Selasa, 24 Julai 2012

Tika Hati ini Gusar





بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.




Sejak tadi news feed muka buku asyik aku scroll ke atas ke bawah, ke atas ke bawah. Berulang-ulang. Rasanya dah 3 kali aku baca status yang sama. Sehinggakan boleh termuntah kalau diteruskan pekerjaan yang tiada kerja itu. Dah bosan, berpindah pula ke twitter. Jenguk timeline 2, 3 saat dah rasa nak pitam. scroll sana scroll sini. Apa benda pon tak boleh. 

Oh ya, mungkin youtube ada sesuatu yang menarik ingin disajikan. Tangan segera tangkas dan pantas menaip www.youtube.com. Terus pergi ke my channel. Lagak seperti artis yang komen youtube nya beribu raban. Puii. Natijahnya, mukaku terus dengan muka kebosanan dek kerana kehambaran.

Pegi pula kepada blog. Ce tengok kalau-kalau tetiba idea nak merapu. Dah siap bukak new tab "create new post" tapi duk tenung kotak kosong yang tak terisi sambil tangan berada di keyboard seakan-akan ingin menaip dengan jayanya. Seminit berlalu. Kotak new post masih lagi kosong tanpa sepatah huruf. 

Ah.!

Tangan segera menekan pangkah setiap tab. Otak terus ligat mahu mencari jalan. Bagaimana ingin meloloskan hati daripada rasa begini. Adakah bosan? Serabut ? Kusut ? Hatiku sendiri tidak terjawab. 

Gitar yang tersandar di dinding ku capai. Terus menuju ke beranda rumah dengan niat mahu ambil angin malam beserta harapan dapat meng OK kan hati ini. Aku duduk di kerusi beranda. Terasa sejuk punggungku. Embun malam dah tentu turun ni. Aku usha jam di tangan. 1 a.m. Patut pun sejuk.

Gurindam dan irama terus beralun bersama suara yang katak sendiri fikirkan bahawa itu suara kawan sekataknya. Aku peduli hape. Mungkin ada jiran yang dah bernanah telinga ketika sedang tidur akibat beralunnya nyanyian dalam sepi oleh Chris Vadham. Eh.

Dari satu lagu ke satu lagu. Kedinginan angin malam serta ketenangannya masih lagi tidak berjaya menewaskan kegusaran hati ini. Tangan merayu kelenguhan memegang gitar. Gitar yang kupangku ku sandarkan pada dinding. Lalu bangun menapak ke pagar beranda mendongak ke atas mencari langit. Ku pandang langit. Luas. Bintang bersinar begemerlapan memagari bulan. Lama kutatap. Cuba mencari apa yang aku sendiri tak pasti apa yang dicari.

Tapi aku dapat rasakan seperti ada sesuatu yang ingin aku cari di sana. Yang aku rasa begitu dekat denganNya tika aku melihat luas, ajaib, dan agung alam ini. Yang aku rasa rindu untuk bertemu denganNya melepaskan segala lelah di dada. Yang aku rasa seperti suatu ketenangan abadi tatkala segala urusan kuserahkan kepadaNya tanpa sedikit keraguan.

Nafas panjang ku hela. Terucap zikir di bibir mataku terpejam. Persoalan terjawab. 


***********


Sujud terakhir solat sunatku sengaja aku lanjutkan. Biarlah saat paling hampir aku denganNya ini menjadi waktu aku melepas lelah hidupku padaNya. Aku yakin Dia pendengar paling setia. Allahus sami'.





p/s : Selamat menyambut Ramadhan almubarak. Jadikan bulan barakah ini seperti sekolah untuk kita. Sekolah untuk kita menerap segala ilmu positif dan mendapat santapan rohani supaya kelak kita menjadi lebih baik di bulan-bulan mendatang. 




20 ulasan:

bukankosong berkata...

aminnn

syukur

cik pha berkata...

salam ramdhan kawan ^^ duit rayaaa oiiii jangan lupa

Wadi AR berkata...

selamat berpuasa juga alif haris dibulan yg sangat mulia ini

Anif Abdullah| AA berkata...

agak2 boleh kongsi tak channel anda itu?hehe..

selamat berpuasa alip :D

ika berkata...

great entry la alif~ :) dr dlu alif punya entry semua ada mksud tersirat yg terbaik...:)

Iefa Ujang berkata...

Allhamdulillah . . . Allah mmg tempat trbaik tuk kita tuju :)

azs berkata...

Bila kegusaran hati berlaku, serba serbi semua tak kena.. Hanya DIA tempat yang paling afdal untuk kita mohon bantuan dan petunjuk.. Salam ramadhan Alif Haris.. Moga kegusaran yang bertapak itu disulami dengan kerinduan pada-Nya..

amrlaqm berkata...

selamat berpuasa alip~
kalau tak penuh takbleh raya tauu.
hahaha

syarifahsidrus berkata...

deep.Allah sebaik2tempat mengadu :)

hai alif!
*lamanya tak jenguk sini* hehe

lynndAmya berkata...

alhamdulillah, betul tu, sujud terakhir adalah waktu paling rapat antara kita dgn-Nya..berdoa masa tu insyaAllah cepat sampai, hehe :)
thanx sudi jenguk blog sy..

anamizu berkata...

guwa suka part :

"..Sujud terakhir solat sunatku sengaja aku lanjutkan. Biarlah saat paling hampir aku denganNya ini menjadi waktu aku melepas lelah hidupku padaNya. Aku yakin Dia pendengar paling setia. Allahus sami'.."


DIA lah tempat mengadu paling mustajab :)





slm ramadhan,
cik ana

sayakayrulez berkata...

main gitar pun release tension.
aku suke karoake..
mghabiskan sisa-sisa bosan

Pwincess berkata...

Thanks to Allah. Ramadhan Kareem =)

http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/three-things-in-one-e.html

eyjalukman berkata...

terima kasih berkongsi . smoga segala amal ibadah kita diterima di bulan ini and dpt di istiqamahkan smpi bila2 ;)

ewanthology berkata...

penuhi masa terluang dengan perkara yang berfaedah

vendoline berkata...

mcm bace novel monolog asenye...
hehe

Unknown berkata...

selamat menyambut bulan ramadhan sahabat ku...

gunakan ramadhan ini dgn sebaik-nya...

ulya berkata...

salam ramadhan ...

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum Alif Haris.

Susunan ayat mu..phewwww.. ^_^

Nyaris ku sangkakan kau mahu merapu..rupa2nya kau mahu ucapkan itu.

Untuk kau juga..aku kira, ini Ramadhan kedua kita sbg rakan blogger..eh,ia ke?heh3.

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa..insyaAllah..apa yg ko nasihatkan tu, diamalkan.. ^_^

vendoline berkata...

dtg cari update baru.hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...