Selasa, 11 Disember 2012

Alkisah seorang bernama Man





 بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum.


Suasana dalam kelas tingkatan 5 anggerik sederhana bising. Biasa lah suasana kelas prep malam ada yang tido, ada yang tak study langsung, ada yang khusyuk duk korek hidung sejak tadi dan lekat hasil lombong pada kerusi kawan, ada yang buat ketupat palas ketupat bawang semua ada, tak lupa juga kepada yang gigih study. Study lah sangat. padahal study majalah kreko. Bagus kelas ni. 

Man yang juga seorang pelajar kelas tu sejak tadi khusyuk berborak bersama teman-temannya. Dari topik dia score hat-trick main bola petang tadi sampai ke topik cikgu Hadi guru disiplin yang jatuh terpeleset depan tandas waktu kejar budak hisap rokok. Tak habis-habis. Buku pun langsung tak terbuka. Nak terbuka pun tak boleh sebab buku pun dia tak bawa. 

Bila topik borak dah habis, modal nak bercerita pun dah takde, man pun beransur kembali ke tempat duduk asalnya. Nak study buku pun dia lupa bawa turun ostel petang tadi. haih getus hatinya. Oleh kerana takde ape yang dibuat, matanya mula mengantuk. Lalu dia tertidur beralaskan lengan di atas meja...




********

Tengah-tengah nak mimpi jumpa cikgu ayu, tetiba man terasa badannya digerakkan. 

"Jangan kacau lah, aku mengantuk. pegi main jauh jauh sana." balas man dengan matanya masih terpejam dan tanpa mengangkat kepala dari atas meja. Dia malas nak tengok siapa yang kacau. Dia syak itu mesti rakannya yang mahu menganggunya. 

Sekali lagi badannya digerakkan. Kali ini lebih kasar nampaknya. Hampir saja dia terjatuh dari kerusi. 

Man rasa terganggu betul. Kali ni dia memberi amaran sambil menunjuk sebiji penumbuknya. Tapi kepalanya masih tak diangkat.

Tiada respon.

Suasana senyap belaka. Hanya bunyi angin kipas kedengaran.

"Selalunya kelas bising gila tapi apesal senyap pulak nih". Bisik hati Man. Timbul persoalan dihatinya. Tak sedap hati mula terasa. Tapi kepalanya masih tetap tidak diangkat. 



Tiba-tiba,

"Kamu nak gaduh dengan cikgu ke !?" kedengaran suara garau disebelahnya.

Terus segar bugar mata Man sejurus menerima respon sedemikian.


********




p/s: Cerita ni habis, man juga habis.




- Madah pujangga- 
Kehidupan hari ini yang Allah beri kepada kita ini adalah hadiah Dia kepada kita. Thats why we call it as present. Present means now.



Rabu, 31 Oktober 2012

Alahai Ahmad






بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.



Sejak tadi Ahmad (nama tipu) asyik mundar mandir di satu sudut rumahnya. Sekejap kelihatan dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Kelihatan resah. Rokok dicucuh api dan dihisap sedalam-dalamnya. Mencari ketenangan dan ilham katanya. 



Dia perlu membuat kata putus yang tepat padat lagi jitu tentang perkara ini agar tiada kesal di masa hadapannya. Ini bukan barang mainan yang kalau rosak boleh mintak bapak belikan baru. Ini tentang hidup dan mati. Tak lekang kerutan mukanya sejak tadi dapat membayangkan betapa dahsyat dan pentingnya perkara ini dalam hidup ahmad. Itu lah ahmad. Dia memang terkenal dengan sifat penuh berhati-hati dalam membuat keputusan dalam hidupnya lebih-lebih lagi pada perkara yang melibatkan minat hati, kasih dan sayang.

Mana tidak kepalanya pening. Dua-dua dia suka dan cinta. Dua-dua sama cantik. Dua-dua sama hebat. Dua-dua dia mampu memiliki. Haih pening pening. Gugur rambutnya sehelai dua akibat digosok-gosok sejak tadi. Perlukah dia ambil saja keduanya. Kalau mampu apa salahnya kan. Tapi dia risau dia tak dapat berlaku adil. Sana minta duit, sini mintak duit. Habislah dia. Gajinya pun bukan taraf gaji perdana menteri. Sana minta jalan-jalan, sini mintak jalan-jalan juga. Hish. parah. Petrol dah mahal sekarang ni. Sana minta kusyen baru, sini minta seat baru. Habis kopak dia. Alamatnya pasir menjadi makanan ruji dia kelak.

Tak boleh Tak boleh. Aku mesti pilih satu je. Dia bercakap sendirian sambil menggeleng-geleng kepala sejurus memikirkan segala bad consquences nya. Ngeri betul. 

*Kedengaran lagu "Disana Menanti Disini Menunggu" nyanyian Ukays berkumandang di corong radio rumahnya. 

Radio ni tahu-tahu je apa yang dalam hati aku. Desus hatinya. Ahmad mengeluh panjang. 

Pendapat orang lain sudah puas dia survey. Ibu bapanya, sahabat handainya dan tak lupa juga skandal-skandal dia. Jawapan mereka semua hampir serupa. "Apa sajalah, asal kau bahagia mad."

Bertambah konfius dan dilema dia dibuatnya. Dah 5 hari 5 malam dia begini. Badannya mulai susut dek kerana makan minum tak terjaga. Matanya kelihatan cengkung, tak cukup tidur gamaknya. Rambutnya kusut bagai setahun tak sikat rambut. 

