بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Manusia ini adalah sebaik-baik kejadian sebenarnya. Dalam al-Quran Surah at-Tiin ayat 4 pun telah disebut tentang perkara ini. Dan akal lah sebenarnya antara anugerah yang membezakan kita dengan makhluk lain. Makhluk lain ada otak, tapi tiada akal sesempurna kita. Jadi bersyukurlah.
Gunakan akal itu untuk berfikir dengan waras. Berfikir secara meluas dalam segala aspek. Tapi yang buat aku kecewa dengan sifat segelintir manusia yang mungkin malas untuk berfikir. Bukan bangang tapi malas. Mudah sangat menghukum seseorang tanpa kau tahu kondisi sebenar seseorang itu. Mungkin kerana faktor kehidupan kau yang mewah dan tak banyak cabaran. Mungkin kerana faktor perjalanan hidup kau yang fix hanya pada satu jalan sahaja. Menjadikan kau berfikiran sempit sehinggakan menyempitkan otak kau yang memang sedia ada sempit lagi sempit sampai tak boleh fikir apa orang lain rasa. Dalam erti kata lain , kau boleh diklasifikasikan sebagai manusia tak tahu bersyukur, dan hanya tahu menghukum orang lain !
Kau tak pernah jadi aku, dan aku tak pernah jadi kau. Dan aku rasa kau tak tahu apa-apa pun tentang aku. Apa yang kau tahu aku begini dan begini. Hanya keburukan dan khilaf aku yang terpampang jelas di mata kau. Kehidupan sebenar aku ada kau tahu ? Kahkah. Tak payah buat muka pura-pura tahu. Rasa macam nak tumbuk lubang hidung kau guna pensil 2B je.
p/s : Jangan kau cepat menghukum seseorang tanpa kau tahu disebalik diri seseorang itu dengan teliti tentang kisah hidup dan pengalaman hidup dia.
*pssstt Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran 2 insan yang penting buat aku. Adik bongsu aku dan dia. Semoga murah rezeki dan berjaya dunia akhirat ^^
*pssstt Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran 2 insan yang penting buat aku. Adik bongsu aku dan dia. Semoga murah rezeki dan berjaya dunia akhirat ^^
21 ulasan:
betol2.. jgn cpt menghukum.. hehe :)
mmang ada org yg ska sgt melabel org dgn skali pndang..xknal pn da ckap mcm2 sal kita..skit ati tul..
ramai yang tak menggunakan akal sebaiknya.. :(
manusia tak tahu bersyukur memang camtu bro..otak sempit..
selamat hari lahir utk mereka ^^
ye.. manusia semua tak sempuran.
manusia memang selalu sangat nak judge orang.
kadang2 naik menyampah.
macam diri tuh perfect sangat.
haishh..
eh birthday dia?
happy birthday untuk dia ya?
hehe
:P
kadang2 bile dah kenal la aku naik menyampah. mcm ne tu alip? hahah
ye la macam entry Jue yg lepas : Judgmental People..They Exist. kadang kite susah nak elak mereka mereka ini. yang penting kita kenal siapa diri kita yg sebenar kan.
hai aliff..
happy belated birthday utk dua orang tersayang tu..semoga dirahmati Allah dan bahags selalau.
oh ye..aku tak kasi la doa tidur..suem orang tau kot..kang org nyampah plak aku mcm nak ngajo baca doa. hahahha
dia??
sape alep. tak habaq pon kat aku kan. haha
Marah beno alif eh.sabar ye alif..byk2 sbr.
Dan,hepi birthday buat mereka berdua.
kena berfikir dulu sejenak sebelum membuat keputusan... fikir apa yg akan terjadi selepas apa yg kita buat.
dia tu siapa dek? hehe
yaaa..jgn cepat menghukum org kalau kita x kenal dunianya...
BIASALAH MANUSIA,SUKA SANGAT MEMBUAT ANDAIAN SENDIRI WPUN TAK TAHU MENAHU APA SEBENARNYA YG BERLAKU..
Siapalah kita utk menghukum ....
Kurangnya kematangan berfikir kot ....
kita tak tahu apa yang orang tu alami,so tak payah nak judge macam kita tau semuanya kan :)
:)
manusia biasa r tu alif.. tp kalau boleh kita biar cool je, walau apa pun org ckpa kat kita..
mungkin dibesarkan dengan otak seperti itu...
mungkin dibesarkan dengan otak seperti itu...
Catat Ulasan