Jumaat, 12 Julai 2013

Siapa Yang Mulia ?










بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.






Dalam sebuah riwayat hadith dikisahkan suatu hari Rasulullah tengah duduk berkumpul bersama para sahabat, Abu bakar, Umar, Uthman, Ali dan yang lainnya..

Lalu kemudian Baginda bertanya kepada para sahabat,

 "wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia disisi Allah?"

Para sahabat terdiam.

Kemudian salah seorang daripada sahabat berkata, "Para malaikat ya Rasulullah, merekalah yang mulia."

Baginda berkata,

 "Ya, para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah, mereka sentiasa bertasbih kepada Allah, tentulah mereka mulia. Tapi bukan itu yang aku maksudkan."

Lalu para sahabat kembali terdiam.

Tiba tiba salah seorang sahabat kembali berkata. "Ya Rasulullah, tentulah para nabi, mereklah yang mulia itu."

Rasulullah tersenyum. Baginda berkata.

" Ya para nabi itu mulia. Mereka adalah utusan Allah dimuka bumi. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia. Mereka mulia tapi ada lagi yang lainnya."

Para sahabat kembali terdiam. Tertanya-tanya. Siapa lagi orang yang mulia.

Kemudian salah seorang sahabat berkata. "Ya Rasulullah, adakah kami ya Rasulullah, adakah kami yang mulia itu ya Rasul?"

Baginda Rasulullah melihat wajah para sahabat satu persatu sambil tersenyum.

Lalu Baginda menjawab.

"Tentulah kalian mulia. Kalian dekat denganku. kalian membantu perjuanganku. Bagaimana mungkin kalian tidak mulia. Tentulah kalian mulia. Tapi ada lagi yang lain yang mulia."

Para sahabat terdiam semua. Mereka tak mampu berkata apa apa lagi.

Tiba tiba Baginda Rasulullah tertunduk wajahnya. Baginda Rasulullah menangis di hadapan sahabat sahabatnya.

Para sahabat pun tertanya. "mengapa kau menangis ya Rasulullah?"

Lalu Baginda Rasulullah mengangkat wajahnya dan kelihatan air mata berlinangan membasahi pipi dan janggutnya.

Baginda berkata,

"wahai saudaraku sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka itu adalah manusia manusia yang lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah. Dan tahukah kalian, mereka tak pernah memandangku, mereka tak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tapi mereka begitu rindu padaku. Dan saksikanlah para sahabatku, aku juga rindu kepada mereka, mereka yang mulia itu, mereka lah 

UMMATKU. "



Bayangkan saat itu Baginda Rasulullah menitiskan air matanya dan para sahabat juga turut menangis.




Tepuk dada tanya hati kita.
Siapakah yang dirindukan Baginda Rasulullah, siapa yang sentiasa di doakan oleh Baginda Rasulullah.

Tapi kita ? Adakah sudah ada air mata yang berlinang kerana rindu kita kepada Rasulullah ?

Allahurabbi.






5 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian ini.. dlm sehari berapa kali kita merindui rasullullah... selamat bersahur.

Zuan berkata...

salam ramadhan.. semoga ibadah puasa kita diterima hendaknya.. :)

Zul fattah berkata...

tahu tak "umatku" yg macam mana sbnarnya? umat yg ikut cara hdup nabi dan sahabt.. tp kita ada ikut x?

Faiz Zakaria berkata...

nice share.. nabi sentiasa igtkan umatnya. kita je yg kdg2 lupa nabi..

Anif Abdullah| AA berkata...

kadang2 kita lupa selamat ke atas junjungan nabi muhammad saw kerana, busy mengejar hal-hal dunia.. semoga kerinduan kita semua mekar di hati dari semasa ke semasa.. amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...