Tak boleh jadi ni. Aku mesti buat kata putus malam ni. Tak boleh lama-lama. Nanti aku juga yang sakit terseksa dilema begini. Tapi bukan mudah untuk memilih satu dan menolak satu lagi. Tangannya ditumbuk-tumbuk cuba mencari kekuatan untuk membuat keputusan.

Aku mesti bagitahu dia esok! Harap mereka faham dan tiada siapa kecewa dengan keputusan aku ini. hmm




************


Pagi-pagi lagi dia bersiap, deodoran, perfume semua habis disembur satu badan. Dia harap agar tiada apa-apa lagi yang mampu phsyco hatinya untuk mengubah fikiran. Dengan kalimah bismillah dan langkahan kaki kanan serta berbekalkan kekuatan yang ada dia segera menuju ke pusat proton edar yang berhampiran di kawasannnya. 


Sejurus saja dia memasuki ruang permis itu. Kedengaran suara agen proton disitu menyapanya, 

"apa macam bos, sudah buat keputusan, mau angkat neo 1.6 ka saga flx?".




-cerita ahmad albab dah habis-






Madah pujangga hari ni.
~Allah did not promise that your life would be easy, but He did promise to go with you in every step in your life~ 




Selasa, 18 September 2012

Motivasi : Saat Kau Jatuh Terjelepok






بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum







Saat kau terjelepok jatuh.

Gedebuk !

Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Perit. Pedih. Maruah terpijak. Seperti hidup tiada lagi makna dan tujuan. Semangat engkau yang dulu gah meniti ranjau kehidupan lari entah kemana. Kekuatan yang dulunya menjadi asbab untuk hati kau terus istiqamah dengan jalan itu turut lenyap bersama. Kau yang dulu tak lekang senyuman kini hanya bermuram durja. Kau umpama mayat hidup. Kosong. Tiada jiwa. Tiada roh.

Semakin hari semakin teruk. Mujur masih ada manusia sekeliling yang menyedari dan mengambil berat tentang kau. Lebih lebih lagi mereka yang bergelar ibu dan bapa. Tak kenal jemu mereka berusaha menyuntik kembali semangat kau. Berusaha mencari semula keyakinan dalam diri kau yang dahulunya pernah kuat dan tabah memikul harapan ibu ayah. Dan sebahagiannya telah pun menjadi kebanggaan mereka.

Usaha demi usaha tiada putus. Natijahnya kau masih tetap begitu. Tetap terbiar terperosok di bawah.

Tangan tangan yang dihulur kau hanya pandang dengan pandangan kosong. Tak diendahkan.


*hela nafas panjang.


Istighfar dan muhasabah.

Kau berehatlah sebentar. Mungkin kau perlukan sedikit masa untuk tenangkan kabut di hati dan membina semula keyakinan diri kau berdepan dengan kehidupan ini. Mencari dimana silapnya. Mungkin juga kau penat dengan karenah manusia yang jelek.

Titiskan air mata kau andai itu bisa meredakan badai hati kau. Pinjam bahu mereka yang menyayangi kau untuk seketika bagi kau melepas lelah kehidupan yang menghimpit. Luahkan pada yang sudi mendengar dengan harapan memulihkan semangat kau seperti sedia kala.

Kau lakarlah semula plan hidup kau. Adakalanya kita perlu berundur sedikit. Bukan berundur bererti  mengalah dan berputus asa tapi berundur sedikit untuk ambil persimpangan jalan yang lain. Yang kau kira kau mampu melaksanakannya dengan lebih baik. Masa yang sudah berlalu itu bukan satu pembaziran tapi satu pengalaman pada kau sebenarnya. Pengalaman yang tiada pada mereka yang lain. 

Mulut orang?

Ah mulut manusia memang akan terus pung pang pung pang tanpa usul periksa. Terus judge orang itu ini. Mereka tak tahu ape. Persetankan mulut-mulut itu. 


*baling batu kat mulut orang.


Dan ini paling penting. Kau stay close to Allah. Waktu kau diuji begini sebenarnya Dia ingin kau lebih dekat denganNya. Bukan kau marah dan banding-bandingkan kegagalan kau dengan kejayaan mereka yang lagi fasik dan melanggar perintahNya. Mungkin itu istidraj untuk mereka yang lalai. Bersyukur kau tak tergolong dalam kelompok mereka.

Bersabar dan biarlah masa yang menjadi penawar. Lambat laun hati dan fikiran kau akan kembali positif. Semangat dan kekuatan kau akan kembali. Dan aku yakin kau akan bangkit semula.



-Untuk kamu, ya untuk kamu. kamu yang membaca ini.-





Selasa, 24 Julai 2012

Tika Hati ini Gusar





بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.




Sejak tadi news feed muka buku asyik aku scroll ke atas ke bawah, ke atas ke bawah. Berulang-ulang. Rasanya dah 3 kali aku baca status yang sama. Sehinggakan boleh termuntah kalau diteruskan pekerjaan yang tiada kerja itu. Dah bosan, berpindah pula ke twitter. Jenguk timeline 2, 3 saat dah rasa nak pitam. scroll sana scroll sini. Apa benda pon tak boleh. 

Oh ya, mungkin youtube ada sesuatu yang menarik ingin disajikan. Tangan segera tangkas dan pantas menaip www.youtube.com. Terus pergi ke my channel. Lagak seperti artis yang komen youtube nya beribu raban. Puii. Natijahnya, mukaku terus dengan muka kebosanan dek kerana kehambaran.

