Selasa, 30 Ogos 2011

10 sebab mengapa Blog Terabai

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum.


Aku rasa dah masuk 4 hari blog Idupku Hari-hari ini terabai .. Sunyi, sepi, kusam ,kelam, samar-samar, gelap, dan yg seumpama dengannya.. Tapi setiap sesuatu yg terjadi itu pasti bersebab.. 

Jadi disini aku ingin nyatakan 10 sebab mengapa kadangkala blog terabai..


1.Blogger sibuk.

2.Blogger malas.

3.Blogger hilang nafsu menaip.

4.Blogger hilang akal.

5.Blogger terlupa yg beliau ada blog. 

6.Blogger beranak.

7.Blogger benci tengok blog sendiri.

8.Blogger kehilangan jaringan internet akibat terlupa membayar bil.

9.Blogger jumpa yg lagi best daripada blog. 

10. Blogger sibuk BERHARI RAYA.. Itu Aku.. hehe




p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA ALIF HARIS & isteri BUAT ANDA SEMUA =)


Sabtu, 27 Ogos 2011

Kita Bernafas dengan Nyawanya

::: بسم الله الرحمن الرحيم ::: 


Assalamualaikum..


            Bersempena Ulangtahun Hari Kemerdekaan negara kita pada tanggal 31 Ogos ini, aku ingin berkongsi sedikit tentang cerita salah seorang pejuang Negara kita iaitu Leftenan Adnan.. Kisah perjuangannya adalah antara kisah perjuangan yang masyhur kerana keberaniannya berjuang sehingga ke titisan darahnya yang terakhir..


Siapa Lt. Adnan ?


Leftenan Adnan atau nama penuhnya Adnan b Saidi.. Beliau merupakan anak kelahiran Kajang , Selangor.. Dilahirkan pada tahun 1915.. Beliau merupakan anak sulong dalam keluarganya.. 

Adik-adiknya Ahmad b Saidi dan Amarullah b Saidi juga merupakan anggota Tentera.. Dah macam cerita Saving Private Ryan kan.. 





Pencapaian Dalam Ketenteraan..


Mula masuk Tentera pada tahun 1933 pada usia 18 tahun.. Dan kemudian beliau diserap ke Rejimen Askar Melayu.. Dipilih sebagai Rekrut Terbaik.. Pada tahun 1936, Dilantik ke pangkat Sarjan.. 




Pernah mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI sebelum dinaikkan pangkat ke Kompeni Sarjan Major (KSM) dan dihantar ke Singapura bg menjalani kursus latihan pegawai..





Dan dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda selepas tamat kursus latihan dan dilantik menjadi ketua platun ke-7 , kompeni C.. 



Ketika Diambang Pertempuran

Pada Akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama tinggal di rumah besar yg dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu di Pasir Panjang,..

Apabila berita peperangan dunia ke II semakin hampir, Lt. Adnan menghantar keluarganya pulang ke kampung mereka di Kajang.. Ketika itu isteri beliau, Puan Sophia Pakih Muda sedang sarat mengandung anak mereka yg ketiga.. Dan ini merupakan kali terakhir mereka bersama..



Jepun Membedil Pasir Panjang



Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal bawah kendalian Lt.Gen Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran Selatan Singapura (Permatang Pasir Panjang) ..





Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu dengan sokongan udara , mortar berat dan bedilan meriam.. Kompeni "C" kendalian Lt.Adnan yg ketika itu menduduki pertahanan Pasir Panjang telah memberikan tentangan sengit sehingga menyebabkan tentera Jepun terpaksa berundur..




Pertempuran Bukit Candu

Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni "C" menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru, Bukit Candu.. 

Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke bawah pimpinan Lt. Adnan itu menjadikan jumlah kesemuanya seramai 42 orang.. Mereka mengukuhkan pertahanan dengan benteng beg pasir disekeliling kawasan bukit tersebut..

Pada petang 14 Februari , Jepun melancarkan serangan helah dengan cuba mengelirukan pihak kita.. Tetapi oleh kerana Lt. Adnan bukanlah calang-calang orang, serangan helah pihak Jepun telah dipatahkan oleh  beliau dan orang-orangnya..

