!!~ SELAMAT DATANG ~!!

"Maaf Seandainya terdapat Kandungan yang berunsur peribadi dan Kurang bermanfaat buat Pembaca. Cedoklah sebanyak mana Kebaikan dan Tapislah segala Kelemahan serta Kecacatan." -admin-

Monday, August 13, 2012

Wanita Sekarang Tak Cukup Kain?






بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum



Vrooom !

Enjin kereta dihidupkan. Aku warm up enjin sementara menunggu ayah aku bersiap. Cadangnya nak pegi kedai pomen motor Cik Ani nak cas bateri kereta satu lagi. Dah weak katanya. Aku turutkan saja permintaannya tanpa banyak soal.

"Dah jom",  ayahku masuk kereta sambil membawa bateri kereta yang dah dicabut.


*************


Fuh, sesaknya !  keluh aku bila lihat orang berpusu-pusu di area pekan batu 1 yang menempatkan kedai-kedai dan bazar ramadhan.

Aku terus parkir kereta di hadapan kedai cik ani motor. 

Kreeet ! handbrake ditarik.

"Ip tunggu dalam kereta je la yah", ujar ku.

"Ok." ayah terus membuka pintu kereta dan berjalan menuju kedai cik ani motor bersama bateri kereta tu.

Aku matikan enjin kereta. Tingkap ku buka. Aku bersandar secara relax like a boss di kerusi pemandu. Aku lihat ayahku masih di dalam kedai motor. Kelihatan cik ani motor masih sibuk merepair motor pelanggannya.

Sambil aku duduk berehat itu, aku perhatikan manusia yang bersesak-sesak di area situ. Ada yang sibuk membeli makanan di bazar. Ada yang berniaga. Ada yang berjalan-jalan. Ada yang cuci mata. Tapi yang aku pelik kenapa tempat ni dah macam tempat pertandingan memperagakan fesyen. Fesyen jenis tak cukup kain. Jenis nak ketat sana sini. Terjojol itu ini. Semua nak mencolok mata. Mencolok ke menjolok aku pun ta pasti. Mungkin pakai semula pakaian waktu umur enam tahun dulu atas sebab berjimat taknak beli baju baru. Jadi aku bersangka baik beranggapan mungkin mereka tak mempunyai cukup wang untuk membeli kain gamaknya. Kasihan. Mungkin mereka antara asnaf yang berhak menerima wang zakat supaya mampu membeli baju baru dan  kain secukupnya. 

Pedas? Maaf memang gaya aku.

Aku terfikir sejenak. Adakah bapa atau suami mereka tidak menegur. Atau memang diri sendiri yang tiada kesedaran memekakkan telinga atas teguran yang diberikan. Tidak sedarkah mereka bahawa setiap perbuatan membuka aurat itu bukan saja memberi dosa kepada diri dia sendiri malah melibatkan orang yang menanggung dia dan juga orang bukan mahram yang menatap susuk tubuhnya. Apa mereka tak takut dengan mata lelaki yang mempunyai kebolehan scan serta daya imaginasi melampau yang boleh mengakibatkan jenayah berat antaranya rogol. 

Atau si bapa dan si suami yang lupa perjanjian dia sewaktu akad nikah yang dia akan menanggung segala dosa si isteri dan bakal anak-anaknya dari mendedah auratnya hingga ke tinggalnya solat. Sekiranya dia gagal, maka dia fasik, dayus & rela masuk neraka dan malaikat zabaniyah melibas dia hingga badannya pecah. Nauzubillah.

"dia akan menanggung segala dosa si isteri dan bakal anak-anaknya dari mendedah auratnya hingga ke tinggalnya solat. Sekiranya dia gagal, maka dia fasik, dayus & rela masuk neraka dan malaikat zabaniyah melibas dia hingga badannya pecah."

Muhasabah kembali.

Ayuh kita Enter sekolah ramadhan ini untuk kita sama-sama Control hawa nafsu, Fix segala Error pada diri kita ini. Delete segala kecacatan dan Shift diri kita kepada yang lebih baik supaya dapat Save Iman kita di tahap tertinggi di sisi Allah. InsyaAllah.


*Mungkin ada yang dah bosan dengan post nasihat tentang menutup aurat. Tetapi oleh kerana manusia ini penuh dengan kelemahan dan mudah alpa serta lupa, jadi aku tetap post benda alah ni. Tanggungjawab kita bersama untuk saling mengingati antara sedara seIslam bukan?

p/s : Bukan semua orang yang menutup aurat itu masuk syurga, Tapi semua penghuni syurga itu adalah orang yang menutup aurat. :)






Terima Kasih sudi Baca Sampai habis

Suka? Seronok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top