Pegi pula kepada blog. Ce tengok kalau-kalau tetiba idea nak merapu. Dah siap bukak new tab "create new post" tapi duk tenung kotak kosong yang tak terisi sambil tangan berada di keyboard seakan-akan ingin menaip dengan jayanya. Seminit berlalu. Kotak new post masih lagi kosong tanpa sepatah huruf. 

Ah.!

Tangan segera menekan pangkah setiap tab. Otak terus ligat mahu mencari jalan. Bagaimana ingin meloloskan hati daripada rasa begini. Adakah bosan? Serabut ? Kusut ? Hatiku sendiri tidak terjawab. 

Gitar yang tersandar di dinding ku capai. Terus menuju ke beranda rumah dengan niat mahu ambil angin malam beserta harapan dapat meng OK kan hati ini. Aku duduk di kerusi beranda. Terasa sejuk punggungku. Embun malam dah tentu turun ni. Aku usha jam di tangan. 1 a.m. Patut pun sejuk.

Gurindam dan irama terus beralun bersama suara yang katak sendiri fikirkan bahawa itu suara kawan sekataknya. Aku peduli hape. Mungkin ada jiran yang dah bernanah telinga ketika sedang tidur akibat beralunnya nyanyian dalam sepi oleh Chris Vadham. Eh.

Dari satu lagu ke satu lagu. Kedinginan angin malam serta ketenangannya masih lagi tidak berjaya menewaskan kegusaran hati ini. Tangan merayu kelenguhan memegang gitar. Gitar yang kupangku ku sandarkan pada dinding. Lalu bangun menapak ke pagar beranda mendongak ke atas mencari langit. Ku pandang langit. Luas. Bintang bersinar begemerlapan memagari bulan. Lama kutatap. Cuba mencari apa yang aku sendiri tak pasti apa yang dicari.

Tapi aku dapat rasakan seperti ada sesuatu yang ingin aku cari di sana. Yang aku rasa begitu dekat denganNya tika aku melihat luas, ajaib, dan agung alam ini. Yang aku rasa rindu untuk bertemu denganNya melepaskan segala lelah di dada. Yang aku rasa seperti suatu ketenangan abadi tatkala segala urusan kuserahkan kepadaNya tanpa sedikit keraguan.

Nafas panjang ku hela. Terucap zikir di bibir mataku terpejam. Persoalan terjawab. 


***********


Sujud terakhir solat sunatku sengaja aku lanjutkan. Biarlah saat paling hampir aku denganNya ini menjadi waktu aku melepas lelah hidupku padaNya. Aku yakin Dia pendengar paling setia. Allahus sami'.





p/s : Selamat menyambut Ramadhan almubarak. Jadikan bulan barakah ini seperti sekolah untuk kita. Sekolah untuk kita menerap segala ilmu positif dan mendapat santapan rohani supaya kelak kita menjadi lebih baik di bulan-bulan mendatang. 




Rabu, 4 Julai 2012

Siapa Bilang Gadis Melayu tak Hensem



بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum.




Alkisah bermula pada suatu tengahari, aku masih lagi dalam sesi bekerja. Kerja part time. Waktu ni aku jadi kuli batak Astro  untuk handle registration diorang punya training staff la lebih kurang macam tu. 

Kerja aku tersangatlah susah kalau nak tahu. Perlu dilaksanakan dengan 3 step. Tanya nama, cari nama dalam namelist, record tarikh bila staff tu nak pegi diorang punya training tu. Aku akan ulang 3 step itu setiap kali staff datang untuk mendaftarkan diri. Susah bukan? Susah sangat! Kahkah. 

Oh itu bukan yang aku nak ceritakan sebenarnya. Ceritanya begini, sedang aku sibuk duduk menunggu di kaunter pendaftaran. Aku capai handset dari dalam poket seluar aku. On mp3. Sambil tu mata aku menangkap imej-imej ragam manusia yang keluar masuk lif di lobi wisma tu. Waktu lunch hour kan, memang ramai la. Para smoker turun-turun lobi terus sumbat rokok. Bukan laki je, pompuan juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana. Jerebu terus. demm

Sedang asyik aku melihat gelagat manusia, aku dikejutkan dengan kehadiran seorang brader ni bersama rakan-rakan wanitanya. Fuh style brader ni wa cakap lu. Rambut pacak, muka jambu, baju seluar branded. Cara pemakaian macam artis laki zaman loni. Aku lihat nametag astro nya sudah aku dapat tangkap tujuan dia datang meja kaunter. 

"err dik, ini pendaftaran untuk training staff astro ye ?" brader tu bersuara. Eh jap apesal tona suara dia cenggitu. Hatiku mempersolkannya tapi tidak terucap di mulut.

"yup bro. err nama bro?" tanyaku sambil menyelak namelist di atas meja kaunter. 

"Suhaila binti kamarudin", jawabnya ringkas. 

erk.. 

*facepalm dalam hati.




**************

Aku usha dia balik bila dia berlalu pergi. Serius kalau korang nampak pon mesti korang fikir dia berjantina lelaki jugak. Semua ciri-ciri kewanitaannya takda. Tapi aku perasan satu ciri kewanitaanya. Halkum takde. kbai.



p/s : Suhaila nama olok-olok dalam cerita ini.






