بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.
Sejak tadi Ahmad (nama tipu) asyik mundar mandir di satu sudut rumahnya. Sekejap kelihatan dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Kelihatan resah. Rokok dicucuh api dan dihisap sedalam-dalamnya. Mencari ketenangan dan ilham katanya.
Dia perlu membuat kata putus yang tepat padat lagi jitu tentang perkara ini agar tiada kesal di masa hadapannya. Ini bukan barang mainan yang kalau rosak boleh mintak bapak belikan baru. Ini tentang hidup dan mati. Tak lekang kerutan mukanya sejak tadi dapat membayangkan betapa dahsyat dan pentingnya perkara ini dalam hidup ahmad. Itu lah ahmad. Dia memang terkenal dengan sifat penuh berhati-hati dalam membuat keputusan dalam hidupnya lebih-lebih lagi pada perkara yang melibatkan minat hati, kasih dan sayang.
Mana tidak kepalanya pening. Dua-dua dia suka dan cinta. Dua-dua sama cantik. Dua-dua sama hebat. Dua-dua dia mampu memiliki. Haih pening pening. Gugur rambutnya sehelai dua akibat digosok-gosok sejak tadi. Perlukah dia ambil saja keduanya. Kalau mampu apa salahnya kan. Tapi dia risau dia tak dapat berlaku adil. Sana minta duit, sini mintak duit. Habislah dia. Gajinya pun bukan taraf gaji perdana menteri. Sana minta jalan-jalan, sini mintak jalan-jalan juga. Hish. parah. Petrol dah mahal sekarang ni. Sana minta kusyen baru, sini minta seat baru. Habis kopak dia. Alamatnya pasir menjadi makanan ruji dia kelak.
Tak boleh Tak boleh. Aku mesti pilih satu je. Dia bercakap sendirian sambil menggeleng-geleng kepala sejurus memikirkan segala bad consquences nya. Ngeri betul.
*Kedengaran lagu "Disana Menanti Disini Menunggu" nyanyian Ukays berkumandang di corong radio rumahnya.
Radio ni tahu-tahu je apa yang dalam hati aku. Desus hatinya. Ahmad mengeluh panjang.
Pendapat orang lain sudah puas dia survey. Ibu bapanya, sahabat handainya dan tak lupa juga skandal-skandal dia. Jawapan mereka semua hampir serupa. "Apa sajalah, asal kau bahagia mad."
Bertambah konfius dan dilema dia dibuatnya. Dah 5 hari 5 malam dia begini. Badannya mulai susut dek kerana makan minum tak terjaga. Matanya kelihatan cengkung, tak cukup tidur gamaknya. Rambutnya kusut bagai setahun tak sikat rambut.
Tak boleh jadi ni. Aku mesti buat kata putus malam ni. Tak boleh lama-lama. Nanti aku juga yang sakit terseksa dilema begini. Tapi bukan mudah untuk memilih satu dan menolak satu lagi. Tangannya ditumbuk-tumbuk cuba mencari kekuatan untuk membuat keputusan.
Aku mesti bagitahu dia esok! Harap mereka faham dan tiada siapa kecewa dengan keputusan aku ini. hmm
Aku mesti bagitahu dia esok! Harap mereka faham dan tiada siapa kecewa dengan keputusan aku ini. hmm
************
Pagi-pagi lagi dia bersiap, deodoran, perfume semua habis disembur satu badan. Dia harap agar tiada apa-apa lagi yang mampu phsyco hatinya untuk mengubah fikiran. Dengan kalimah bismillah dan langkahan kaki kanan serta berbekalkan kekuatan yang ada dia segera menuju ke pusat proton edar yang berhampiran di kawasannnya.
Sejurus saja dia memasuki ruang permis itu. Kedengaran suara agen proton disitu menyapanya,
"apa macam bos, sudah buat keputusan, mau angkat neo 1.6 ka saga flx?".
-cerita ahmad albab dah habis-
Madah pujangga hari ni.
~Allah did not promise that your life would be easy, but He did promise to go with you in every step in your life~
11 ulasan:
KALAU KAK BUI ANGKUT SAGA FLX..CUNNN
hek eleeehhhh...
saya je ke yg rasa atau memang citer ni ditulis utk bwt pembaca mcm saya rasa tertipu? keh3..
ehem ehemm.
ada orang tu nak beli kereta kaa?
:p
ayat last tuu memang terbaik ah!
neo lah =P
saga beli pas dh kawin :P
myvi ada?
Assalammualaikum.
Lana tau ahmad bukan nak pilih,nak cari bini. Tapi, perghh, nak beli keta pun kemain la terlalu berhati2,hihihi.
Pilih mana2 pun jalan, ada pro kontranya kan alif.
Lana sndiri pun tak sure jalan hidup yg lana pilih skrg betul ke tidak..tapi..dah pilih dah pun, laluinya saja.. As u said..Allah kan ada ^_^
nkbli kete bru upenye..igt pe td.tahniah2
cayalah.. kete baru bau kedai tue.. :)
tertipu..he3
mana-mana la maad, asal ko bahagia..hahha
salam ukhuwah dr aku..=))
assalamualaikum..
Nice blog here! Also your website loads up fast!
What web host are you using? Can I get your affiliate link to your host?
I wish my web site loaded up as fast as
yours lol
Stop by my weblog perfumes
Catat Ulasan