Bismillah
assalamualaikum.
pejam celik pejam celik, tahu tahu dah nak habis tahun 2020.
tetiba teringat pada blog ni.
rupanya dulu aku TERset"private" blog ni.
Aku sendri lupa tahun bila dan kenapa aku set private blog ni. haha.
Tapi last entri tahun 2015.
Lama tu menyepi.
Tak mengapalah. Harap semuanya sihat dan sukses dalam hidup.
Sekalipun kalian sedang dalam "ribut",
ucapkan, "Alhamdulillah Ala Kulli Hal"
Kerana "ribut", "hujan", "mendung", "cerah" itu semua daripada DIA...
Pasakkan di hati rasa syukur pada perkara yg kita masih ada dan nikmati,
Ya.. sekalipun terlalu banyak yg telah hilang daripada kita, cari rasa syukur itu dulu.
Dan percayalah. DIA akan beri kalian keizinan untuk melihat mentari semula.
"Alhamdulillah Ala Kulli hal"
Maksud: Segala pujian bagi Allah atas segala keadaan.