Sabtu, 30 Jun 2012

Ingin VS Halangan




بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum




Keinginan?
Sama sahaja dengan kemahuan mungkin juga boleh disimilasikan dengan cita-cita untuk menggapai sesuatu. Sifat yang sememangnya lumrah bagi seorang manusia. Sejak kecil lagi kita dah dididik dan dipupuk dengan sifat bervisi dan bermisi dalam hidup. Benar?


Keinginan ini pula sifatnya tidak boleh berdiri sendiri, tidak pandai berdikari sendiri, ia mesti disandarkan pada usaha. Tanpa usaha, maka tersungkur la keinginan jatuh nun tiada berteman. Dan tidak akan bangkit keinginan tanpa huluran bantuan oleh sang usaha. Bakal hanya menjadi angan mat jenin la alamatnya.


Ada manusia sifatnya penuh dengan visi dan misi, sifat yang membuatkan dia keras kepala dalam mencapai apa yang dimahukannya. Ada juga manusia yang sifat bervisi dan bermisinya mudah berkurang atau dalam erti kata lain manusia yang rendah himmah nya. Mudah down dikala sedikit halangan diutus untuk menguji sedangkan kejayaan hanya tinggal beberapa sentimeter dihadapan sahaja lagi. Ingin diingatkan bicara Allah dalam firmannya.

"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan , "kami telah beriman", sedangkan mereka tak diuji? dan sesungguhnya Kami(Allah) telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta"  (al-Ankabut :2-3)

"dan kami tidak membebani seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya" (al-Mukminun :64) 

Utusan bebanan dan halangan daripada Allah sebenarnya ujian daripadaNya. Tanda kasih sayangNya pada kita. Memupuk sifat bersabar dalam diri kita. Membuatkan kita bersyukur dan menghargai sesuatu disaat kita berjaya mencapai sesuatu itu. Bayangkan hidup kita tiada halangan dan cabaran. Terlalu mudah untuk segalanya. Sumpah bosan. Tiada asam garam kehidupan. Ingatlah ini bukan syurga kita. Syurga kita nun menunggu disana buat kita yang bermujahadah di penjara dunia ini. 

Bersabarlah. Innallaha ma'as sobirin.


*Mood: Masih menyusuri denai yang sama tanpa banyak soal dengan harapan bertemu lubuk emas dipenghujungnya.







Sabtu, 16 Jun 2012

Jika Rindukan Seseorang




بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum



Jika RINDUKAN SESEORANG, PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku... tetapi 'JARAK' ini untuk MENJAGA aku dan dia...

Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik...

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi...

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih daripada segalanya...

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi...

Dan dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhaiMu...


p/s: Terima Kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini... Terima Kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia...


#copypastefromotherparty.. 

Isnin, 21 Mei 2012

Taubat Dan Doa



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Penceramah ni namanya Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Maza). Beliau juga merupakan mantan mufti Perlis. Aku suka betul penyampaian dia. Kata-kata dia kemas. Bijak memikat dan menarik hati serta fikiran untuk berfikir dan menilai. 




Sebesar mana dosa kita, 
Sejauh mana sesatnya kita, 
Setinggi mana jatuhnya kita, 
Sejauh mana tergelicirnya kita, 
Sekeji mana perbuatan yang pernah kita lakukan,
Jangan pernah putus harapan dengan rahmat Allah. Pintu taubat yang ditawarkan Allah tidak akan pernah tertutup malah sentiasa terbuka luas untuk kita selagi nyawa tidak sampai di kerongkong. Subhanallah.




Sabtu, 7 April 2012

In Relationship



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum..






Zaman kini, bila kita sebut dan bercakap tentang Cinta / In Relationship dengan kebanyakan remaja, dalam fikiran mereka akan membayangkan sepasang laki dan perempuan yang sedang bercinta, kerap kali bertemu (Dating), selalu borak panjang-panjang, selalu tengok wayang berdua. Kalau berborak dalam fon tu, kalau boleh 24 jam telefon tu melekat di telinga.

Aku menulis ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku. Aku juga sebenarnya dalam golongan remaja masa kini yang sedang melangkah ke alam dewasa. Jadi aku tahu apa yang remaja rasa dan aku kenal kawan-kawan sebaya aku itu bagaimana mereka berfikir. Mungkin sekarang ada yang menafikan aku. Yang sedang bermonolog "Aku tidak begini". Jika ada Alhamdulillah. Ya setiap orang ada prinsip yang tersendiri tentang perihal CINTA ini. Tapi biarlah pegangan kita itu tak lari daripada landasan Islam. 

Pada aku, bila mana kita sedang In Relationship, tak semestinya kita perlu update setiap aktiviti kita pada pasangan, tak semestinya selalu berjumpa, tak semestinya perlu bergayut berjam jam tiap malam, tak semestinya ucap I Love U & Goodnite tiap malam sebelum tidur, tak semestinya perlu kita hebohkan hubungan kita kepada public . Contoh paling mudah, Si Fulan is In Relationship with si Fulanah di facebook. Sebab pada aku buat apa kita hebohkan hubungan yang belum lagi sah. Hubungan yang belum pasti lagi masa depannya bagaimana. Jadi seandainya tiba-tiba break, siapa yang malu dan sedih. haa. Tapi tidaklah aku maksudkan disini untuk tidak berhubung langsung sepanjang waktu kita belajar. Berhubunglah sekali sekala bertanyakan khabar, jaga batas pergaulan dalam percakapan mahupun pertemuan mengikut cara Islam.

