Rabu, 29 Jun 2011

Kotak Bulat Promote Blog

Assalamualaikum..


Hari ini aku nak join segmen bersama Kotak Bulat.. Menarik bukan tajuknya ? Ape lagi JOm join cepat.. Klik SINI

Okeh, aku nak blog aku dipromote oleh kotak Bulat sebab aku ingin mengeratkan silaturrahim sesama Blogger.. Kita para blogger harus saling  support menyupport antara kita kerana "Bersatu Kita Teguh,Bercerai Kita roboh.." okeh itu aja ...



Isnin, 27 Jun 2011

Siapa Nak beli ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak tunjuk satu product baik punya kat u alls..


Ha ini lah.. Bukan baby mild tapi BABI MILD... 

berminat ? sila cari sendiri,, haha

Tapi pastikan u alls samak balik selepas menggunakannya.. HAHA

credit To Hanafi member aku..


p/s : Aku nak hasilkan Khinzir Mild pulak .. wakaka

Ahad, 26 Jun 2011

Aku seorang Pelawak upahan dalam Tren

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

            Peristiwa kemaluan besar ini terjadi sewaktu perjalanan aku pulang ke kampung halamanku.. Tapi ini bukan sambungan kepada cerita Lappy Rosak dan Awek Comel di Plaza Lowyat tau, ini cerita lain.. Cerita tu awek comel tu yang malu, kali ini aku yang TERmalu besar !


*************************************


Macam biasa, aku akan naik Tren KTM untuk pulang dari kampus ke rumah aku,, waktu zaman aku muda-muda dulu aku tak tunggang motorcycle pergi dan balik dari kampus ke rumah aku.. Sekarang ni je bila dah senior sikit, tunjuk taring naik motor masuk kampus walaupun tak dibenarkan ! Ye, aku akui aku bukan budak baik tapi bukan jahat, Nakal sikit je.. =)

Lokasi di stesen KTM Bank Negara....

"Mana la tren ni tak sampai-sampai lagi, batang hidung pn tak nampak (*tren ada hidung ke)" keluh aku sendirian sambil duduk di bangku panjang.. Sebelah aku ada seorang awek melayu, dia tengah main-main mesej sambil tersengih-sengih sendirian,, Tampak sedang bahagia sungguh dirinya,, 

"Eleh, Mesti nak tunjuk yang boifren dia mesej la tu," hatiku menganjing .. Tapi sebenarnya terbit sedikit rasa jealous di hati sbb aku takde girlfren.. HaHa! Jadi malas aku nak kacau,, kang terpikat kat aku naya, boifren dia tetak aku nnt.. Takutnyeee !

Setelah berjanggut aku menunggu, akhirnya berjaya juga tren tu menunjukkan dirinya, alhamdulillah,, Setelah pintu tren dibuka, ramai lah orang berebut-rebut masuk dengan memegang prinsip "fight for the seat".. 

Aku relax je.. Bagi la Ladies masuk dulu kan, malas nk rebut-rebut main body contact, kang aku dituduh mencabul pulak.. Aku masuk coaches tengah dan Alhamdulillah aku dapat tempat duduk, inilah berkat kesabaran dan mendahulukan kaum wanita dan anak kecil.. Haa Nampak tu.. Baik kan aku..

Seperti biasa, hobi aku bila dalam tren aku suka dengar mp3.. Dengar lagu sambil tengok pemandangan kan.. Fuuhh nikmat giler  wacakaplu~
layaaan~


******************************************


"Stesen KL sentral,,, KL sentral " sayup-sayup kedengaran suara yang menyatakan bahawa kami telah pn sampai di KL sentral.. 

Aku buka mata, aku terlelap rupanya, padahal jarak antara KL sentral dengan Bank Negara tak jauh pn.. Jarak 2 stesen je.. Haha tak sangka aku mempunyai keupayaan untuk tidur sepantas itu,,

Aku membetulkan kedudukan aku, beg balak aku letak kat kaki, beg sandang kupegang erat sebab aku tahu kat KL sentral ini lah akan terjadi satu pergelutan besar antara para pemegang prinsip "fight for the seat".. Mampat lah tren ni mcm  sardin  gamaknye.. Huhu

Aku cuba untuk lelap semula sambil melayan mp3 yang tersumbat di telinga aku, Tapi sayup-sayup kedengaran tiupan wisel... "Bising betul lah," aku mengeluh sambil cuba untuk mencari siapakah gerangannya yang main-main wisel kat tren ni.. Huh!

