Selasa, 22 Oktober 2013

Meaning of Life.







Bismillah.

Assalamualaikum.




Alternative Link : http://www.youtube.com/watch?v=1ETD8DL7MhA

Purpose of Life.

Credit- TalkIslam.






Jumaat, 12 Julai 2013

Siapa Yang Mulia ?










بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.






Dalam sebuah riwayat hadith dikisahkan suatu hari Rasulullah tengah duduk berkumpul bersama para sahabat, Abu bakar, Umar, Uthman, Ali dan yang lainnya..

Lalu kemudian Baginda bertanya kepada para sahabat,

 "wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia disisi Allah?"

Para sahabat terdiam.

Kemudian salah seorang daripada sahabat berkata, "Para malaikat ya Rasulullah, merekalah yang mulia."

Baginda berkata,

 "Ya, para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah, mereka sentiasa bertasbih kepada Allah, tentulah mereka mulia. Tapi bukan itu yang aku maksudkan."

Lalu para sahabat kembali terdiam.

Tiba tiba salah seorang sahabat kembali berkata. "Ya Rasulullah, tentulah para nabi, mereklah yang mulia itu."

Rasulullah tersenyum. Baginda berkata.

" Ya para nabi itu mulia. Mereka adalah utusan Allah dimuka bumi. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia. Mereka mulia tapi ada lagi yang lainnya."

Para sahabat kembali terdiam. Tertanya-tanya. Siapa lagi orang yang mulia.

Kemudian salah seorang sahabat berkata. "Ya Rasulullah, adakah kami ya Rasulullah, adakah kami yang mulia itu ya Rasul?"

Baginda Rasulullah melihat wajah para sahabat satu persatu sambil tersenyum.

Lalu Baginda menjawab.

"Tentulah kalian mulia. Kalian dekat denganku. kalian membantu perjuanganku. Bagaimana mungkin kalian tidak mulia. Tentulah kalian mulia. Tapi ada lagi yang lain yang mulia."

Para sahabat terdiam semua. Mereka tak mampu berkata apa apa lagi.

Tiba tiba Baginda Rasulullah tertunduk wajahnya. Baginda Rasulullah menangis di hadapan sahabat sahabatnya.

Para sahabat pun tertanya. "mengapa kau menangis ya Rasulullah?"

Lalu Baginda Rasulullah mengangkat wajahnya dan kelihatan air mata berlinangan membasahi pipi dan janggutnya.

Baginda berkata,

"wahai saudaraku sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu? Mereka itu adalah manusia manusia yang lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah. Dan tahukah kalian, mereka tak pernah memandangku, mereka tak pernah melihat wajahku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian tapi mereka begitu rindu padaku. Dan saksikanlah para sahabatku, aku juga rindu kepada mereka, mereka yang mulia itu, mereka lah 

UMMATKU. "



Bayangkan saat itu Baginda Rasulullah menitiskan air matanya dan para sahabat juga turut menangis.




Tepuk dada tanya hati kita.
Siapakah yang dirindukan Baginda Rasulullah, siapa yang sentiasa di doakan oleh Baginda Rasulullah.

Tapi kita ? Adakah sudah ada air mata yang berlinang kerana rindu kita kepada Rasulullah ?

Allahurabbi.






Jumaat, 21 Jun 2013

Hati itu








 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.


Source


Hati itu,

Aku tak pernah percaya hati itu mampu kekal tetap tanpa dipegang Allah,

Aku tak pernah percaya hati itu mampu goyah tanpa sebarang naluri dariNya.

Sekeras mana hati itu,

Secekal mana hati itu,

Sekuat mana hati itu,

Setabah mana hati itu bertahan,

Aku tak pernah percaya hati itu akan pernah mampu berdiri sendiri.

Kerna apa pun hati itu milikNya.

Urusan hati itu aku serahkan padaMu Ya Allah. Terlalu dhaif untuk aku mengaku mampu. Aku gantungkan harapan ini padaMu Allah.

Selamanya.





Jumaat, 24 Mei 2013

Senyum







بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.



Senyum itu satu pemberian, satu sedekah. 

Senyum itu juga boleh menjadi penawar kepada kesedihan, kemarahan dan keresahan hati.

Betapa hebat kurniaan Allah yang bernama senyuman ini.







p/s : Senyum tak perlu kata apa-apa. 




Sabtu, 16 Mac 2013

(Memori) Kerana Sebatang Pensil Tekan








بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum.




Pensil Tekan atau pensil mekanikal bahsa engineer nye, 
Haha.

Tetiba aku teringat pula kat sorang kawan sekolah rendah aku. Waktu tu aku darjah satu. Aku ingat lagi cikgu waktu tu nama Cikgu Mutallib. Baik tapi tegas orangnya. Pakai spek bulat dan besar. Dan aku duduk sebelah budak lelaki ni. Nama dia Lan(bukan nama sebenar). Nama ciptaan aku buat untuk tidak mengantoikan dia. Mana la tahu tetiba dia TERsinggah blog aku ni ke. Mana la tahu kan.