Ada juga pasangan yang mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dahulu semasa belajar. Itu juga tindakan yang bijak tetapi itupun seandainya kedua-dua pihak tiada masalah. Kerana ibu bapa kita semua tidak sama pemikirannya. Mungkin ada yang menyuruh untuk habiskan belajar dahulu. Ataupun kerja dahulu baru fikirkan hal berumah tangga.

Sama seperti aku yang ibu bapaku menyuruh aku supaya jadi manusia terlebih dahulu sebelum memikirkan hal rumah tangga, Pada aku cukuplah kedua-dua pihak mengetahui tentang perasaan pada pasangannya. Cukuplah kita bekalkan keyakinan pada pasangan masing-masing. Kalau betul dia sayangkan kita, dia akan setia walau jasad terpisah beribu batu sekalipun. Sebab itu ada orang cakap cinta jarak jauh itu lebih terjaga dan manis sebenarnya. Jadikan waktu kita terpisah itu waktu untuk kita improve diri menjadi lebih baik. Jadikan waktu kita terpisah itu untuk kita concentrate dan fokus terhadap apa yang kita kerjakan sebagai contoh belajar ataupun kerja. Jadikan waktu kita terpisah itu untuk kita mempersiap siagakan diri untuk menjadi imam buat kaum Hawa. Jadikan waktu kita terpisah itu untuk kita timba ilmu sebanyaknya, kepada yang rasa ilmu fardhu ain nya masih cetek, inilah masanya untuk kita belajar. Lebih-lebih lagi buat kaum Adam. Anda bakal menjadi seorang ketua keluarga kelak. Dan bagaimana hendak memimpin keluarga kalau diri sendiri masih lagi lintang pukang dalam perkara-perkara asas fardhu ain. 

Kelak bila mana diri itu merasakan cukup bersedia untuk menanggung kaum Hawa, jumpa lah ibu bapa si gadis, nyatakan hasrat hati untuk mengambil anaknya menjadi isteri yang sah. Seandainya tiada aral melintang, pinanglah dan nikahilah dia dengan Bismillah dan Hiduplah kalian berdua berbahagia sebagai pasangan suami isteri yang sah till jannah. InsyaAllah.


p/s: In Relationship itu tidak perlu berhabis kredit tiap malam, tidak perlu berhabis duit tiap hujung minggu, tidak perlu declare "in relationship" with..... in facebook- yang penting hati J

Sabtu, 17 Mac 2012

Mudah Sangat Menghukum



بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum



Manusia ini adalah sebaik-baik kejadian sebenarnya. Dalam al-Quran Surah at-Tiin ayat 4 pun telah disebut tentang perkara ini. Dan akal lah sebenarnya antara anugerah yang membezakan kita dengan makhluk lain. Makhluk lain ada otak, tapi tiada akal sesempurna kita. Jadi bersyukurlah.

Gunakan akal itu untuk berfikir dengan waras. Berfikir secara meluas dalam segala aspek. Tapi yang buat aku kecewa dengan sifat segelintir manusia yang mungkin malas untuk berfikir. Bukan bangang tapi malas. Mudah sangat menghukum seseorang tanpa kau tahu kondisi sebenar seseorang itu. Mungkin kerana faktor kehidupan kau yang mewah dan tak banyak cabaran. Mungkin kerana faktor perjalanan hidup kau yang fix hanya pada satu jalan sahaja. Menjadikan kau berfikiran sempit sehinggakan menyempitkan otak kau yang memang sedia ada sempit lagi sempit sampai tak boleh fikir apa orang lain rasa. Dalam erti kata lain , kau boleh diklasifikasikan sebagai manusia tak tahu bersyukur, dan hanya tahu menghukum orang lain !

Kau tak pernah jadi aku, dan aku tak pernah jadi kau. Dan aku rasa kau tak tahu apa-apa pun tentang aku. Apa yang kau tahu aku begini dan begini. Hanya keburukan dan khilaf aku yang terpampang jelas di mata kau. Kehidupan sebenar aku ada kau tahu ? Kahkah. Tak payah buat muka pura-pura tahu. Rasa macam nak tumbuk lubang hidung kau guna pensil 2B je.




p/s : Jangan kau cepat menghukum seseorang tanpa kau tahu disebalik diri seseorang itu dengan teliti tentang kisah hidup dan pengalaman hidup dia.

*pssstt Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran 2 insan yang penting buat aku. Adik bongsu aku dan dia. Semoga murah rezeki dan berjaya dunia akhirat ^^


Ahad, 26 Februari 2012

Teman



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Cuci mata sat. 


Teman. Teman itu umum. Boleh jadi teman itu adalah Tuhan kita, Allah, ibu bapa kita, keluarga kita, sahabat kita, rakan taulan kita. Pernahkah dalam sejarah manusia tiada berteman? Rasanya Nabi Adam sahaja yang pernah bersendirian di syurga dahulu sebelum terciptanya Hawa. Kemudian Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk kirinya. 

Jadi secara fitrahnya manusia ini memang tak boleh hidup bersendirian. Ya, memang Allah sentiasa ada. Itu hubungan kerohanian kita. Bagaimana pula hubungan jasmani kita kalau hidup tanpa manusia lain disisi? Hidup manusia ini memerlukan kedua-dua jenis hubungan ini bagi menjamin kesejahteraan jiwa dalam menjalani kehidupan. 