2 jam Kemudian, pihak Jepun meradang lalu melancarkan serangan besar-besaran dengan sejumlah tentera yang ramai.. Serangan itu telah menumpaskan Lt. Adnan dan tenteranya.. Dengan keadaan kekurangan bekalan peluru dan bilangan tentera yg jauh lebih kecil berbanding jepun, mereka berjuang hingga ke titisan Darah Terakhir..


Namun, Kompeni "C" kendalian Lt. Adnan yg hanya berjumlah 42 orang itu telah berjaya menumpaskan lebih daripada 800 tentera Jepun.. !! 



Kematian Seorang Pejuang




Menurut Korporal Yaakob yg mendapat pingat keberanian Medal of Gallant,  yg juga merupakan salah seorang tentera pimpinan Lt. Adnan yg terselamat dalam tragedi itu mendakwa bahawa Lt. Adnan diseret sebelum diserkup dengan guni oleh tentera Jepun.. Dan kemudiannya kaki Lt. Adnan digantung pada pokok ceri ..





Akibat meradang kerana ramai tentera Jepun yg terkorban , Lt. Adnan yg tergantung di pokok itu telah ditikam dengan bayonet berkali-kali sebelum lehernya dikelar.. Mayat Lt. Adnan juga dibakar menjadi abu! Pffftt ! Kejam.. 


********************



"Lt. Adnan Saidi telah terkorban, namun Malaysia dan rakyatnya bernafas dengan nyawanya"


*ambil ayat dari entri Syarifah Sidrus





p/s : Al-Fatihah buat arwah Lt. Adnan dan juga para Pejuang Malaysia yg lain yg beragama Islam yg telah terkorban selama mana berjuang mempertahankan keamanan Malaysia kita ini..
*Tabik hormatku ini khas buat Tuan Adnan




Khamis, 25 Ogos 2011

Saya Buat Blog Sebab Saya Suka Gaduh !

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Jom Gadoh2 ! Sekadar Hiasan..

             Maaf andai terasa tajuk itu sengal dan annoying.. Tapi itu lah yang berlaku dalam dunia blog kita sekarang.. Aku tidak berniat untuk mengecam sesiapa tapi sekadar peringatan buat diri aku dan teman-teman blogger seperjuanganku yg turut berada di pihak aku..



Pasti ramai yang sudah tahu tentang cerita panas sepanas pisang goreng tentang seorang blogger Otai dikutuk tu kan.. Eh tak tahu ke ?? Alaa .. Kes tentang Blogger kutuk...bla... bla....bla....



Patut ke dia buat macam tu ? Menjatuhkan maruah orang lain di khalayak ramai alam maya ini.... Aku rasa macam dah wujud politik pula dalam dunia blog ni.. Ada pihak pembangkang yg menentang kerajaan.. Haha.

Okay fine mungkin pada dia itu adalah satu nasihat , tapi adakah nasihat perlu disisipkan dengan perkataan "bodoh" dan beberapa perkara yang memalukan Blogger tersebut ??


Hello der, Hidup ni sebenarnya simple, kalau kau nak dihormati, sila lah hormat orang lain.. Dan amalkan lah prinsip U get what U give .. As simple as that ok.. =)



Aku rasa tak payah la berniat busuk hati nak jatuhkan orang lain.. Ingat ! Hidup umpama RODA basikal tua atok aku yg tersadai kt belakang jamban rumah mak Eton tu.. 








p/s : Aku dah bersara dari arena mengajar.. Amek pencen awal.. Haha
Sebenarnya guru tu dah kembali mengajar esok.. So kelas tadi kelas terakhir aku.. 

p/s : Ada ank murid minta autograf dan no fon.. Waahh I artis okey .. HAHA

p/s : credit to Yousof sbb bagi kad raya ! =D

Sorry gambar mcm harem J sikit



Rabu, 24 Ogos 2011

Cara Tunggang Motor paling Mulia !

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ..


Nak tahu cara tunggang motor paling mulia ??


Ini dia..

Ada seat yg empuk lagi mau berdiri .. Mulia sungguh ..

Otak letak kat mana ye ?? Kat tayar motor eh ? Mulianya !
"Cita-cita saya ingin menjadi Superman bila saya besar nnt!" .. Mulianya cita-cita anda !


Teruskan lah dengan cara tunggang motor anda yg Mulia..
Mungkin anda bercita-cita ingin menjadi begini..



