!!~ SELAMAT DATANG ~!!

"Maaf Seandainya terdapat Kandungan yang berunsur peribadi dan Kurang bermanfaat buat Pembaca. Cedoklah sebanyak mana Kebaikan dan Tapislah segala Kelemahan serta Kecacatan." -admin-

Sunday, February 26, 2012

Teman



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Cuci mata sat. 


Teman. Teman itu umum. Boleh jadi teman itu adalah Tuhan kita, Allah, ibu bapa kita, keluarga kita, sahabat kita, rakan taulan kita. Pernahkah dalam sejarah manusia tiada berteman? Rasanya Nabi Adam sahaja yang pernah bersendirian di syurga dahulu sebelum terciptanya Hawa. Kemudian Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk kirinya. 

Jadi secara fitrahnya manusia ini memang tak boleh hidup bersendirian. Ya, memang Allah sentiasa ada. Itu hubungan kerohanian kita. Bagaimana pula hubungan jasmani kita kalau hidup tanpa manusia lain disisi? Hidup manusia ini memerlukan kedua-dua jenis hubungan ini bagi menjamin kesejahteraan jiwa dalam menjalani kehidupan. 

Aku ambil contoh paling mudah, hubungan kau dengan para manusia memang hebat, semua orang sanjung kau. Tapi kau akan rasa kurang seandainya hubungan kerohanian kau (hubungan dengan Allah) tiada. Kau akan tetap rasa kosong. Bukan kosong by Najwa Latif tu ngok. Ok sama juga jika sebaliknya. Got it ?

Hubungan dengan teman ini kau perlu jaga sampai bila-bila. Bukan waktu susah sahaja kau mencari teman, tapi waktu kau berada di atas, berada di puncak kau juga harus berterima kasih dan bersyukur pada teman. Berkongsi kebahagaiaan bersama teman. 

Jangan kau buang teman waktu kau berada di atas. Coz sekali kau jatuh, jatuh lah kau sendirian macam tahi. Waktu itu lah kau baru terhegeh-hegeh meraih simpati pada teman kau. Sorry to say la bro kata teman. Silap haribulan kau diludah. Fuh hinanya.

Kesimpulannya,

Eh tetiba kesimpulan. Maaf lah aku takdak idea sebenarnya nak menaip panjang lebar. Lagipun taip panjang lebar bukan ada orang baca ye tak. Aku bukannya retis mahupun saudagar yang punya banyak kapal.




p/s : Kesimpulan, Jangan pernah kau buang teman dari hidup kau. Sekali kau buang, kau akan menyesal sampai tercirit tahu. Adios assalamualaikum

Terima Kasih sudi Baca Sampai habis

Suka? Seronok?

Saturday, February 18, 2012

Aku produk gagal



 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum


Mungkin pada mata anda Alif Haris ini tidak lain hanya lah seorang lelaki biasa yang hobinya merapu raban, kadangkala sindirannya itu berbisa, gurauannya tak berlapik dan mungkin kurang sivik. Almaklumlah sekolah rendah waktu aku dulu belum ada lagi pelajaran sivik. 

Tapi sebenarnya jauh dalam hati ini terletaknya satu niat dan hasrat ingin kembali kepada imejnya dahulu. Yang mungkin anda semua tak pernah nampak. 

Aku dibesarkan dalam suasana didikan agama yang cukup. Sejak dari sekolah rendah hingga lah sekolah menengah. Kehidupan aku dulu tidak seteruk begini. Terus terang aku katakan. Ya mungkin Alif Haris yang anda kenal ini tidak teruk mana pn kan. Tapi anda hanya mengenali diri ini hanya dari penulisannya, tapi pada realitinya hanya Tuhan saja yang tahu. Dan mungkin juga rakan-rakan sekekelingku. 

Aku jauh dah tersasar sebenarnya. Sehingga aku tak tahu mana silapnya. Tak tahu mana persimpangan salah yang aku TERambil dahulu. Aku rasa sejak aku tamat sekolah dahulu. Aku masuk ke alam pengajian tinggi. Mungkin kerana pengaruh sekeliling aku. Pengaruh sekular lebih banyak drpd pengaruh agama. Ahh jangan kau tuding jari pada orang lain. Diri sendiri ini yang lemah dek hasutan dan godaan. Jati diri kau itu perlu dipersalahkan !

Kehidupan kini aku rasa macam pfftt. Seriusly. Aku down dengan kehidupan aku. Tapi aku masih cuba menafikannya dengan ramah dan senyuman ini. Hanya Tuhan saja tahu kegundahan dan kegusaran disebalik senyuman ini. Aku dah rasa macam aku ruin my own life. Sehingga andai bisa aku undurkan masa, pasti aku kembali ke masa lampau. Apa yang aku buat sampai aku sendiri katakan diri ini teruk usah dipersoalkan. Banyak sgt.