Aku ambil contoh paling mudah, hubungan kau dengan para manusia memang hebat, semua orang sanjung kau. Tapi kau akan rasa kurang seandainya hubungan kerohanian kau (hubungan dengan Allah) tiada. Kau akan tetap rasa kosong. Bukan kosong by Najwa Latif tu ngok. Ok sama juga jika sebaliknya. Got it ?

Hubungan dengan teman ini kau perlu jaga sampai bila-bila. Bukan waktu susah sahaja kau mencari teman, tapi waktu kau berada di atas, berada di puncak kau juga harus berterima kasih dan bersyukur pada teman. Berkongsi kebahagaiaan bersama teman. 

Jangan kau buang teman waktu kau berada di atas. Coz sekali kau jatuh, jatuh lah kau sendirian macam tahi. Waktu itu lah kau baru terhegeh-hegeh meraih simpati pada teman kau. Sorry to say la bro kata teman. Silap haribulan kau diludah. Fuh hinanya.

Kesimpulannya,

Eh tetiba kesimpulan. Maaf lah aku takdak idea sebenarnya nak menaip panjang lebar. Lagipun taip panjang lebar bukan ada orang baca ye tak. Aku bukannya retis mahupun saudagar yang punya banyak kapal.




p/s : Kesimpulan, Jangan pernah kau buang teman dari hidup kau. Sekali kau buang, kau akan menyesal sampai tercirit tahu. Adios assalamualaikum

Khamis, 9 Februari 2012

Tekanan atau Pressure dalam BI nya



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Hiasan semata


Selalu orang cakap tekanan itu memberi output positif. Tekanan yang push kita untuk menjadi matang dan dewasa. Tekanan itu yang membentuk peribadi yang mantap lagi teguh. Peribadi yang diperlukan untuk kau berada di puncak tangga kejayaan. 

**************

Tapi aku fikir ada juga tekanan yang memberi output negatif lebih banyak berbanding positifnya. Mungkin ianya bergantung pada cara seseorang mengendalikan tekanan itu ataupun tekanan itu sememangnya satu tekanan yang negatif atau positif pada dasarnya. Dan cara seseorang mengendalikan tekanan adalah berbeza mengikut cara berfikir dan cara hidup seseorang mungkin. Kerana tiap manusia punya pendirian dan minat yang berbeza dalam kehidupannya. Seandainya tekanan itu tiada langsung serasi dengan minat atau cara kau berfikir, baik tinggalkan sahaja tekanan itu. Tiada apa yang kau dapat melainkan stress. Dan bila stress memanjang, kebarangkalian untuk kau gagal adalah tinggi. Dan bila kau jatuh kau rasa macam bullshit.






Selalu orang cakap kita jangan pernah takut untuk mencuba menghadapi sesuatu tekanan. Belum cuba belum tahu. Mana tahu tekanan itu yang membawa kita kepada kejayaan. Manalah tahu kan.

**************

Tapi aku fikir memang betul lah. Jangan pernah takut untuk mencuba. Cuba lah dengan gigih dan tekun umpama itu bukan percubaan tapi satu nekad kau. Tapi jangan pernah kau jadikan itu nekad kau secara permanent. Kerana kau akan gila meroyan bila kau gagal kelak. Another plan should be prepared for any possible. 







Selalu orang cakap kita jangan PERNAH berputus asa dalam menghadapi tekanan. Kerana waktu kita berputus asa itu, sebenarnya kejayaan menunggu kita hanya beberapa langkah di hadapan kita. So teruskan sahaja langkahanmu sehingga ke titisan peluh yang terakhir.

*************

Tapi aku fikir phrase JANGAN PERNAH berputus asa itu perlu ditukar kepada JANGAN SESEKALI mungkin lebih sesuai. Kerana sebab yang mudah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang melaksanakannya. Andai kau tanamkan dalam hati kau JANGAN PERNAH putus asa memang kau gila. Dah kalau memang Allah jadikan kau begini tapi kau ingin jadi begitu. Kau nak buat apa? bunuh diri? Gila. Kadangkala kita perlu mengalah. Bukan mengalah tanda menyerah tapi mengalah sementara untuk kau ambil langkah lain untuk mara kehadapan dalam hidup. Ingat hidup tidak menawarkan satu jalan sahaja. Hidup anda keputusan anda.



p/s : Aku nak menaip ini pun memerlukan tekanan. Al maklumlah otak tgh cuti sem. puiii~




Isnin, 30 Januari 2012

Mati itu pasti


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum



Apakah tindakan kita sekiranya tetiba terlihat di skrin handphone kita terpapar sedemikian rupa. Sempat lagikah kita untuk membentang sejadah. Sempat lagikah untuk kita memohon ampun dan taubat daripada Allah. Sempat lagikah kita untuk meminta maaf pada semua orang. Sempat lagikah untuk kita padam gambar2 tak senonoh kita di facebook .

Bolehkah kita meminta sedikit masa lagi pada malaikat Izrail si pencabut nyawa sedangkan kita sememangnya tahu bahawa tarikh, jam, saat dan detik kematian kita telah ditentukan pada waktu itu.

Mati itu pasti. Mati itu juga tidak mengenal usia mahupun jantina. Persiapkanlah diri kita walaupun kita masih bergelar remaja belasan tahun. Mungkin masih awal 20-an. Tapi sedarlah bahawa kita perlu seimbangkan antara dunia dan akhirat. Usah kita terlalu ghairah mengejar hidup dunia sehingga terlupa hidup akhirat.