           
Begini..

dan begini dan begitu dan sebagainya.. Kenapa aku tak letak gamba ?

Sebab aku sendiri tak boleh tengok gamba Anda-anda yg telah berjaya mencapai cita-cita anda .. 

Serius Aku ta fhm.. Mengapa harus rempit.. 

Lagi-lagi bulan Puasa ini, orang sibuk solat Terawikh dia sibuk duk press2 motor.. =,=



p/s : Jadilah blogger prihatin bak kata Abu Huzaifah..


Selasa, 23 Ogos 2011

Aku pulak yang Mamai Bulan Puasa ni !

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..


              

   Pertama-tamanya syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan rahmatNya dapat aku update entri malam ni.. (Rancangan pengajaran harian) RPH pn aku dah sental siapkan sampai hari Rabu punya RPH .. Huahuahua! 





Nampak tak betapa rajinnya aku dan komitmen aku yg tidak berbelah bagi sebagai seorang guru ganti.. Haha Guru Ganti je .. Kak Cundaa ingat aku sedang praktikal sebagai seorang student pendidikan .. Hihiks ..

Err Maaf ye aku kurang bw kebelakangan ni, tapi jangan risau aku mesti bw ke blog u alls balik walaupun bw aku skrg sangatlah perlahan mcm siput.. Eh macam Dah keluar daripada landasan asal je=,=

Ok Sebelum ini aku pernah pesan kat u alls yang kita jangan mamai waktu bulan puasa ni kan.. Tapi hari ini aku yang mamai ..huhu .. 

Begini ceritanya..

******************

Sekadar hiasan 

"Krrriiinnggg !!"

Loceng berbunyi menandakan kelas dah habis.. 

"Ok class dismissed !"



Aku terus keluar berlari-lari pulang dengan excitednya mengalahkan anak murid sendiri.. Haha ! Percaya ke aku buat camtu ? =D


Yang sebenarnya bila loceng bunyi , aku pn suruh murid-murid beratur.. Tangan angkat ,tangan jatuh.. Pehtu baca doa sama-sama.. 

"Syukran ya Ustaz !" Jerit ketua kelas sebelum disahut beramai-ramai oleh murid lain.. (*terasa aku tak layak dipanggil sedemikian rupa)

Aku angguk-angguk sambil usap jambang kasi nampak garang sikit.. Selepas itu mereka pn pulang, kelas 3 Abu Bakar kembali sunyi.. Hanya tinggal aku seorang.. 

Aku lihat jam di tangan, baru menunjukkan 11.05a.m.. Sedangkan waktu pulang aku pukul 11.30a.m.. Sila jangan pelik dengan sistem persekolahan disini.. Sekolah ini adalah sekolah rendah agama sesi pagi.. Dijalankan pada sesi pagi kerana .........bla ..... bla ..... bla ... Malas nak cerita pnjang-panjang..


********************

11.37a.m..........

"Kreet.. Kreet.. Kreet"

Bunyi punch card sedang diproses oleh mesin punch card .. 

"Yess !! Balik nak shopping jap kat Banting.. hehe " Hatiku menjerit kegirangan..Aku tersengih-sengih sendirian sehingga akak kerani pejabat tu tanya..

"Sehat tak dik?"

Aku melemparkan senyuman sinisku buat akak tu dan blah secepat mungkin sebelum dihujani soalan-soalan yang tiada terduga nnt..


********************


Pukul 11.55 a.m

Sesampainya di Banting, parking mcm pfft.. 

"Apehal tengahari buta camni dorang keluar shopping, tak puasa ke..!!" Aku membebel sorang2 tanpa menyedari bahawa diri sendiri juga berniat shopping tengahari buta macam "dorang" yg dibebelnya tu...

Akhirnya aku parking je la walaupun agak jauh dari kedai yg ingin dituju.. Aku keluar kereta, aku tengok aku parking senget .. 
Lebih kurang macam ni ler.. Aduyai .. Mamai betul aku.. ~ 


Aku masuk balik kereta aku parking betul-betul.. Sebab aku kan baik hati dan budiman.. Orang lain nak parking juga.. Sila la muntah dengan ayat aku tu..


*********************


Jalan sana jalan sini tak sedar dah pukul 1.15 p.m

"Ye bang, cari apa ?" Tanya seorang pekerja kedai pakaian dengan senyuman ..

