Khamis, 18 Disember 2014

Pelari









Bismillah

Assalamualaikum.




Lari
Lari
Lari,

Sibuk, sesak, padat, dan tepu pandangan ini,
Semuanya dan segalanya bersegera,
Apa yang dikejar,
Aku kurang pasti,
Yang aku pasti setiapnya itu tahu ada yang dikejar,
Sama ada baik atau buruk jangan tanya aku.
Aku bukan pembaca fikiran,

Aku perlahankan langkahan,
Berhenti dibahu lorong-lorong sesak,
Ambil nafas yang terhenti dek kesibukan,
Dikejauhan, ada mereka yang tak mampu berlari,
ada yang merangkak,
bahkan mengengsot,

"pasti ada yang dituju, masakan sanggup bergerak walau apa cara sekalipun",
Bisikku.
Seorang dua kelihatan begitu bertenaga, pantas dan tangkas pergerakannya,
pasti itu sudah terlalu jelas tujuannya,
"moga baik baik saja saudara, moga langkahamu dalam redha-Nya, Asalkan baik tujuanmu, pasti diakhirnya bertemu cahaya."



source: www.safran-arts.com




















Khamis, 9 Januari 2014

Diambang Keputeraannya.






Bismillah.

Assalamualaikum.





Diambang keputeraannya,
Hati terasa begitu rindu,
Pada insan istimewa,
yang tak pernah tertatap wajahnya,
yang tak pernah hidup sezaman,
yang tak pernah jasad ini menyentuh, mendakapnya.
Perkenalan sekadar daripada sirahnya.
cinta, kasih dan sayang sudah bertaut padanya.
Anehnya cinta ini.


Wujudnya bermatlamat,
Langkahnya bermakna,
Teguh bahunya tiada goyah,
Memikul amanah Tuhan,
Demi ummatnya,
Agar yang gelap segera bercahaya,
Memimpin menuju fitrah.


Kepergiannya meninggalkan wasiat,
hadith dan al Quran diamanahkan kepada kita,
buat ummatnya yang berfikir,..













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...