- BEKERJALAH kamu seperti kamu hidup selamanya dan BERIBADATLAH kamu seperti esok hari kematianmu -



p/s : Mengingatkan saudara kita adalah tugas kita. 



Jumaat, 20 Januari 2012

Cinta Tak semestinya Memiliki



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Aku taip tajuk entri pakcik google bagi gamba ini. 


"Cinta tak semestinya memiliki"

Yup. Cinta tak semestinya memiliki. Kadangkala kau perlu lepaskan seseorang yang kau cintai itu untuk dia mencari kebahagiaannya sendiri biarpun kebahagiaannya itu tak bersama kau. Lepaskan dia agar dia bisa membuat keputusannya sendiri. Lepaskanlah

Yup. Aku tahu kau sakit. Kau luka. Sehingga memberi parut yang menjadikan kau serik untuk ambil tahu tentang cinta lagi. Kau tolak kehadiran cinta yang lain. Kau kekalkan diri kau terus bersendiri sepi. Umpama kau berkabung selamanya kerana kehilangan dia. 

Yup. Aku tahu kau masih duk stalk FB dia hari-hari. Walaupun dia dah unfriend/block kau. Kau sanggup create a fake account just to be her/him friend. Aku tahu kau masih simpan mesej dan gambar dia. Masih pergi tempat kenangan kau bersama dia. Masih setia menunggu deringan panggilan dari dia. Masih menangis tanpa dia disisi. 

Yup. Aku tahu ada something yang kau cuba buktikan pada dia. Kau nak buktikan yang cinta kau hanya untuk dia kan. Kau nak buktikan yang kau sayangkan diri dia saja. Dan kau nak dia tahu yang kau merana dan melara tanpa dia disisi kau. Kau nak dia tahu yang kau masih setia menanti dia.

Tapi. Kau sedar tidak, dikala kau teruk begini. Sedikit pun dia tidak hiraukan kau. Sedikit pun dia tidak menoleh kau kembali. Sedikit pun dia tidak menjenguk kau. Sedikit pun tidak terlintas memikirkan kau.

Hey kau. Dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Dia tak perlukan kau dalam hidupnya lagi. Its time for you to get up from ur falling. Its time for u to remove ur tears away. Jangan biarkan diri kau jatuh selamanya. Hey kau. Tak salah andai kau terjatuh dan menangis, tapi adalah salah andai kau jatuh dan biarkan diri kau terus terduduk dengan harapan dia akan hadir menghulurkan tangan. Tak perlu, dia entah tahu kau jatuh entah tidak. Andai dia tahu sekalipun, entah ada rasa simpati entah tidak. Sudah lah.

Kau cintailah Ilahi. Kerana DIA tidak akan pernah menolak cinta kau. Berjalan kau merapatiNya, berlari DIA merapatimu. Kau akan temui kebahagiaan kau. Dan aku yakin, kau akan bertemu yang lebih baik daripada dia. Dan kau akan tahu why ur relationship was over then. Kerana cinta tulus kau itu TIDAK LAYAK untuk orang yang tidak menghargainya. 

Come on lah. Aku taknak tengok kau biarkan terus diri kau dalam keadaan mcm tu. Be strong babe!





- dedicated to you -



Jumaat, 13 Januari 2012

3 Stage Kehidupan



 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum



Hidup ini hanya sebentar sahaja. Dan sebenarnya amat singkat untuk kita kecapi. Jadi perlulah dan haruslah untuk kita hargai sebaiknya. Because? Coz hidup ini sebenarnya terdiri daripada 3 stage sahaja. Dan setiap stage itu mempunyai jangka masa selama 20 tahun. So total, we just have 60 years for our life. Itu pn kalau panjang umur. Kalau yang lebih 60 tahun. Alhamdulillah.

For the first 20 years, its just for your life learning. Belajarlah dan timba ilmu serta pengalaman sebanyaknya. Pengalaman itukan guru yang paling terbaik. Belajar itu tak semestinya hanya formal learning mcm duduk dalam kelas dengar cikgu/lect mengajar, tetapi juga informal learning. Bercinta itu juga satu pembelajaran. Kerana tanpa ilmu, kita hidup ibarat sampah di dalam bakul sampah. Erk. Kerana zaman sekarang, zaman persaingan. Siapa lambat, dia tertinggal. Say Goodbye lah.

Then for the next 20 years, its time for u to start applying all the knowledge u have. Inilah titik permulaan bagi alam pekerjaan. Perkerjaan mengejar duit. Pekerjaan mengejar cita-cita. Sememangnya duit itu bukan segalanya. Tapi tanpa duit, we cannot survive. Bukanlah perlu untuk kita mengumpul sebanyaknya duit, sekadar mencukupi keperluan kita sebenarnya. Cukup untuk kita menyara kehidupan seharian. Tidak mengemis simpati pada orang lain. Dalam stage ini juga mungkin kita akan berkahwin andai dah sampai seru. Tanggungjawab untuk dipikul semakin bertambah di atas bahu. Sememangnya stage ini make us become more stronger in term of ur mental resistance. Mungkin juga ada mereka yang tertekan menghadapi stage ini. Tidak mengapa tekanan itu juga satu proses pembelajaran. Sebenarnya kita masih juga belajar dalam stage ini. Dan kita takkan pernah berhenti belajar selagi mana kita bergelar manusia.