"Err kak, saya cari.... bla..... bla.... bla. " Balasku.. Haa bagus sangatlah dua-dua taknak mengaku tua.. Dia panggil aku "Abang" aku panggil dia "Kakak"..


Aku pn try kat fitting room .. pusing sana pusing sini.. Gaya gitu gaya gini.. Gaya tangan peace, gaya tangan masuk poket.........


ketika tangan aku masuk poket seluar, aku terpegang kunci kereta dan dengan magiknya secara tiba-tiba aku bergegas keluar dari kedai itu dan berlari pecut doploh ratus meter ke arah keretaku yg agak jauh dari situ sambil menjerit dalam hati.........


"Demmmm ! Aku lupa nak bayar parking  !!"


"Kat Banting jangan lupa bayar Parking tau, hari tu ibu baru kene saman !" Dan dengan ajaibnya secara tiba-tiba juga pesanan Ibuku pagi tadi terngiang-ngiang di telingaku..





p/s : Kalau mamai lagi sumbat je kepala dalam lobang jamban Rumah Mak Eton

p/s : Akhirnya kemamaian aku terubat dengan satu benda ni..


Kad RAYA dari kawan blogger Tea Dno
Terima kasih Tea =)






Ahad, 21 Ogos 2011

Ini bukan Cerita Hantu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..



            
     Hari itu aku berbuka puasa bersama kawan-kawanku di luar.. Selepas solat Maghrib terus kami shopping sakan.. Nak raya lah katakan.. Beli baju raya, seluar raya, songkok raya, deodoran raya..Terawikh kelaut.. =,=

Sepatutnya 10 malam terakhir Ramadhan begini semakin kuat kita beribadah pada Allah.. Ini tidak.. ish3





Dalam anggaran pukul 12 tgh mlm baru kami pulang ke rumah masing-masing, biasa lah orang bujang kan, sesuka hati nak balik pukul berapa.. Lain lah kalau berbini, mesti bini suruh balik.. Huahua ~


"Assalamualaikum," aku beri salam sambil membuka pintu rumah dengan kunci rumah yg ada padaku..

Sunyi sepi.. Salamku tiada berjawab.. Semua sudah lena diulit mimpi.. Malam ini memang terasa tenang dan nyaman cuacanya.. Tidak panas, tidak pula terlalu sejuk.. Tidak hairanlah semua ahli keluargaku sudah tumpas dengan godaan bantal dan katil masing-masing..




Aku masuk ke bilikku dan terus merebahkan diri di atas katil .. Aku niat nak baring-baring kejap, sebab belum solat Isyak lagi.. Aku peluk erat bantal pelukku, aku usap-usap..




"Syok nye kalau ada bini, boleh jugak aku peluk,, Boring hari-hari peluk bantal jep." bisik hatiku sambil tersenyum memikirkan nth siapa.. err.........................


***************************


"Allahu Akbar Allahu Akbar!" 


Aku bingkas bangun dari tidur.. Aku genyeh mata berkali-kali.. Aku usha jam di tangan.. baru 3.45 a.m.. !!

"Sapa lah yg nak azan pepagi buta nih !" getus hatiku sambil menarik semula selimutku.. Aku  fikir bilal masjid sebelah rumah aku tu TERsilap azan agaknya..


*****************************


"Allahu Akbar Allahu Akbar !"


Aku Terkejut lagi dan bangun dengan mata terbeliak.. Aku toleh kiri kanan .. Kali ini bukan takbir je aku dengar tapi telinga aku ditiup "seseorang" ! 



Aku istighfar banyak-banyak .. Terasa bulu romaku meremang.. Seram sejuk.. Memang knfem tak boleh lelap mata lagi.. Aku pndang jam pada tangan.. 

Sudah 4.00 a.m dan baru aku teringat yg aku belum lagi solat Isyak ..! Lalu aku bingkas bangun menuju ke bilik air yg berada di luar rumahku.. rumah kampung kan..



"Ahh bulan puasa mana ada hantu !" tegas hatiku bila perasaan takut menyelubungi diri nak keluar rumah.


Aku  gagahkan diri masuk ke bilik air..
Selepas aku berwudhu', aku menapak keluar daripada bilik air.. Sambil aku meraup muka yg basah sambil aku toleh kiri kanan..

Tetiba........



