Sabtu, 29 Oktober 2011

Coretan Adam untuk Hawa

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Kami (lelaki) punya tubuh yang kuat, namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami sembunyikan kekuatan kami. Sesungguhnya Hawa, kami punya suara yang kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar dengan amarah kami. Tidakkah kau (hawa) terpikir mengapa? Tidakkah kau hairan dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang mengganas di medan perang, jinak bila berada di pangkuan kamu? Fikirkanlah mengapa...







Rabu, 19 Oktober 2011

Wordless Wednesday #4

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..






p/s : please pray for my comp n network security test tomorrow =)

Sabtu, 15 Oktober 2011

Impian biar Tinggi Melangit

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ..



Si "A" yang sedang loaded poket sampai tak muat nak simpan duit bercadang ingin membelanja rakan-rakannya makan besar di mcD ..




" Nanti aku nak makan GCB doploh set "

" Aku nak cheezy wedges satu lori bhai "

" Wa mau Big Mac patploh set tau "

" nanti jangan lupa order dinner plate 10 pinggan "

" Itu KFC la ngek "



Begitulah dialog perbualan mereka yg sangat rancak ketika menaiki kereta dalam perjalanan ke mcD .. Masing-masing menanam azam dan cita-cita untuk makan dengan banyak dan jayanya..



Akhirnya,

" Anne, bagi teh tarik empat "

" anne, bagi roti bakar 2 set , cukup la untuk 4 orang .. sorang amek sepotong "

" Sorry r beb , dah takdir menentukan wallet aku tertinggal kat rumah nak buat camane " - si "A"

" Takpelah, ni aku belanja roti bakar " - si "B"





p/s : Hai kawan-kawan.. tiba masa untuk aku joging ke blog korang =)
p/s : Sorry alif haris lama menyepi.. huhu





Rabu, 5 Oktober 2011

Lelaki Kahwin lewat Anak kurang Bijak ??

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..


Betulkah lelaki Kahwin lewat anak kurang bijak ?? Ahaa .. Bukan aku yang cakap.. Artikel ini yang cakap..


Artikel asal : Berita Harian

Respons Alif haris : Kahwin.. Semua orang mesti nak kawin kan satu hari nanti.. Tapi semua tu bergantung pada gaya hidup dan ekonomi masing-masing.. Kalau nak kahwin awal-awal tapi ekonomi pun tak kukuh lagi pn tak boleh, takkan nak bagi anak-anak bini makan pasir kut..

Lain lah kalau mak bapak korang tauke balak ke ape boleh la mintak kahwin cepat,, Tapi kalau aku, walau bapak aku Bill Gates ke Tauke balak ke aku nak berjaya dengan usaha aku.. Baru syiookk.. Ada fight ! (*sila baca dengan nada Dragon KL Gangster)

So sebagai konklusinya ape lagi, kita belajar rajin-rajin, kerja kuat-kuat, pastu kahwin cepat-cepat.. Haha.. Aku nak anak aku pandai dan bijak macam Ibn Khaldun, AlKhawarizmi, Ibn Sina.. Ish semua tokoh ilmuan kau nak habis lah..



p/s : Esok jugak aku kahwin.. Tak nak lambat-lambat.. Hahahaks
p/s : Tapi sebenarnya kan, didikan ibu bapa adalah penyumbang terbesar dalam pembentukan minda dan IQ anak-anak =) .. Kata akak Niena dan 100% aku bersetuju.. Usia perkahwinan itu antara faktor kecil je.. hehe


Sabtu, 1 Oktober 2011

Sayangi Ibu Anda

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum..




Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.







********************


Hargai ibu anda dan bahagiakan dia selagi nafasnya masih ada..




p/s : Mai la datang upnm.. Ada ConvoFest.. =)
p/s : Hanif ,, Jangan lah dikau berkecil hati dengan entri lepas aku tu.. Aku gurau ja =) hehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...