بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum ..
Mai mai mai .. Ada tawaran hebat lagi bombastik sempena ramadhan ini !! Free beb !! Anda semua mampu memiliki pakej yg ditawarkan tanpa sebarang bayaran !! Sangat awesome kan ^^
Nak tahu apa pakej yg ditawarkan ??
Pertamanya
- Amalan anda akan digandakan beratus-ratus kali ganda !!-
Kedua
-Musuh utama kita,Syaitan akan digari / dibelenggu , So bebaslah kita tanpa Syaitan,namun perlu diingat kita masih punya nafsu dalam diri kita sediri .. Itu perlu dikawal -
Ketiga
- Satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan !! (LailatulQadar) -
So tunggu apa lagi ! Jangan lepaskan peluang keemasan ini ! Dalam Setahun cuma ada 30 hari je tawaran ini valid !!
*idea ni aku cilok daripada vid AnwarHadi dan AimanAzlan (The famous vlogger).. Haha .. So kalau baca je boring kan, nak rasa lebih meriah dipersilakan menonton video klip dibawah ini
Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik kita dah sangat menghampiri Ramadhan.. InsyaAllah andai tiada aral melintang, hari isnin kita semua sedang berlapar menjalani puasa.. :)
Jangan monteng puasa ye ...
Dan jangan pagi Isnin nanti jenguk-jenguk peti ais pastu togok air sejuk ! Haha
*********************
Ouh btw, aku nak bagi tahu kepada yg belom tahu bahawasanya teman sepermainan aku waktu kecik2 dulu, Zack Zukhairi telah kembali meng'update' blog !! Huahahaha .. Jom terjah ~
p/s : Selamat menyambut ramadhan Al-mubarak =)