Dia ni okay orangnya. Baik je. Tapi tu la sampai satu hari, 

kriiing.

Loceng bunyi menandakan masuknya waktu rehat. 
Pastu tetiba si Lan tanya aku, "alep, kau nak pensel tekan yang ada lampu atasnya tak ? Bliing bliing gitu ha." Tersengih-sengih lain macam aku tengok dia ni. Tapi dia memang jenis suka sengih pelik macam tu. So aku tak syak ape ape lah.

Aku punyalah excited, mana nak jumpa pensel tekan berlampu lip lap lip lap gitu. Rare tu Rare! Jadi dengan gelojohnya aku terus tanya dia, "Wah, bape hargenye ? aku nak !"

Yang si Lan ni pun dengan sengih pelik dia tu menjawab," Ha kau bagi aku 50sen, esok aku belikan pensil tu."

Yang 'noob'nya aku boleh pulak terus bagi 50sen tu kat dia dengan ikhlas hati. Excited punya pasal nak dapat pensil lampu lip lap kononnya. 

Jadi hari tu aku makan kopok leko sebatang dua je. Berkorban tu demi sebatang pensil lampu. 


*******


Esoknya, pagi-pagi lagi sampai kelas je aku terus tanya dia, " Lan, mana pensil aku?" 
Si Lan nya buat muka bersalah. Dia kata dia terlupa nak belikan semalam lepas balik sekolah. Dia buat muka bersalah sambil garu-garu kepalanya yg berambut kerinting tuh.

Aku hampa. Dan hampa bukan sebarang hampa. Rupanya semua itu hampagas! Sebab....


Esok dan esok dan hari seterusnya aku tanya dia mana pensil tu. Macam-macam alasan dia bagi. Duit habis lah, terlupa lagi lah, duit masuk lubang jamban lah, duit dah buat beli mee kari lah, mee jawalah. wakkluuuu 

"cis bedebah punya budak.!!" marah aku dalam hati. aku tak berani nak gadoh dengan dia sebab badan dia tough. Tough ke gemuk.? *matlutfi.

Haha.

Lastly aku dapat terima hakikat yang aku dah kena kelentong dan menyedari bahawa tak logik kalau pensil berlampu  tu harganya cuma 50sen sedangkan pensil tekan biasa je dah seringgit reganya. 

Aku redha dan halalkan je la sebab sekali tu je dia buat perangai dengan aku. Maybe hari tu dia tak bawa duit saku barangkali. Tapi ape salahnya dia cakap terus terang kan. Boleh aku tolong-tolong bagi duit sikit. Ini tidak, dibuatnya aku meroyan mengidam berharap pensil lampu lip-lap-lip-lap tuh hari-hari. Tapi lebih kurang seminggu lebih tu tak penat ke dia buat muka bersalah kat aku. Pelik betul aku.


Tapi sekarang bila aku teringat benda tu mesti aku gelak sorang-sorang. Lagi-lagi bila aku teringat muka dia yg suka sengih-sengih dengan rambut keritingnya tu. 


-Tammat-


p/s : SRK dan SRA sijangkang in memories. (SRK-sekolah rendah kebangsaaan bukan Shah rukh khan) (SRA- sekolah rendah agama)



*~Madah hari ini~*

-Kawan hadir dan pergi, tapi memori tetap di hati.-

kawan, meskipun jauh namun kita tetap bersama dek ruang yang memisahkan kita
kawan didunia ini umpama langit yang tak selalu cerah
aku ingat lagi lagu ni. aku dan kawan-kawan nyanyi sesama waktu orientasi form 1 dulu-Kawan by UNIC




Esok 17 Mac. Selamat Ulangtahun Kelahiran. Allahurabbi, pelihara iman, hati serta jasadnya. Jagakan dia ya Allah.



Siapa yang makan ayam goreng crispy dia yang terasa sedapnya.








بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.


Lepak kedai mamak,
Borak satu meja,
Dia paling hebat,
Cakap saja pasal ape,
Semua dia arif,
Semua dia master,
Kata-kata pemegang doktor falsafah tu semua salah, dia je yang betul.

Sampai atas jalan,
orang terlupa bagi signal,
Maki-maki kutuk-kutuk macam buat jenayah bunuh,
Tapi dia,
Bagi signal kiri tapi belok kanan.

Balik rumah,
Baca surat khabar,
Dia pula yang jadi penulisnya.
Meleret-leret merepeknya.
Kalau boleh time tu juga dia daftarkan diri jadi penulis surat khabar.

