Assalamualaikum
Sejauh mana kaki menapak pada bukan jalannya,
Tetap saja kasih sayangNya wujud,
Sejauh mana hati melawan arus fitrah,
Tetap saja cintaNya tersebar,
Sejauh mana diri menuju kenistaan,
Tetap saja maghfirahNya terbuka,
Sentiasa memberi dan terus menerus memberi,
Sentiasa menjaga dan melindungi,
Membuktikan keagungan cinta,
Demi mencelikkan semula mata yang buta.
Sedangkan hati itu jauh,
Terlalu jauh untuk kembali,
Terlalu bongkak dengan apa yang dianugerahkan,
Sehingga mengaku dirinya hebat,
Hebat atas kehebatan yang lain,
Begitu jelas hina serta nistanya seorang hamba.
Masa berlalu membawa alkisah hamba tiada syukur,
Sampai satu saat diutus bencana,
Jatuh terhumban terjerumus sedalamnya,
Kehebatan, kemewahan yang dahulunya dibanggakan hilang,
Matanya lalu gelap,
Tiada sinar harapan,
Sisa baki semangatnya cuba kembali membina,
Malangnya tiada lagi daya kurniaanNya
Tangan-tangan manusia dihulur,
Tiada satu pun berjaya dicapainya,
Fitrah seorang hamba,
Dikala susah hati mula mencari Tuhan,
Terkial-kial mencari dimana silapnya,
Terhegeh mencari siapa Sang pemberi dan Sang penarik segalanya.
Begitu Maha Pengasihnya Dia,
Kasih sayang rahmatNya tiada bersyarat,
DakapanNya sentiasa terbuka menerima hambaNya yang mahu kembali,
Hati yang dahulunya jauh sudah kembali,
Terasa begitu terubat rindu,
Begitu damai,
Begitu tenang,
Mana tidaknya,
Kekasih pertamanya sebelum dilahirkan ke dunia kini bersua kembali,
Hanya kerna akal tiada merekod,
Manusia tidak tahu semuanya,
Kini hati mengerti maksudnya,
Mksud disebalik segala utusan bencana,
Disebaliknya terkandung rahmat serta kerinduan Tuhan kepada hati itu,
Untuk kembali cinta kepadaNya.
-alif haris, 4.22am 12/1/2013-
- Kehidupan dunia ini adalah jambatan dan jasad ini hanyalah tunggangan kita untuk kembali bertemu kekasih pertama kita dimana setiap roh pernah bertemuNya dahulu sebelum kita dilahirkan dahulu -
Dan semoga setiap daripada kita diberi pengakhiran kehidupan yang baik.
- اللهم اختم لنا ياالله بحسن الخاتمة ولا تختم علينا ياالله بسوء الخاتمة -
Maksud : Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, dan Jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.
Madah hari ini
- The life of this world is only enjoyment of deception-
(Ali 'Imran : 185)
"Setiap penulis akan mati, hanya karyanya yang terus kekal abadi, maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat kelak." -Saidina Ali b Abi Talib- Sumber
(Ali 'Imran : 185)
"Setiap penulis akan mati, hanya karyanya yang terus kekal abadi, maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat kelak." -Saidina Ali b Abi Talib- Sumber
p/s: Boring dah buat cerkontot, sekali sekala nak juga selitkan tazkirah gini ok. =)
23 ulasan:
Btul tu.. memang fitrah manusia bila dah susah baru tegedik gedik nak mintak tolong kat Allah.. :(
tazkirah ni buat kita celik hati. kdg manusia celik mata, hati tertutup..
bila susah, kita selalu merintih kat Allah, tp bila senang, happy, kdg lupa dunia, lupa Allah. Astaghfirullah.. muhasabah diri semula..
mudah mudahan semua baik baik k
nice entry :)
Entri yang tepu makna. Suka puisi macam ni. :)
mari tulis sesuatu yang bermanfaat. walaupun kita picisan je. :)
bernas =)
terus kan usha
"Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, dan Jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk."
ameen!! =D
takleh nak nafikan la..ape2 pon ade mslh ke seronok ke...kembali pada Allah jugak la...
Matang dah alif..nice entry aleppp....
Ambil pengajaran atas kesedaran yang wujud...
cerkontot? hahaha
ehem. bagus . byk2kan tazkirah laie yo :)
setiap masa kita patut fikir dankembali kepada fitrah. semoga Allah kuatkan iman kita. :)
btw, awak, mari komen sket puisi saya. hiks.
semoga kita jangan alpa..
#pesankepadadirisendiri
peace yo!
:')
:) nice entry lep2...
Сдача квартиры. Хочу сдать квартиру знакомому, в то эпоха точно буду жить ради городом. Я николи не снимала и не сдавала квартиру. В стоимость аренды, что съёмщик платит хозяину, входит квартплата? Или же снимающий платит и хозяину за квартиру и квартплату отдельно? [url=http://tutledy.ru/kachestva-muzhchin/88-kakim-dolzhen-byt-nastoyashchiy-muzhchina.html]каким должен быть настоящий мужчина[/url]
entry yg bagus :P
hanya ingat kamu kala dukaku...
fitrah la tu awak.
:)
nice! ;D fitrah.
Xupdate?
aamiin...pintu taubat allah sentiasa terbuka ..smoga kita semua sempat kembali kepadanya sebelum trlambat...in shaa allah..
wow.. hebat penulisan anda en.alif haris... dah lama kekurangan pembacaan yg sebegini.. :)
Catat Ulasan