Bulu romaku meremang, badan menggigil, lidahku kelu.. Aku terus melangkah laju masuk ke dalam rumah dan terus menutup pintu.. Sejadah ku tebar dan bersolat Isyak.. 

Sememangnya solat isyakku itu tidak khusyuk.. Tidak habis-habis memikirkan kejadian tadi .. Kejadian dimana aku terlihat beberapa batang pokok menyembah bumi kelihatan seperti sedang sujud, dan pada waktu itu jugalah kedengaran seperti bunyi para cengkerik sedang bertasbih memuji Allah beramai-ramai..!! 

Dalam solatku itu hanya mulutku yg membaca tetapi hatiku tidak khusyuk.. Hatiku seperti begitu bersalah pada Allah dan malu pada alam ini.. Malu yang amat .. Aku lupa  kewajipan aku pada Allah sedangkan alam ini tidak pernah putus bertasbih dan memuji Allah..




Tanpa kuduga air mataku menitis membasahi tanganku yg sedang kiam dalam solat isyakku itu....... 





"  صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ  (Jalan mereka yg Engkau beri nikmat, Bukan jalan mereka yg Kau murkai dan pula jalan mereka yg sesat) " Hatiku bertambah sebak bila membaca ayat terakhir surah Al-fatihah ini.. Air mata semakin deras mengalir  .. 

Ampuni dosaku ya Allah, sesungguhnya aku telah sesat dan leka bersama nikmat dunia ini ya Allah..!


**************************



Pada sujud terakhir solat sunat taubatku, aku merintih meminta ampun pada Allah.. Aku yakin Dia sedang mendengar aku, memerhati aku, dan merapati aku .. Aku dapat rasakan hatiku begitu dekat dengannya.. Mahu sahaja aku pergi dari dunia ini bersamaNya.. Aku tidak mahu lagi jauh daripadaNya.. !



Lihatlah betapa kasih sayangNya pada kita, walaupun kita kadangkala lupakan Dia, Dia tidak pernah lupakan kita.. Aku sedar bahawa segala yg terjadi malam itu adalah panggilan Allah kepada aku agar kembali dekat kepadaNya.. Dan mungkin malam itu adalah LailatulQadar.. Seandainya benar.. Terima kasih ya Allah menemukanku dengan LailatulQadar..  


Aku sedar tanggungjawabku sebagai khalifah di dunia ini belum lagi terlaksana.. Tujuan aku dilahirkan adalah untuk membawa bersama saudara mara seIslamku ke jalan Syurga.. Bukan aku seorang !




p/s : "aku" bukan aku..





Sabtu, 20 Ogos 2011

Surat Aduan untuk Nuffnang

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..




Alif haris
Tuan tanah kedaung Idupku hari-hari blog,
Sekitar bumi,


Mr Nuff,
My boss yg baik hati,
Nuffnang Asia,
Alamat Tanya posmen.


ADUAN TENTANG KE’JEALOUS’AN SAYA TAK DAPAT BE LAGI

Dimaklumkan bahawa saya alif haris ingin mengadu tentang perasaan jeles sy terhadap kawan-kawan blogger lain yg mendapat BE dari Mr.Nuff my beloved bos..

2. Hal yang demikian kerana tiap kali saya blogwalking pasti Nampak mereka-mereka yg berbahagia dengan BE baru mereka.. Tanpa saya duga perasaan jeles itu mula menular kedalam jiwa saya lantas menyebabkan saya menulis surat ini buat Tuan..

3. Saya berharap agar pihak Tuan dapat merasai bagaimana perasaan saya ketika ini.. Air mata berjujuran tidak terhingga dek kerana mengharap BE yg belum hadir-hadir lagi setelah dua BE sebelum ini telah menjadi ME..

4. Kerjasama pihak Tuan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih..Bos memang baik hati..Sayang u lebih laahhh !! MMuuuah … Sekian..



Yang suka sangat menggebang,
………………….
Inchik alif haris
Tuan Tanah Kedaung Idupku Hari-hari blog.



********************************

*************************

****************

********

***

*

Hasilnya...


Alhamdulillah,

Surat aku sudah berjawab dan hasilnya amatlah memberasangkan..!! 

Dapat BE baru .. Campaign Olay El dorado.. Nth ape kemendenya nth tuh.. Yg Touch N Go tu dah sebulan lebih running kat blog aku ni..