Buka komputer riba,
Sampai ke fesbuk update status perli sana perli sini kutuk sana kutuk sini.
Pedas dia kalah pedas cili api.
Nampak seluar koyak orang lain saja,
Seluar sendiri koyak celah kelangkang tak pernah nak jahit.

Sampai pula ke youtube,
Tengok ceramah,
Balas komen dia pula yang ceramah meleret,
Tapi solat 5 waktu kelaut,

Tengok tang politik,
Balas hujah politik pangkah orang tu pangkah orang ini,
Taktau mana betul taktau mana salah,
Ikut saja khabar angin,
Jadi lalang.

Tengok orang newbie perform,
dikatanya bongok,
Sampai kat dia,
nyanyi macam katak,
petik gitar haram sumbang.

Ya memang semua dalam dunia ni salah.
Ko sorang betul, ko sorang bagus.




*~ Madah Hari ini ~*

-Ingat kawan, sesiapa yang merasakan dirinya cukup baik berbanding orang lain, hakikatnya diri itu belum cukup baik - 
- apa yang kita fikir dan apa yang kita ucap itu sebenarnya melambangkan diri kita.-
-Pemikiran yang sihat , ucapan yang sihat itu datangnya dari satu hati dan rohani yang sihat-
(*bukan rohani anak pak mail air tebu tu)

-Jadi sesiapa yang asyik merasakan orang lain itu salah, asyik berhasad dengki, asyik membatu apikan kedua pihak dan asik rasa tak senang hati dengan orang sebenarnya itulah para hati yang tak sihat.-





p/s: pesanan utk aku juga. Hati ini belum cukup sihat. Nak hantar pegi klinik jap. Klinik bukan klinik kerajaan atau swasta. Ini klinik akhlak, klinik iman. kbai



Sabtu, 12 Januari 2013

Kembali Fitrah





Assalamualaikum




Sejauh mana kaki menapak pada bukan jalannya,
Tetap saja kasih sayangNya wujud,
Sejauh mana hati melawan arus fitrah,
Tetap saja cintaNya tersebar,
Sejauh mana diri menuju kenistaan,
Tetap saja maghfirahNya terbuka,

Sentiasa memberi dan terus menerus memberi,
Sentiasa menjaga dan melindungi,
Membuktikan keagungan cinta,
Demi mencelikkan semula mata yang buta.

Sedangkan hati itu jauh,
Terlalu jauh untuk kembali,
Terlalu bongkak dengan apa yang dianugerahkan,
Sehingga mengaku dirinya hebat,
Hebat atas kehebatan yang lain,
Begitu jelas hina serta nistanya seorang hamba.

Masa berlalu membawa alkisah hamba tiada syukur,
Sampai satu saat diutus bencana,
Jatuh terhumban terjerumus sedalamnya,
Kehebatan, kemewahan yang dahulunya dibanggakan hilang,
Matanya lalu gelap,
Tiada sinar harapan,
Sisa baki semangatnya cuba kembali membina,
Malangnya tiada lagi daya kurniaanNya
Tangan-tangan manusia dihulur,
Tiada satu pun berjaya dicapainya,

Fitrah seorang hamba,
Dikala susah hati mula mencari Tuhan,
Terkial-kial mencari dimana silapnya,
Terhegeh mencari siapa Sang pemberi dan Sang penarik segalanya.

Begitu Maha Pengasihnya Dia,
Kasih sayang rahmatNya tiada bersyarat,
DakapanNya sentiasa terbuka menerima hambaNya yang mahu kembali,

Hati yang dahulunya jauh sudah kembali,
Terasa begitu terubat rindu,
Begitu damai,
Begitu tenang,

Mana tidaknya,
Kekasih pertamanya sebelum dilahirkan ke dunia kini bersua kembali,
Hanya kerna akal tiada merekod,
Manusia tidak tahu semuanya,
Kini hati mengerti maksudnya,
Mksud disebalik segala utusan bencana,
Disebaliknya terkandung rahmat serta kerinduan Tuhan kepada hati itu,
Untuk kembali cinta kepadaNya.

-alif haris, 4.22am 12/1/2013-






- Kehidupan dunia ini adalah jambatan dan jasad ini hanyalah tunggangan kita untuk kembali bertemu kekasih pertama kita dimana setiap roh pernah bertemuNya dahulu sebelum kita dilahirkan dahulu -


Dan semoga setiap daripada kita diberi pengakhiran kehidupan yang baik. 


     - اللهم اختم لنا ياالله بحسن الخاتمة ولا تختم علينا ياالله بسوء الخاتمة -


Maksud : Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, dan Jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.



Madah hari ini

- The life of this world is only enjoyment of deception-
(Ali 'Imran : 185)

"Setiap penulis akan mati, hanya karyanya yang terus kekal abadi, maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat kelak." -Saidina Ali b Abi Talib- Sumber





p/s: Boring dah buat cerkontot, sekali sekala nak juga selitkan tazkirah gini ok.  =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...