بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Keinginan?
Sama sahaja dengan kemahuan mungkin juga boleh disimilasikan dengan cita-cita untuk menggapai sesuatu. Sifat yang sememangnya lumrah bagi seorang manusia. Sejak kecil lagi kita dah dididik dan dipupuk dengan sifat bervisi dan bermisi dalam hidup. Benar?
Keinginan ini pula sifatnya tidak boleh berdiri sendiri, tidak pandai berdikari sendiri, ia mesti disandarkan pada usaha. Tanpa usaha, maka tersungkur la keinginan jatuh nun tiada berteman. Dan tidak akan bangkit keinginan tanpa huluran bantuan oleh sang usaha. Bakal hanya menjadi angan mat jenin la alamatnya.
Ada manusia sifatnya penuh dengan visi dan misi, sifat yang membuatkan dia keras kepala dalam mencapai apa yang dimahukannya. Ada juga manusia yang sifat bervisi dan bermisinya mudah berkurang atau dalam erti kata lain manusia yang rendah himmah nya. Mudah down dikala sedikit halangan diutus untuk menguji sedangkan kejayaan hanya tinggal beberapa sentimeter dihadapan sahaja lagi. Ingin diingatkan bicara Allah dalam firmannya.
"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan , "kami telah beriman", sedangkan mereka tak diuji? dan sesungguhnya Kami(Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta" (al-Ankabut :2-3)
"dan kami tidak membebani seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya" (al-Mukminun :64)
Utusan bebanan dan halangan daripada Allah sebenarnya ujian daripadaNya. Tanda kasih sayangNya pada kita. Memupuk sifat bersabar dalam diri kita. Membuatkan kita bersyukur dan menghargai sesuatu disaat kita berjaya mencapai sesuatu itu. Bayangkan hidup kita tiada halangan dan cabaran. Terlalu mudah untuk segalanya. Sumpah bosan. Tiada asam garam kehidupan. Ingatlah ini bukan syurga kita. Syurga kita nun menunggu disana buat kita yang bermujahadah di penjara dunia ini.
Bersabarlah. Innallaha ma'as sobirin.
*Mood: Masih menyusuri denai yang sama tanpa banyak soal dengan harapan bertemu lubuk emas dipenghujungnya.
9 ulasan:
di mana mana sahaja kita diuji kan :)
halangan dan cabaran sentiasa ada,kita perlu istiqamah dan bersabar..kalau tak,jatuh di tengah jalan..jangan give up,bangun dan teruskan berjalan..semoga kita menjadi insan yang kuat..Insya-Allah..
setiap ujian/cabaran berbeza-beza ikut pada kemampuan umatNya. bersabarlah...
dilarang mngeluh ketika susah.
hikkss
suka sangat cara penulisan alepp skang. apasal eh. adakah kerana alep dh makin matang?erkk..hehe
#ALlah bg kita dugaan sebab Allah rindukan kita..
Hidup x mnarik tnp ujian dan halangan. Ape2 pn yg berlaku, truskn prjuangan. Ssngguhnya Allah sntiasa brsm kita. Gntungkn stinggi pngharapan padaNya. Moga Allah redho ! :)
ya aku mudah berasa down.
fuuuuuu
terima kasih untuk entri yg bermotivasi ni. hee
Hi, Nice post! Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.
Thanks!
Harry
harry.roger10@gmail.com
Kesusahan datang beserta dengan kesenangan di belakangnya.. Sabar dan tabah itu jawapannya.. ;)
Catat Ulasan