!!~ SELAMAT DATANG ~!!

"Maaf Seandainya terdapat Kandungan yang berunsur peribadi dan Kurang bermanfaat buat Pembaca. Cedoklah sebanyak mana Kebaikan dan Tapislah segala Kelemahan serta Kecacatan." -admin-

Tuesday, September 18, 2012

Motivasi : Saat Kau Jatuh Terjelepok






بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum







Saat kau terjelepok jatuh.

Gedebuk !

Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Perit. Pedih. Maruah terpijak. Seperti hidup tiada lagi makna dan tujuan. Semangat engkau yang dulu gah meniti ranjau kehidupan lari entah kemana. Kekuatan yang dulunya menjadi asbab untuk hati kau terus istiqamah dengan jalan itu turut lenyap bersama. Kau yang dulu tak lekang senyuman kini hanya bermuram durja. Kau umpama mayat hidup. Kosong. Tiada jiwa. Tiada roh.

Semakin hari semakin teruk. Mujur masih ada manusia sekeliling yang menyedari dan mengambil berat tentang kau. Lebih lebih lagi mereka yang bergelar ibu dan bapa. Tak kenal jemu mereka berusaha menyuntik kembali semangat kau. Berusaha mencari semula keyakinan dalam diri kau yang dahulunya pernah kuat dan tabah memikul harapan ibu ayah. Dan sebahagiannya telah pun menjadi kebanggaan mereka.

Usaha demi usaha tiada putus. Natijahnya kau masih tetap begitu. Tetap terbiar terperosok di bawah.

Tangan tangan yang dihulur kau hanya pandang dengan pandangan kosong. Tak diendahkan.


*hela nafas panjang.


Istighfar dan muhasabah.

Kau berehatlah sebentar. Mungkin kau perlukan sedikit masa untuk tenangkan kabut di hati dan membina semula keyakinan diri kau berdepan dengan kehidupan ini. Mencari dimana silapnya. Mungkin juga kau penat dengan karenah manusia yang jelek.

Titiskan air mata kau andai itu bisa meredakan badai hati kau. Pinjam bahu mereka yang menyayangi kau untuk seketika bagi kau melepas lelah kehidupan yang menghimpit. Luahkan pada yang sudi mendengar dengan harapan memulihkan semangat kau seperti sedia kala.

Kau lakarlah semula plan hidup kau. Adakalanya kita perlu berundur sedikit. Bukan berundur bererti  mengalah dan berputus asa tapi berundur sedikit untuk ambil persimpangan jalan yang lain. Yang kau kira kau mampu melaksanakannya dengan lebih baik. Masa yang sudah berlalu itu bukan satu pembaziran tapi satu pengalaman pada kau sebenarnya. Pengalaman yang tiada pada mereka yang lain. 

Mulut orang?

Ah mulut manusia memang akan terus pung pang pung pang tanpa usul periksa. Terus judge orang itu ini. Mereka tak tahu ape. Persetankan mulut-mulut itu. 


*baling batu kat mulut orang.


Dan ini paling penting. Kau stay close to Allah. Waktu kau diuji begini sebenarnya Dia ingin kau lebih dekat denganNya. Bukan kau marah dan banding-bandingkan kegagalan kau dengan kejayaan mereka yang lagi fasik dan melanggar perintahNya. Mungkin itu istidraj untuk mereka yang lalai. Bersyukur kau tak tergolong dalam kelompok mereka.

Bersabar dan biarlah masa yang menjadi penawar. Lambat laun hati dan fikiran kau akan kembali positif. Semangat dan kekuatan kau akan kembali. Dan aku yakin kau akan bangkit semula.



-Untuk kamu, ya untuk kamu. kamu yang membaca ini.-






Terima Kasih sudi Baca Sampai habis

Suka? Seronok?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top