Assalamualaikum..
Ini zaman muda-muda punya cerita.. Waktu itu aku sedang dalam latihan dan dikehendaki berkampung didalam hutan.. Aku sebagai runner perlulah untuk kesana kesini menyampaikan arahan atau menyampaikan apa-apa sahaja yang perlu disampaikan ke tempat yang seperti diarahkan..
Aku paling tak suka bila hari malam , cuaca suram , cahaya bulan takdak, jalan kesana sini teraba-raba.. Bukan kerana tiada torchlight, tapi kerana mengambil langkah berjaga-jaga kerana musuh akan dapat detect kedudukan kita melalui cahaya lampu..
***************
So nak dijadikan cerita, perkara yang aku benci itu terjadi juga.. dan bertambah bencinya aku bila dapat arahan untuk bergegas ke headquarters (Markas yang menempatkan pegawai berpangkat) yang berada di tengah lengkungan pertahanan kami.. Sebab apa aku benci ? Sebab jauh..
"headquarters tu kalau boleh jauh lagi sampai hujung dunia !" Aku berseloroh dan disambut dengan ketawa kecil skuad aku..
Aku pn berlalu sambil menggalas senjataku bersendirian..
**************
Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa.. Kadangkala berhembus dengan agak kencang disitu.. Aku mendongak ke langit, suram. Tiada bulan untuk menyuluh jalanku yang penuh onak duri.. Bunyi cengkerik dan unggas hutan selang seli berbunyi.. Kadangkala bunyi-bunyian itu seperti mengejek-ngejekku yang sedang berjalan teraba-raba.. Kuang asam !
Dikala angin berhembus ke arahku, tiba tiba aku terhidu bau sesuatu..
"Bau cilaka ape nih !" getus hatiku.. Sambil membesarkan lubang hidung untuk meningkatkan keupayaan menghidu ke tahap maksimum..
Bau itu hilang setelah angin berlalu.. Aku terus melangkah dengan derapan kaki yang paling perlahan dan taktikal sambil mencapai senjata yang digalas dengan pantasnya seperti dalam game Counter-Strike ..
Sekali lagi bau itu menusuk hidung aku apabila angin menderu ke arahku.. Tiba-tiba boleh pulak time tu aku teringat ada orang cakap, "kalau makhluk halus atau hantu tu jauh, bau wangi je, bila hantu tu dekat, bau busuk !"
Cuba bayangkan , anda berjalan bersendirian di dalam hutan pada waktu malam yang suram.. Tiba-tiba terfikir pasal hantu-hantu dan jembalang.. Memang meremang la bulu-bulu semua kan ?
Teringatkan kata-kata orang tu, aku mempercepatkan langkahku agar cepat sampai ke markas headquarters.. Fikiran aku dah terbayang sweet terloncat-loncat, polong, pontianak, penanggal , jembalang, hantu bonceng.. Err
Aku redah je jalan berliku tu.. mana-mana ranting kayu menghalang jalan aku sepak je.. Gila kental !
Tapi yang membuatkan aku semakin resah bila semakin aku maju ke hadapan, semakin kuat bau cilakak tu.. Aku memperlahankan semula langkahanku.. Bulu roma yang terpacak sejak dari tadi masih tidak turun-turun lagi.. Leher pula rasa meremang semacam je.. Peluh dingin mula merembes..
Aku terus melangkah.. Bila aku rasa bau itu sudah terlalu hampir dengan aku, aku berhenti melangkah..
"Jangan lah kacau aku ! Aku tak kacau kau !" Aku cuba berbicara dengan "dia".. Sambil membaca ayat-ayat suci Al quran yang aku ingat..
" Siapa pula yang kacau kau ni ? " Tiba-tiba kedengaran suara menyahut dari dalam belukar berhampiran.. Akibat terkejut , aku lantas mengacu senjata ke arah belukar sambil menyuluh dengan torchlight..
" Siapa tu !? Keluar ! " Aku menggertak dia..
"Woi ! apa suluh-suluh ni ! aku tengah berak la gila !" Kelihatan wajah Leftenan Muda Hanif sedang menahan silau di sebalik belukar-belukar itu..
p/s : Watak hanya rekaan semata-mata..
p/s : Hidung perlu belajar membezakan antara bau taik dan bau busuk yang lain..
p/s : Syukran aku ucapkan buat kak nurul haida atas doodle yang diberikan =)
Comel doodle ni.. Baju pn sama mcm baju raya aku .. =D TQ kak haida
p/s : Syukran aku ucapkan buat kak nurul haida atas doodle yang diberikan =)
Comel doodle ni.. Baju pn sama mcm baju raya aku .. =D TQ kak haida