Ahad, 24 Mei 2015

Jangan Biar Kosong









Bismillah.

Assalamualaikum.




Jangan biarkan hati itu kosong,
Jangan biarkan hati itu terbiar usang sepi tanpa zikrullah,
Kerana apabila ia kosong,
Mula la syaitan kemas barang untuk pindah rumah baru yakni hati itu.

Bermujahadah wahai sahabat.!

Memang kehidupan ini melelahkan, sahabat.
Kerana kampung abadi kita tenang lagi menenangkan. 
Tidak mampu akal fikiran mentafsir tenangnya disana sebenarnya.

Bersabarlah. 
sedikit masa lagi untuk kita menapak.
paling lama pun 60 tahun. 
Lebih 60 itu bonus.
Tak sampai 60 pun ramai yang sudah tutup mata.
bahkan ada yang tidak sempat ketemu dunia langsung.


Photo credit to alif haris instagram https://instagram.com/alif_haris91/










Ahad, 22 Mac 2015

Kecilkan perbezaan, luaskan persamaan.









Bismillah.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.



Aku risau dengan mereka yang mahu melihat Islam bangkit,
Tapi sentimen perpecahan diagungkan.

Mereka rasa itu jalan "mereka yang terasing".

Lebih parah lagi kalau sampai ke tahap yakin.

Perpecahan itu yang didamba puak musyrikin.
Hati hati bang.

Andai terasa begitu,
Tuntut lah lebih ilmu,
Melata lah keseluruh dunia,
Luaskan pemikiran sempit anda.

Selagi mereka berpaut pada Quran dan Assunnah, Akui lah itu saudara perjuangan kamu, mungkin saja ada perbezaan pendapat atau berbeza caranya tapi boleh didamaikan dengan kerangka pemikiran Islam yang berbatas.



p/s: "mereka" telah merancang segala ini sejak awal. Memperbodohkan umat kita yang "beriman" pada media, yang menelan bulat bulat segala suapan, yang terleka dengan keenakan isi dunia, yang terlalu sibuk pergi pagi pulang petang mencari duit yang entah rezekinya entah tidak, yang menerima pemikiran mereka tanpa memurnikannya, yang menjadikan barat itu ikutannya tanpa had, yang memandang tinggi kekayaan dan memandang jijik pada miskin, yang terlalu mengejar redha manusia, dan yang macam-macam lagi.

Mereka sedang tergelak.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...