal2 agama.. bgus2.. sme2 mengingat trutama saye sbgai prempuan.. tenkiu again ^^

najihahfara said...[Reply to comment]

x salah..betul cara kamu olahkan entry ni..1 peringatan..

eyjalukman said...[Reply to comment]

btol. stuju . klu tgk kt bazaar pun kemain org brgaya sakan . bju pun ketat . hhuhu even kita sndiri pmpuan , kdg2 malunye nak tgk Y__Y

syakey said...[Reply to comment]

kadang kalau yang over sangat tu kan, rasa macam nak bakarrr aje diorang. hape kebende pakai mcm tu -__-

*ter over feeling pulak XD*

Edy Fee said...[Reply to comment]

raya ni mst dpt tengok byk yang tak cukup kain atas kpala

Yousof said...[Reply to comment]

Ip! Op suka entri ni! ;P

Santai tapi pedas. Tu antara sebab aku malas ke bazar ramadan, lebih² masa duduk setiawangsa dulu. Ramai sangat perempuan yang dah 'buka' dulu selum waktu berbuka.



Bukan semua orang yang menutup aurat itu masuk syurga, Tapi semua penghuni syurga itu adalah orang yang menutup aurat <-- terbaik!

cik nAdyYa ツ said...[Reply to comment]

saye suka sangat entri awak ni.
kekadang saye pelik .. dieorang pakai ketat2 xrimas ke ..saye tengok.. saye lak yang rase macam rimas dan malu sangat >.<

Tinta Lana said...[Reply to comment]

Assalammualaikum alif..tahun lepas, lana terus lesap,keh3.

Jadi, tahun ni, lana amik kesempatan ni untuk ucapkan Salam aidilfitri untuk alif sekeluarga..lana minta maaf zahir dan zahir..batin takdek kan lif? >_< wehehehe

Minta maaf ea kalau ada salah silap, terkasar bhsa sepanjg perkenalan kita didunia ats talian ni.. Semoga bergembira dihari raya nanti :)

Dan ini.. untuk alif:
http://lianapm.blogspot.com/2012/08/eid-ul-fitr.html

Terima kasih, sebab smpai skrg masih lagi jadi sahabat maya lana. Ok, kita sambung kembali pas raya,insyaAllah! Doakan perjalanan lana selamat ea >_<

anif abdullah| AA said...[Reply to comment]

mencolok mata? haha..menjolok mungkin

marilah kita sama2 berkempen menutup aurat.. tak salah,benda baik n wajib di tegah :)

selamat hari raya dik alip :)

azs said...[Reply to comment]

terima kasih atas nasihat yang di beri.. kadang-kadang, teguran secara santai begini lebih senang difahami dari berhujah panjang.. buat muslimah termasuk diri ini, sayangilah diri sendiri dan ringankan beban ayah tersayang serta bakal suami.. terima kasih Alif Haris.. :)

LadyBird said...[Reply to comment]

lady rs, mungkin mak2 depa, ayah2 depa, abg2 depa rs seronok melihat anak mrk menayangkan kecantikan yg perlu dilindungi. Mungkin mrk rs 'hebat' sebab anak mrk 'hebat', dan ia menunjukkan yg mereka 'hebat' krn mampu melahirkan anak2 hebat.

Tinta Lana said...[Reply to comment]

Salam.

Yea lif..takpa..ak paham..ko sibuk skrg..ni turn ko kan? hehehe.

Sebelum ni ak sibuk smpai terbengkalai..kita2 tukar2 giliran,heh3.

Bila free,datanglah.. :)

Jaga diri okeh!

Tinta Lana said...[Reply to comment]

Salam.

Yea lif..takpa..ak paham..ko sibuk skrg..ni turn ko kan? hehehe.

Sebelum ni ak sibuk smpai terbengkalai..kita2 tukar2 giliran,heh3.

Bila free,datanglah.. :)

Jaga diri okeh!

Zul Fattah said...[Reply to comment]

salam.. maaf lama x datang sini.. baru kmarin dpat on9.

Alhamdulillah, skrang ni masih dlm proses rawatan.. bertambah sihat r kot.. doakan aku alif..

ko plak mcam mane?

semutsengal said...[Reply to comment]

brr, nnt da kawin baru kita tau alip

Edy Fee said...[Reply to comment]

nak tgus cmne...diorang suka tengok.huhu bangga la konon

chemay said...[Reply to comment]

kadang2 segan dengan cara pemakaian kaum sendiri.
hmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top