بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
Nak tanya ni, Pernah tak uolls rasa riak atas sesuatu yang uolls lakukan ? Okay aku ambil contoh paling simple la, sewaktu kita berblogging , ada tak rasa blog kita bagus & best daripada orang lain punya? Tak pernah rasa mcm tu? Choii! Tipu la kalau tak pernah rasa mcm tu sedara dan sedari sekalian ! Sebab aku pn pernah rasa mcm tu, HuHu Asragfirullah~
Okay cukup buat muqaddimah entri ini ... Sekadar memberi contoh riak .. Sebenarnya pagi ini aku tertarik dengan kata-kata Ust. Badli Shah dalam siaran Muqaddimah di TV9 pagi tadi .....
Nak ikhlas kene melalui Riak dulu ?
"Imam Ghazali pernah berkata, Proses mencapai keikhlasan dalam sesuatu amal itu perlu melalui Riak terlebih dahulu " ... Faham tidak ? Sebagai contoh, seorang pemuda yang baru memiliki sebuah kereta mewah, sudah tentu bangga dan riaknya bukan main lagi kan, tetapi tengok la 3 atau 4 tahun kemudian, pasti dia merasa kereta itu biasa dan sama sahaja dengan kereta2 lain .... Atau contoh lain,seorang pemuda yang tidak pernah pergi ke masjid untuk solat berjamaah, dia ingin berubah lalu satu hari tu pergilah dia ke masjid, kali pertama dia pergi ke masjid pasti timbul perasaan riak dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain kan.. Lama-kelamaan perasaaan ikhlas itu berjaya melawan perasaan riak ... Tapi ini tidak boleh dijadikan alasan kita tak mahu melakukan sebarang amal atas kerana tidak mahu terlibat dengan riak .. Kita perlu melawannya ..!!
Bahaya ke Riak ni ?
Sangat-sangat bahaya, riak itu syirik kecil .. Dan syirik itu boleh membawa kepada Kafir ! Ada kisahnya apabila di akhirat kelak, ada sekumpulan syuhada' Islam yang mati dalam peperangan .. Apabila ditanya oleh Allah, Siapkah mereka ... Mereka menjawab, kami lah yang mati syahid dalam peperangan menegakkan Islam .. Allah menjawab, Tidak ,,sewaktu kalian di medan peperangan, kalian lah yang berada dihadapan sekali hanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa kalian yang paling kuat, yang paling berani, panglima tentera yang paling gagah ! Lalu dicampakkan mereka ke dalam neraka .. Nauzubillah~
Bagaimana mengatasi Riak ?
Firtsly, kita kene faham dan tahu yang riak itu permainan Syaitan .. Jadi kita perlu waspada terhadap segala apa yang terlintas di hati kita ... Dan kita perlu settingkan niat kita , Segala amal dan perlakuan kita adalah kerana Allah (Lillahi Ta'ala) , savekan dalam sanubari kita agar kita sentiasa Ikhlas dalam segala perlakuan baik kita .. InsyaAllah ...
:::: Pardon me if I'm Wrong ::::
Aku juga manusia biasa yang tak lari daripada kesilapan
Segala komen dan kritikan akan ku terima dengan hati terbuka
p/s: Hari ini entri keagamaan ,, bukan entri Hu Ha Hu Ha .. Sekadar tazkirah dan renungan buat kita bersama .. ayuh Bersama kita muhasabah diri =)
28 ulasan:
ok adwa pas nie jgn riak!
bahaye2! hehe :P
dlm hati setiap org, pasti ada terselit sikit perasaan bangga diri ni.. cuma yg membezakannya cara nak mengatasinya.. sama ada nk terus riak atau x.. kn2?? ^_^
bukan sng nk singkirkn perasaan riak dlm hti.
sbb kadang2 tuh msti timbul gk perasaan riak tuh .
konnonya blog kita pling terbaik.
actually hapend kt kwn sye .
dye tulis seolah2 dye bloggger yg terhebt .
kadang2 menyampah. hehee.
itulah,hati dah nak niat ikhlas,tiba2 datanglah suara2 halus cakap kita nak riak..contoh macam sedekahla..kita dah ikhlas,sepenuh hati,tapi sebab bisikantu atau takut riak,kita tak buat..pernah tak alami macamni...-)
ta baek riak2 :)
hihi..terbaik ah aliff..skang ni memang suka lukis2 lak eh...bagus-bagus.
kalau mish, mish dah set lam pale otak, kalau kita rasa kita susah. orang lain ada lagi yg lagi susah dr kita. macam tu jugak dengan hebat. kita rasa kita hebat. tapi ramai lagi yang lg hebat dari kita. Allah s.w.t lagiii hebat..
bgs ..keep this up...
adwa - hehe .. betul .. bahaya :)
tak baik tau riak2 ni...huhu
nusana - hurmm betul tu keen :)
eyka- hehhe yeke ade orag cmtu eh ? haha sabo je la kan ..linkkan post ni kt die ye .. haha
dreamygirl-bisikan syaitan tu kak ..huhu ..pernah rasa cmtu .. huu
syrup masin- betul tu :)
mish -heheh .. melukis itu mencambahkan sel2 dlm otak .. haha :D
cik bulan - tengs ya for reading dis :)
susahkan alif, rupanya ikhlas tu pasangannya riak...
thank atas perkongsian ;)
bila da start riak,
habslah amalan kita sia-sia,
x dapat pahala...
aku baca sampai abes..emm riak memang dikenali sebagai racun..kalau tak dikawal dengan baik boleh jadi orang yang syok sendiri dan bodoh sombong...
kalau dikawal dengan berubah ke arah lebih baik,InsyaAllah hidayah dari Allah s.w.t mungkin jadi ganjaran..
kalau ada khilaf komenku neh..maafla ye..tegur2la..:)..
wow...buat kite berfikir jugak ni. susah jugak nk jd ikhlas ni. Kdg2 mulut kita ckp ikhlas tp dlm hati masih ada lintasan riak kan. tp kita cube nak buang perasaan riak tu sedaya upaya. thanks ya
alif akbar- ye betul tu ..:)
syuxer-hurmm tengs syuxer :) yup betul yg syuxer ckp tu :)
putribongsu - yup .. memang agak susah untuk jadi ikhlas .. tapi kita boleh berusaha ke arahnya kan :)
kalau ikhlas tak perlu zahirkan melalui mulut.:)
riak ni sama gak macam terlalu menunjuk..huhu
siyessss! suka entri ni! :)
ak pun mule2 solat tu riak...
tapi dah lame2
x buat solat mcm x kene je...^^
bagus la entry alif....:)
kdg2 kita pon xsedar:)
aduyaii ..
riak2 ..
tp xde la riak sal bloger hot ..
bahaye nuhh
Lana rasa..aaa..ada laa jugak sikit2 riak tu T__T hak3. Tapi, cepat2 tersedor,huhu.
nice words.. thanks.. best gak bila dapat info2 macam ni.. at least, dpt ubah ke arah kebaikan.. Insya Allah..
tazkirah hari rabu..hehe
wahh~ best lah entry nie~ ermm..btl jgk 2..~ memang melalui riak dulu~ macam~ dah buat salah~ baru sedar kesilapan dan insaf~ kan..?? wink3 >_<
Follower rmai kemain mne ta riak ye ta? Heeee ;> *hikhikhik, ta ckp sape2 pon~ lalala.
Catat Ulasan