TQ Nuffnang ! Sayang kau lah !

Tengok tu.. Jumlahnya baru RM0.34..

Okay ! sapa nak duit rayo meh sini ..!! Terhad utk 34 orang terawal

Err sorang dapat 1 sen la gamaknya.. =,=




p/s: Semua ini rezeki bulan Ramadhan.. Alhamdulillah..






Khamis, 18 Ogos 2011

Spontaneous Thursday #1 (Buncit = Bahagia)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ...



Perut Buncit atau boroi adalah situasi dimana perut seseorang itu TERkehadapan sedikit dari paras perut biasa..

Maaf andai ada yg terasa, 

Tapi yang menjadi persoalan sebenar ialah,

Benarkah ........

Perut buncit adalah tanda Kebahagiaan seseorang lelaki itu??


Any respons ? Hehe..



p/s : Nak kene buat ringkasan pengajaran harian .. Malas doe!.. Cikgu Ayie atau cikgu Imanshah.. Tolong buatkan ..Haha..




Rabu, 17 Ogos 2011

Andai Rasulullah Bersama Kita

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

         



Pernah u alls dengar channel Televisyen Al-Hijrah.. ? Aku rasa masih ada lagi yang belum tahu tentang kewujudan channel televisyen ini kerana ia masih baru dan siarannya pula agak terhad .. Aku pn baru jumpa channel ini pada awal ramadhan lalu..





Aku suka tonton channel itu selepas lepas sahur.. Sebab ada siaran Lau Kana Bainana (Andai Rasulullah bersama kita).. Untuk pengetahuan umum, siaran tersebut merupakan rancangan realiti Arab yang ditayangkan di channel Al-Hijrah.. 



Rancangan ini bagus untuk tontonan para umat islam zaman kini .. Ia memaparkan tetang kisah hidup Rasulullah dan juga membicarakan tentang respondi orang ramai terhadap Sunnah Rasulullah .. Rancangan ini juga berusaha untuk menghidupkan kembali sunnah Rasulullah yg kadangkala dilupakan oleh sesetengah umat Islam kini..


Apa yg membuatkanku sayu dan hiba bila melihat salah seorang responden ini ketika sesi temuramah tentang Rasulullah.. Beliau ditanya "Andai Rasulullah datag kepada kamu dan duduk bersama kamu seminit, apakah yang akan kamu katakan kepadanya ?"

Dia menangis bila ditanya dgn soalan sebegitu, sifat kasih dan sygnya terhadap Rasulullah begitu kuat walaupun dia sndiri tidak pernah berjumpa Rasulullah..

Andai kita yg ditanya sedemikian .. Apakah jawapan kita ?

Tepuk dada Tanya diri sendiri..



Kerana Aku sendiri mungkin tidak mampu lagi untuk terfikir memberi jawapan yg sedemikian.. 



Dibawah ini merupakan lagu tema bagi rancangan ini.. Seronok dan menusuk kalbu bagi aku =)



Kalau rasa-rasa berminat dengan lagu tu boleh ler download kat SINI ye :)

Updated
----------------------
Happy Birthday Buat Mish Lollypurp =)

p/s : Rasulullah ya habib..





Selasa, 16 Ogos 2011

Dilema seorang Penganggur

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

               
           Tengah-tengah syok aku tido tetiba handphone aku berdering.. Dengan mata yg kelat baru bangun tidur aku gagahkan juga untuk melihat skrin handphone ku itu..


Tertera.. "Ibunda tercinta Calling....."


Dengan segera aku tenyeh button hijau untuk menerima panggilan..

"Heloo assalamualaikum.. kenapa bu? " tanyaku dengan suara garau..

"Waalaikumussalam, aik baru bangun tido,ish3 !" Sindir ibuku..

Aku memandang jam di dinding.. Pukul 11.05 pagi.. 

"Hehe," aku hanya mampu terHehe dek kerana kelewatan bangun tidurku itu..


"Tadi Ustzh Masamah call ibu , dia minta ip jadi guru ganti kat skolah dia, boleh tak ?" balas ibuku..
Ustazah Masamah itu merupakan ustazah sekolah rendah aku dan juga merangkap kawan seperjuangan ibuku.. Dan Panggilan "ip" itu adalah untuk aku.. Style kan panggilan tu ..
Gamba sekolah sapa nth aku cilok..


