Isnin, 28 November 2011

Perlu ke TUTUP AURAT ??


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..



Boys = sex, sex, sex

Dear ladies out there, bukan nak melucah tapi inilah hakikatnya.. Sememangnya lelaki dikurniakan dengan keinginan seks yang tinggi.. Lelaki mudah terangsang berbanding wanita.. Itu lumrah.. Tengok terbojol sana terbojol sini, mula la adik dalam seluar tu naik .. Lain cite lah kalau laki tu gay

Jadi sebab itu lah mengapa ISLAM sangat menitikberatkan penutupan aurat .. Antara sebabnya inilah, bila terbuka aurat, maka nafsu pn naik.. Bila Nafsu naik, maka zina, rogol pn terjadi.. Bila zina dan rogol terjadi, maka keluarlah dalam berita "BUANG BAYI DALAM MANGKUK JAMBAN" , "WANITA DIROGOL 30 LELAKI" , "KES ROGOL PASTU BUNUH" dan lebih dahsyat daripada itu lagi.. 

Bukanlah aku nak salahkan wanita 100%, tapi inilah antara faktor terjadinya semua itu.. Aku harap semua nampak consequences nya .. Jadi bersempena MAAL HIJRAH apa salahnya kita membuat sedikit penghijrahan kepada yang lebih baik .. InsyaAllah =)



p/s : Salam Maal Hijrah buat semua, Apa azam tahun baru korang ?



Jumaat, 25 November 2011

4 Golongan Lelaki yang ditarik oleh wanita ke Neraka


 بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum



4 Golongan Lelaki yg Ditarik Oleh Wanita Ke Neraka




1 • Ayahnya 
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.




2 • Suaminya 
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.




3 • Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah tarikan adiknya di akhirat.




4 • Anak Lelakinya 
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. 






********************



♦ Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ♦ maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar ♦




Firman ALLAH S.W.T ~


"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahlimu dari api neraka,
dimana bahan pembakarannya ialah manusia & batu- batu"


(surah At-Tahrim, ayat 6, juzuk 28)








p/s : Ingatlah wahai teman-temanku yg sejantina denganku.. Lelaki besar tanggungjawabnya.. ! 










Khamis, 10 November 2011

Ketahui Teknik meng'Cover' kentut

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..


Ahaaa .. Orang cakap kentut ni tak elok ditahan-tahan.. Nanti jadi penyakit .. 

Jadi seandainya anda terasa seperti ingin membuang gas berupa kentut itu,  lepaskan sahaja.. Biarpun anda sedang berada dikhalayak ramai..

 Untuk mengelakkan anda rasa segan dan malu seperti ingin mencelup kepala dalam lubang jamban, ikut tutorial untuk meng'COVER' kentut yg akan saya berikan nanti.. 

Lebih-lebih lagi kalau kentut tu kantoi berbunyi seperti halilintar dan membuatkan semua orang masuk ICU untuk menerima bantuan pernafasan dengan segera..

So lets do it :

(1) Lepaskan kentut dengan seleganya... Muka stay cool.. Jangan buat muka kentut..

(2) Bila bunyi kentut itu kedengaran, sudah pasti orang sekeliling anda tercari-cari dari mana punca pelepasan gas itu .. Okay, waktu itu anda perlu aim seseorang untuk dijadikan mangsa.. Untuk lebih efektif, pilih mangsa yg berdekatan dengan anda sama ada disebelah atau depan atau belakang anda.. 

(3) Anda perlu memandang orang yg anda aim itu tadi dengan muka berkerut  sambil menggeleng-gelengkan kepala sebagai tanda anda tidak mempersetujui tindakan beliau yg melepaskan gas itu secara berleluasa...

(4) Sila teruskan perbuatan itu sehingga semua orang disekeliling memandang mangsa itu dengan muka berkerut sambil menutup hidung..

(5) Sekiranya anda tidak tergelak , ada kebarangkalian anda berjaya melakukan trik ini.. 


-Selamat Maju jaya-



*Aku dapat idea trik ini selepas aku sndiri menjadi mangsa penuduhan pelepasan kentut oleh seorang uncle tu.. Demmm ! Kat surau pulak tu =,=


p/s : Alif Haris kejap ada kejap takda.. mcm biskut ye dak.. Haha.. Tapi terima kasih buat mereka yg still jenguk ke sini lagi =)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...