And for the rest 20 years. Its time for us to slow down. Kecapi 20 tahun itu dengan bahagianya. Ini lah stage dimana kita sampai di puncak. Its time to rest. Dan stage ini juga waktu kita pula memberi bimbingan dan tutor kepada golongan muda mudi yg berada di first 20 years stage. Waktu ini juga kita dah boleh cakap, "aku dah banyak makan garam, tengok darah tinggi pn dah ada."  =p



- as told by my lecturer -

Sabtu, 7 Januari 2012

Bila Nak Exam.... Baru nak capai Sejadah



 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum



Hi guys, most of you are in exam mood right, especially for those yg study di IPT di Tanah Melayu ni kan. Ni aku nak cakap sikit. Aku nak meluahkan sedikit kemusykilan yang tetiba menusuk kalbuku. Ini based on my observation to my surrounding la, bukan hanya tuduhan semberono. 

Ada segelintir hamba Allah itu aku lihat bila exam dah dekat gini, baru lah nak capai sejadah. Nak doa banyak-banyak. Baru nak buat solat hajat. Baru nak capai Quran. Before ni aku rasa barang-barang macam sejadah, Quran dah naik berhabuk dek "kerajinan" dia menggunakannya. Tapi tak tahulah mungkin dia solat dan baca quran waktu aku tido. Aku tak perasan. Harapnya begitulah. Bersangka baik lah ye tak ^^

Tapi seandainya tidak. Astaghfirullah. Tak rasa bersalahkan dia pada Allah. Ibarat dia hanya memerlukan Allah dikala susah. Waktu senang, waktu lapang. Dia lupa Allah. Tak sedarkah dia setiap nikmat yg dikecapinya itu pn pemberian Allah. Tak rasa bersalahkah dia pada Allah. Tak rasa malukah dia pada Allah. Memohon meminta merayu padaNya sedangkan before ni dia tak rapat pn pada Allah. Tidak terasa hinakah diri itu. Sedangkan Allah senantiasa memberi pada dia, nikmat hidup, nikmat tido, nikmat sihat, nikmat itu nikmat ini tapi dia tidak pun menunjukkan yang dia hamba Allah yang bersyukur.

Jadi janganlah dia salahkan Tuhan pula bila result exam dia macam pfffttt. Jangan merungut kenapa Tuhan tidak kabulkan permintaan dia. Janganlah rasa your life is sucks ! Semuanya berpunca daripada diri sendiri. Berusaha untuk berubahlah andai mahu mengubah hidup. 

Bukan aku tidak menegur. Tapi rasanya berbuih jugaklah mulut aku macam orang kene sawan dok ajak dia tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Tapi mungkin hidayah itu tak sampai. Terpulanglah. Aku dah nasihat, lepas tanggungjawab aku sebagai seorang saudara seIslam dia. Selebihnya itu tanggungjawab dia untuk terima nasihat ataupun tidak. Jangan sampai main tarik-tarik kaki orang kat neraka sudahlah. Aku taknak. Siapa nak masuk neraka ye tak. Hanya mampu berdoa agar dilembutkan hatinya.

Bukanlah bermaksud aku ini pak ustad, budak masjid, budak warak, Tak jugak. Aku hanya budak lelaki biasa yang sering melakukan kesalahan. Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha menjadi lebih baik. Dan aku beriya-iya story mori kat korang ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Kepada kawan-kawan aku, "dia" ini bukan kawan bilik aku. Aku cerita ni secara generally. Siapa yang makan cili, beliaulah yg terasa hot & spicy nya. K bai 


p/s : Sejak akhir-akhir ni aku suka guna "K bai" . Mungkin ini jangkitan virus cik pha






Ahad, 1 Januari 2012

Goodbye 2011..... Hye 2012

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum..



Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk 2012. Pejam celik pejam celik jugak dah sebulan aku tak update blog rupanya. Pejam celik pejam celik aku dah sampai hujung sem rupanya. So itu bermakna exam dekat dah. Semua duk perah otak study untuk mempersiap siagakan diri menghadapi malapetaka yg bakal melanda penghujung sem ni.

So anyway, what's up dude ? How are you doing ? Ceh ! Ape aku berabuk speaking London ni. Poyo. Dah jawa tu jawa la. Haha. Apa korang buat malam minggu ni yang merangkap malam tahun baru Masihi ni ? Keluar dating ? Merendek sana sini ? Hish ! Tak baik buat semua tu. Baik kau pegi tolong mak kau buat kuih. Eh kuih ? Ape kaitan kuih dengan tahun baru la gile.

Okay serius, daripada kau preengg moto sana preeng moto sini. Bonceng awek sana bonceng awek sini baik kau bertadarrus kt rumah. Lagi baik buat solat sunat. Sebab aku rasa macam dah jadi trademark remaja Malaysia , asalkan tahun baru, mesti ada yang kene tangkap basah la. Tangkap sederhana basah la. Tangkap habis basah pn ada. Yang prenng preeng moto pulak kene tahan polis. Esok keluar la muka korang kat paper. Nak jadi femes ye ? Shit ~

Tak payah la libatkan diri dalam semua tu. Fikir-fikirkan. Sila panjangkan akal fikiran anda. Anda itu remaja yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang. 

Jadi la budak baik macam aku. Duduk bilik. Study. KahKah. Rasa macam nak terberak pulak bajet jadi budak rajin. Merepek. Ini pun sebab nak exam kene la rajin sikit. Maaf mungkin blog ni semakin sunyi. Sama lah dengan      ini. K bai Assalamualaikum tak jawab dosa. =)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...