...................Suasana sepi seketika..

"Err boleh je lah, " jawabku ringkas .. Aku iyakan saja walaupun terbit rasa keberatan sedikit dihati kerana bantal yang empuk itu seperti melambai-lambai kepadaku lagi..

" Oh ok, esok start mengajar ye. " kata ibuku sebelum panggilan tamat disitu..


Aku pon sambung .... "kroihh , kroih, kroih ," (*ini bukan bunyi bab* fhm)..


************************


"Duup !"

Kedengaran pintu kereta ditutup menandakan ibuku sudah pulang dari kerja.. 


Aku sambut kepulangan ibuku dengan soalan-soalan menagih kepastian tentang tawaran kerja sebagai guru ganti selama seminggu itu tadi.. Dan ibuku mengiyakan sambil memberi kata dorongan agar aku terus tetap dengan keputusan aku waktu mamai di telefon tadi.. Kini baru aku sedikit menyesal atas ketelanjuran membuat keputusan dalam mamai tadi.. =,=

Aku bukan tidak mampu, InsyaAllah aku mampu kerana sebelum ini sudah pernah aku ambil kerja itu cumaaaa........................ Ada sedikit penyakit "M" itu yang membuatkanku sedikit keberatan.. 

Tambahan pula sebelum ini aku dah kerja sebagai tukang cat rumah dan juga petik kelapa sawit.. Penat doe ! Cat rumah dah siap , so takde la kerja,, Kelapa sawit pulok belum masak lagi buahnya.. Hendak ditolak tawaran itu mentah-mentah takut menyinggung perasaan pihak yg meminta itu..


Dan kini sesungguhnya aku dalam dilema ..........

Sehingga mkn tak lena, tido tak basah, mandi tak kenyang... Aku cuba meminta bimbingan para pakar psikologi.. Tapi Mereka juga turut menjadi bingung seperti aku.. Akibat terlalu stress memikirkannya akhirnya aku.......................




Bersambung boleh ?.............har har har













p/s : Aku Penat baru balik ngajor.. Tekak kering sebab duk keluaq suara je.. Tulis guna papan hitam siot.. Klassik gitu =D










Isnin, 15 Ogos 2011

Kisah Antara dua Highway

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Kisah yang ingin aku kongsikan disini adalah berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri.. Ini bukan kisah cinta, kasih sayang ataupun jiwang.. Ini kisah Highway !  Kisahnya terjadi pada hari Suatu Ahad.. Aku dan kawan aku, amir bercadang untuk pulang ke kolej bersama menaiki motor..


Sekadar hiasan..itu bukan aku
Kisahnya bermula ketika aku basuh motor pagi-pagi .. Tak la pagi sangat.. Dalam pukul 10 pagi camtu..

Tetiba..

Tuuuuuttt ! (*ini bukan mencarut ok) Handphone ku berbunyi menandakan ada mesej masuk..



Getaran handphone dalam poket seluar membuatkanku berasa sedikit geli-geli lalu dengan pantasnya aku cekau beliau keluar dari poket..

"alep, aku nak gerak ni, jumpa kt petronas nanti."  Mesej amir.

"Okay, aku otw nih." balasku sambil mencapai tuala mandi .. =,=

Sebenarnya kami berjanji dan bersepakat untuk berjumpa di salah satu stesen Petronas Highway Kesas.. Dan dari situ kami akan bersama bergerak ke Kolejku di Sg.Besi..


**********************

Sesampainya di Petronas..

Kletak ! kletak ! kletak !(*pinjam sound effect ZackZukhairi) aku 'free'kan gear motor..

Aku toleh kiri toleh kanan cari kelibat kawanku tapi gagal menemukan batang hidungnya.. Aku cekau handphone dari poket seluar .. 

takdak mesej.. takdak misscall..

Lagi sekali aku toleh kiri toleh kanan.. Tak jumpa jugak.. Motor rxz dia pn tak nampak.. Perasaan pelik menyelubungi diriku.. 

"Haih, gerak awal pon tak sampai lagi ? Hampeh !" aku bermonolog sendirian.. 

Aku buka helmet , terus bergegas ke tandas awam berdekatan.. Selesai melepaskan sisa toksik dalam badan, aku beli pula 100plus .. Sambil duduk atas moto sambil minum (*bukan bulan puasa)

10 minit berlalu.... 

