بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.
Suasana dalam kelas tingkatan 5 anggerik sederhana bising. Biasa lah suasana kelas prep malam ada yang tido, ada yang tak study langsung, ada yang khusyuk duk korek hidung sejak tadi dan lekat hasil lombong pada kerusi kawan, ada yang buat ketupat palas ketupat bawang semua ada, tak lupa juga kepada yang gigih study. Study lah sangat. padahal study majalah kreko. Bagus kelas ni.
Man yang juga seorang pelajar kelas tu sejak tadi khusyuk berborak bersama teman-temannya. Dari topik dia score hat-trick main bola petang tadi sampai ke topik cikgu Hadi guru disiplin yang jatuh terpeleset depan tandas waktu kejar budak hisap rokok. Tak habis-habis. Buku pun langsung tak terbuka. Nak terbuka pun tak boleh sebab buku pun dia tak bawa.
Bila topik borak dah habis, modal nak bercerita pun dah takde, man pun beransur kembali ke tempat duduk asalnya. Nak study buku pun dia lupa bawa turun ostel petang tadi. haih getus hatinya. Oleh kerana takde ape yang dibuat, matanya mula mengantuk. Lalu dia tertidur beralaskan lengan di atas meja...
********
Tengah-tengah nak mimpi jumpa cikgu ayu, tetiba man terasa badannya digerakkan.
"Jangan kacau lah, aku mengantuk. pegi main jauh jauh sana." balas man dengan matanya masih terpejam dan tanpa mengangkat kepala dari atas meja. Dia malas nak tengok siapa yang kacau. Dia syak itu mesti rakannya yang mahu menganggunya.
Sekali lagi badannya digerakkan. Kali ini lebih kasar nampaknya. Hampir saja dia terjatuh dari kerusi.
Man rasa terganggu betul. Kali ni dia memberi amaran sambil menunjuk sebiji penumbuknya. Tapi kepalanya masih tak diangkat.
Tiada respon.
Suasana senyap belaka. Hanya bunyi angin kipas kedengaran.
"Selalunya kelas bising gila tapi apesal senyap pulak nih". Bisik hati Man. Timbul persoalan dihatinya. Tak sedap hati mula terasa. Tapi kepalanya masih tetap tidak diangkat.
Tiada respon.
Suasana senyap belaka. Hanya bunyi angin kipas kedengaran.
"Selalunya kelas bising gila tapi apesal senyap pulak nih". Bisik hati Man. Timbul persoalan dihatinya. Tak sedap hati mula terasa. Tapi kepalanya masih tetap tidak diangkat.
Tiba-tiba,
"Kamu nak gaduh dengan cikgu ke !?" kedengaran suara garau disebelahnya.
Terus segar bugar mata Man sejurus menerima respon sedemikian.
********
p/s: Cerita ni habis, man juga habis.
- Madah pujangga-
Kehidupan hari ini yang Allah beri kepada kita ini adalah hadiah Dia kepada kita. Thats why we call it as present. Present means now.
12 ulasan:
haha..lawak petang der..aku suka ayat cita ang, wat aku senyum petang2 bih..haha
thanks singgah blog aku..btw x yah singgah balik sebab x de post baru pun..hahha
haha.. habislah man... :)
haha.:D
budak zaman sekarang dgn cikgu pun jadi......
thats right =)
hahaha. bahaya tidur dalam kelas.
mcm x sampai je citer nih...
haha bila aku baca sndiri pn aku rasa tak berapa nk sampai haha.
lama x jengah sini :) neh msti kaki tido jgak time prep kan. haha :)
haha. masa prep i pun selalu tidoq. tapi xpenah ar kantoi. hii.
sengal giler gmbr kepala tu.hahahaha igt janggut
ahhahahaha......... ade ke ank murod cm 2????
Hikhik...xleyh blah...tp seronok jek..hee..
Catat Ulasan