Jauh dalam hatiku ingin aku berubah kembali. Ingin aku seimbangkan kembali antara duniawi dan ukhrawi. Aku rindukan suasana yang dahulu. 

Tapi kenapa tiba-tiba sahaja hati aku terdetik sedemikian. Mungkin.... Kerana lately aku banyak ditimpa kesusahan, keperitan, dan kepayahan dalam hidup ini. Sehingga aku terasa rindu dengan suasana dahulu. Baru sekarang aku ingin kembali rapat kepadaNya. Astaghfirullah. Lihat betapa agung kasih sayangNya pada kita. Dia mengirim kesusahan dan kepayahan hidup agar aku kembali kepadaNya. 





Bila aku tgk bintang dan keluasan langit. Aku rasa seperti aku sedang bertentang mata dengan  Allah. Itu baru  ciptaannya sahaja. Subhanallah indah



p/s : Terkadang itu, Allah sengaja kirimkan kita kesulitan hidup sebagai lorong yang membawa kita kembali rapat kepadaNya. 



-Jangan lah lepas ni borak dengan aku guna hadith dan ayat Quran je. Aku tetap Alif Haris. Aku sekadar ingin improve peribadi aku, cara berfikir aku, dan cara hidup aku. Cara berak aku will remain the same-



Serius aku jatuh cinta dengan suara beliau, saudara Ajek Hassan. Beliau merupakan salah seorang raja akustik bagi aku.






Terima Kasih sudi Baca Sampai habis

Suka? Seronok?

Thursday, February 9, 2012

Tekanan atau Pressure dalam BI nya



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Hiasan semata


Selalu orang cakap tekanan itu memberi output positif. Tekanan yang push kita untuk menjadi matang dan dewasa. Tekanan itu yang membentuk peribadi yang mantap lagi teguh. Peribadi yang diperlukan untuk kau berada di puncak tangga kejayaan. 

**************

Tapi aku fikir ada juga tekanan yang memberi output negatif lebih banyak berbanding positifnya. Mungkin ianya bergantung pada cara seseorang mengendalikan tekanan itu ataupun tekanan itu sememangnya satu tekanan yang negatif atau positif pada dasarnya. Dan cara seseorang mengendalikan tekanan adalah berbeza mengikut cara berfikir dan cara hidup seseorang mungkin. Kerana tiap manusia punya pendirian dan minat yang berbeza dalam kehidupannya. Seandainya tekanan itu tiada langsung serasi dengan minat atau cara kau berfikir, baik tinggalkan sahaja tekanan itu. Tiada apa yang kau dapat melainkan stress. Dan bila stress memanjang, kebarangkalian untuk kau gagal adalah tinggi. Dan bila kau jatuh kau rasa macam bullshit.






Selalu orang cakap kita jangan pernah takut untuk mencuba menghadapi sesuatu tekanan. Belum cuba belum tahu. Mana tahu tekanan itu yang membawa kita kepada kejayaan. Manalah tahu kan.

**************

Tapi aku fikir memang betul lah. Jangan pernah takut untuk mencuba. Cuba lah dengan gigih dan tekun umpama itu bukan percubaan tapi satu nekad kau. Tapi jangan pernah kau jadikan itu nekad kau secara permanent. Kerana kau akan gila meroyan bila kau gagal kelak. Another plan should be prepared for any possible. 







Selalu orang cakap kita jangan PERNAH berputus asa dalam menghadapi tekanan. Kerana waktu kita berputus asa itu, sebenarnya kejayaan menunggu kita hanya beberapa langkah di hadapan kita. So teruskan sahaja langkahanmu sehingga ke titisan peluh yang terakhir.

*************

Tapi aku fikir phrase JANGAN PERNAH berputus asa itu perlu ditukar kepada JANGAN SESEKALI mungkin lebih sesuai. Kerana sebab yang mudah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang melaksanakannya. Andai kau tanamkan dalam hati kau JANGAN PERNAH putus asa memang kau gila. Dah kalau memang Allah jadikan kau begini tapi kau ingin jadi begitu. Kau nak buat apa? bunuh diri? Gila. Kadangkala kita perlu mengalah. Bukan mengalah tanda menyerah tapi mengalah sementara untuk kau ambil langkah lain untuk mara kehadapan dalam hidup. Ingat hidup tidak menawarkan satu jalan sahaja. Hidup anda keputusan anda.



p/s : Aku nak menaip ini pun memerlukan tekanan. Al maklumlah otak tgh cuti sem. puiii~





Terima Kasih sudi Baca Sampai habis

Suka? Seronok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top