Kelibat mamat tu tak nampak lagi.. adooii~
Aku pn terus call dia,,

Truuut .. truuut .. "Hello alep, aku rasa aku dah terlajak dari petronas la, sekarang ni aku kat tepi highway bawah big tree, ko jalan je lah, nanti jumpa aku."  kata amir dihujung panggilan..

" Haha, hampeh kau.. ok nanti jumpa." balasku sambil tersengih memikirkan macam mana dia boleh terlajak ..


***********************




Aku terus bergerak menyusuri highway kesas .. Sambil menunggang sambil aku mencari kelibat amir .. Dah berapa banyak big tree aku lalu tapi keputusannya menghampakan.. Tak jumpa amir !





Aku tetap sabar dan terus sabar menyusuri kesas.. Sehingga kesas habis dan bertemu pula dengan MRR2 (middle ring road II) tapi keputusannya tetap menghampakan..

"Gampang ! Dia nak buat april fool ke ape ni." getus hatiku sambil memberhentikan motor di bahu jalan. Lagi sekali aku toleh kiri kanan . Mane lah tahu dia tengah menyorok kat tepi semak sambil gelakkan aku ..

Aku capai handphone , ada satu mesej dari amir.

"Lep, kita jumpa kat Kolej je lah, aku dah sampai dah ni." katanya.

"wadefish!" Aku TERmencarut lantas memecut motosikalku menghala ke Sg.Besi..


*********************


Sesampainya di kolej, aku terus terjah dia..

"Amir mana amir ! Gua tak puas hati ngn lo! " Jeritku sambil menendang pintu bilik dia .. Haha *Sila jangan percaya dengan kesamsengan aku itu.. 

Yang Sebenarnya,  

"Assalamualaikum, mir o0o mir." Aku kuak pintu bilik dia.. Kelihatan sekujur tubuh kurus kering sedang berbaring sambil tergelak-gelak tengok aku..

"Bagero ko mir, celah mana ko pegi sampai aku tak jumpe kau ?!"  aku bersuara.

"Sorry la bro, camni ceritanya, waktu aku tunggu kau bawah big tree tu , aku ada jumpa orang yg sapu sampah highway tu, So aku tanya lah dia ni highway apa, dia jawab ni federal highway la." balasnya sambil mengorek hidung..

Mendengar jawapannya itu, aku yg sedang memegang kunci motor lantas menyumbat kunci itu kedalam lobang hidongnya dan menggerudi secara rakusnya sebagai balasan kepada beliau yang tak dapat bezakan antara kesas highway dan federal highway !



p/s : Jom kita mengenal highway ^^



Sabtu, 13 Ogos 2011

Wigan Athletic minat Baddrol Bakhtiar

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ..


Baddrol Bakhtiar


               


      Hari itu kecoh tentang Safee Sali dirisik oleh kelab Bundesliga Jerman.. Hari ini lagi seorang pemain Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar bikin kecoh setelah dikatakan dirisik oleh satu kelab bola sepak liga perdana Inggeris (EPL) iaitu Wigan Athletic.. !







Tetapi Wigan hanya mahu membuat trial offer dimana pemain akan beraksi disana dalam jangka masa pendek seperti yg dijanjikan.. Andai mereka terus berminat dan Baddrol Bakhtiar dapat mengikut rentak disana besar kemungkinan Wigan akan terus mengikat kontrak bersamanya kelak..





Baddrol Bakhtiar yg kini bermain untuk Kedah FA telah beraksi dengan jayanya di liga perdana Malaysia telah mencuri tumpuan pihak Wigan..

Sejak dua menjak ini pemain-pemain Malaysia telah mencuri tumpuan kelab-kelab bola sepak luar negara.. Sebab aku dengar cerita juga yg Safiq Rahim dah dapat tawaran ke Indon (ikut jejak Safee le tu) dan Amirul hadi pula sedang diperhatikan oleh kelab bola sepak Jepun ...
Safiq dan Amirul


*Walaubagaimanapun, Laporan ini belum ada pengesahan rasmi sama ada dari Baddrol Bakhtiar sendiri atau Kedah FA



Ops credit to Sokernet.com

p/s : Semoga terus sukses ... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...