Sabtu, 7 April 2012

In Relationship



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum..






Zaman kini, bila kita sebut dan bercakap tentang Cinta / In Relationship dengan kebanyakan remaja, dalam fikiran mereka akan membayangkan sepasang laki dan perempuan yang sedang bercinta, kerap kali bertemu (Dating), selalu borak panjang-panjang, selalu tengok wayang berdua. Kalau berborak dalam fon tu, kalau boleh 24 jam telefon tu melekat di telinga.

Aku menulis ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku. Aku juga sebenarnya dalam golongan remaja masa kini yang sedang melangkah ke alam dewasa. Jadi aku tahu apa yang remaja rasa dan aku kenal kawan-kawan sebaya aku itu bagaimana mereka berfikir. Mungkin sekarang ada yang menafikan aku. Yang sedang bermonolog "Aku tidak begini". Jika ada Alhamdulillah. Ya setiap orang ada prinsip yang tersendiri tentang perihal CINTA ini. Tapi biarlah pegangan kita itu tak lari daripada landasan Islam. 

Pada aku, bila mana kita sedang In Relationship, tak semestinya kita perlu update setiap aktiviti kita pada pasangan, tak semestinya selalu berjumpa, tak semestinya perlu bergayut berjam jam tiap malam, tak semestinya ucap I Love U & Goodnite tiap malam sebelum tidur, tak semestinya perlu kita hebohkan hubungan kita kepada public . Contoh paling mudah, Si Fulan is In Relationship with si Fulanah di facebook. Sebab pada aku buat apa kita hebohkan hubungan yang belum lagi sah. Hubungan yang belum pasti lagi masa depannya bagaimana. Jadi seandainya tiba-tiba break, siapa yang malu dan sedih. haa. Tapi tidaklah aku maksudkan disini untuk tidak berhubung langsung sepanjang waktu kita belajar. Berhubunglah sekali sekala bertanyakan khabar, jaga batas pergaulan dalam percakapan mahupun pertemuan mengikut cara Islam.

Ada juga pasangan yang mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dahulu semasa belajar. Itu juga tindakan yang bijak tetapi itupun seandainya kedua-dua pihak tiada masalah. Kerana ibu bapa kita semua tidak sama pemikirannya. Mungkin ada yang menyuruh untuk habiskan belajar dahulu. Ataupun kerja dahulu baru fikirkan hal berumah tangga.

Sama seperti aku yang ibu bapaku menyuruh aku supaya jadi manusia terlebih dahulu sebelum memikirkan hal rumah tangga, Pada aku cukuplah kedua-dua pihak mengetahui tentang perasaan pada pasangannya. Cukuplah kita bekalkan keyakinan pada pasangan masing-masing. Kalau betul dia sayangkan kita, dia akan setia walau jasad terpisah beribu batu sekalipun. Sebab itu ada orang cakap cinta jarak jauh itu lebih terjaga dan manis sebenarnya. Jadikan waktu kita terpisah itu waktu untuk kita improve diri menjadi lebih baik. Jadikan waktu kita terpisah itu untuk kita concentrate dan fokus terhadap apa yang kita kerjakan sebagai contoh belajar ataupun kerja. Jadikan waktu kita terpisah itu untuk kita mempersiap siagakan diri untuk menjadi imam buat kaum Hawa. Jadikan waktu kita terpisah itu untuk kita timba ilmu sebanyaknya, kepada yang rasa ilmu fardhu ain nya masih cetek, inilah masanya untuk kita belajar. Lebih-lebih lagi buat kaum Adam. Anda bakal menjadi seorang ketua keluarga kelak. Dan bagaimana hendak memimpin keluarga kalau diri sendiri masih lagi lintang pukang dalam perkara-perkara asas fardhu ain. 

Kelak bila mana diri itu merasakan cukup bersedia untuk menanggung kaum Hawa, jumpa lah ibu bapa si gadis, nyatakan hasrat hati untuk mengambil anaknya menjadi isteri yang sah. Seandainya tiada aral melintang, pinanglah dan nikahilah dia dengan Bismillah dan Hiduplah kalian berdua berbahagia sebagai pasangan suami isteri yang sah till jannah. InsyaAllah.


p/s: In Relationship itu tidak perlu berhabis kredit tiap malam, tidak perlu berhabis duit tiap hujung minggu, tidak perlu declare "in relationship" with..... in facebook- yang penting hati J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...