Isnin, 31 Januari 2011

pAnDuaN mEmbELi LapToP bArU . . .


assalamualaikum semua dan slamat pg .
eh bkn pg daa . da ptg . hihi . :p
hari ni aku nak share something la ngn u all .
agak2 ape die ??
ahaa . teka2 cpt !!
x payah la tgk tajuk entry ni . kantoi r .. hehe
ok la muqaddimah je td .
hmm laptop atau lappy atau isteri(pd aku la) haha mrupakan salah satu bende yg penting pd masa kini.
especially for s2dent kan kan . dgn alasan nk buat assignment , nk s2dy c++ , nk s2dy java n bermcm2 lg la alasan yg bermunasabah . padahal nk maen game n on9 . huhu
ok straight to da main point .
nak beli lappy ni ade jgk guidelines die .
same je mcm cari isteri en .
bezanye cume nk cari laptop kt kedai , manakala cari isteri x semestinye kt kedai .
oke ini antara guidelinenye , ape yg aku taw aje la based on pmbacaan artikel2 . hehe
first of all , you all mst tentukan :

1. Kegunaan..
Tentukan dahulu kegunaan lappy tersebut . cth sperti untuk kegunaan di pejabat , atau die rumah(just for emailing , news, microsoft office),myb utk gaming(bebudak salu pilih yg ni),blogging,pembangunan sistem,download movies or mp3 atau kesemua yg dinyatakan..

a) andainya lappy itu hanya utk kegunaan di rumah sprti emailing , bace berita,tulis surat, dan sbgainye,
- kelajuan processor , RAM(random access memory) , capasity harddisk n graphic card x perlu kpd kelajuan atau kemampuan yg dahsyat . beli je yg spesifikasinye sederhana , jimat pon jimat , gune kt rumah pon best .

b) andainye lappy itu utk tujuan design atau gaming
-perlu menitikberatkan graphic card dan memori yg tinggi dan mantap . kalau nk best lg , pilih tknologi multi-core dan processor 64-bit .

c) andainye lappy utk kegunaan system developing ,
-processor dan memori serta mmpunyai spesifikasi yg tinggi dan dahsyat perlu ditikberatkan agar mmpu mengimbangi developing tools anda . tknologi multi- core n 64-bit juge disarankan.


2. Layout..
selain kegunaan lappy , you all mst usya gak die punye saiz screen, berat lappy, jgka hayat bateri, lebih2 lg kpd mereka yg "mobile" . saiz screen besa2 gedabak tidak akan memuaskan pengguna mobile sebaliknye menyusahkan ade la .


3. service yg disediakan dan alat ganti..
selain perkara2 di atas tu , you all jgk perlu tahu sevice syarikat kpd you all sbgai pngguna barangannye , cth; warranty dan sbgnye . dan satu perkara lg , jgn memilih laptop yg susah utk dicari alat gantinya .
sekian....


p/s : cari laptop jgn dikira seksi dan cantiknye sahaja . dalaman juge perlu cantik dan mantap .
begitu juga mncari manusia . hihihi :)



pengetahuan sndiri..


Sabtu, 29 Januari 2011

Kebaikan membela kucing.


kalau korang nak taw , aku ni salah seorang manusia yg fanatic ngn kucing ..
haha .
xtaw nape . tp memang aku cmtu sejak kecik smpai ke besa pnjang gini .
asal nmpak kucing jew mst geram n nk pegang , nk geletek . haha

setelah sekian lame aku mnjadi fanatic kucing ni ,
akhirnya dpt la aku list kan sebab2 aku suke sgt ngn kucing
mungkin antaranya :

1. Kucing comel
2. Kucing cute
3. Kucing pandai amek hati tuannye .
4. Gelagat kucing mencuit hati
5. Boleh jadi teman waktu kesunyian
6. Bunyi ngiauan kucing sgt cute dan "seksi"
7. Aku suke tgk mata kucing . mcm2 warna ada . comel ~ rase cam nk ganti ngn mata aku jew.haha

skrg , minat aku kpd kucing semakin menjadi2 bile dpt taw byk kebaikan membela kucing ni act , antaranya :


1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing . Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.

p/s: rugi kpd mereka yg x suke kucing . haha



Jumaat, 28 Januari 2011

nothing to say ......


Sunyi di hati ku
Bila bunga di petik orang di taman
Walaupun ku jaga dan ku siram
Ku jaga kembangnya

Sang kumbang merana
Tiada bunga
Bungaya tiada dua
Moga ia kembali ke asalnya
Yang masih menanti

Tiada ku lupa kemesraan, kejujuran itu
Tapi mengapakah kau berubah
Tak seperti dulu
Aku tersiksa diri merana
Kerana dikau wahai bungaku
Lupakan dia kekasih baru
Yang kau tak kenal isi hatinya
Aku mengharapkan kembalilah
Wahai kau bunga jangan pergi

Ku tetap menunggu merinduimu
Walaupun di balik awan
Jangan rosakkan hati ini
Yang suci abadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...