Kelihatan seorang polis wanita berbangsa India sedang tiup-tiup wisel kat luar tren sambil marah-marah.. 
sekadar hiasan


"Nasib baik kau seorang polis, kalau tak aku dah sound kau dah tau tak, " getus hatiku.. Aku duduk semula.. Cuba menenangkan keadaan dengan melayan lagu-lagu ST12.. 

Sambil layan mp3, sambil aku tengok gelagat para penumpang keluar masuk, kelihatan ramai penumpang lelaki keluar dari coaches yg aku duduk tu.. Pelik juga, kenapa ramai kaum adam keluar...

"Ah, lantak lah diorang, memang diorang semua nak turun kt KL sentral agaknya," aku buat acuh tak acuh... yang penting lagu yang aku tengah layan tu best.. Aku cuba untuk lelap mata semula..

TAPI.... aku terasa diri aku sedang menjadi tontonan ramai, macam la aku ni ada iras-iras artis ke hape.. Aku bingkas bangun dan aku mendapati hanya aku seorang sahaja kaum adam yang berada dalam coaches tu .. 

Aku lantas mencabut earphone yang tersumbat di telinga aku dan aku dengar jeritan polis india itu yang menyuruh aku keluar dari coaches tu supaya berpindah ke coaches sebelah.. 

Aku pn dengan muka setebal 1 kilometer  aku agkat barang-barang aku dan berjalan keluar dari coaches tu.. Kedengaran suara gelak kecil di kalangan kaum hawa.. Ye So Funny haa ! Aku persetankan saja semua tu.. 

Setelah aku berjaya melepasi rintangan dan halangan gelak ketawa mereka, aku usha muka polis wanita India tu, Perghhh !! Muke sumpah bengkek gilerr dengan aku.. Mungkin hatinya panas kerana berbicara dengan si tunggul tadi.. Aku lah tu.. hahaha

Faham-faham la, kalau aku dah layan mp3 memang susah nk dengar orang cakap ape.. Orang sebelah ngumpat pn aku tak tahu.. HaHa .. Nasib engkau la polis.. Bercakap dengan tunggul..

Aku terus berlari ke coaches sebelah tanpa menoleh seorang pn daripada kaum hawa semua tu.. Aku sedar ada mata-mata yang memerhatikanku seolah-olah aku ini seorang badut atau pelawak yang diupah untuk buat lawak dalam tren !!

Sumpah aku TERmalu giler beb ! hehehehe :D

Tapi itu tetap bersyukur sebab peristiwa itu menjadi pengalaman dan pengajaran pada aku agar lainkali naik tren mesti masuk coaches tepi.. JANGAN masuk coaches tengah sbb tu kaum hawa yang conquer..


Lagi satu pengajaran, Jangan dengar mp3 dalam tren.. HAHAHA

-the end-

p/s: Peristiwa ni berlaku sewaktu awal kempen pembahagian coaches antara ladies and guys yang dilancarkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)





Sabtu, 25 Jun 2011

Sapa Tak Hafal Doa Qunut ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..


           Selamat pagi ! Jam menunjukkan pukul 1.13 a.m waktu Malaysia.. Okay pada pagi yang indah ini aku dengan berbesar hati nak mengomel tentang Doa Qunut.. Ape itu Doa qunut ? Kalau tak tahu sah lah kau tak pernah solat subuh kan.. Kantoi Busuuk.. 




Sebenarnya waktu dinihari begini aku baru balik dari dusun durian bersama ayah dan adik laki aku, dapatlah jugak kan buat makan-makan.. Keluarga aku semuanya 'hantu' durian.. Termasuklah kucing aku! Kecuali adk Girl aku, beliau Anti-Durian.. Bau durian pn nak muntah.. Eh ape cerita Durian pulak nih.. HaHa TERpesong ^^





Aku kembali kepada landasan asalnya, Doa Qunut ini sebenarnya doa yang dibaca dalam rakaat kedua selepas ruku' dalam solat subuh.. Dan Doa Qunut tidak wajib dibaca TETAPI hukumnya sunat Muakkad yakni sunat yang sangat dituntut dilakukan.. Ada faham? Dan sesiapa yang terlupa atau meninggalkannya disunatkan untuk sujud Sahwi sebelum Salam..

Walaupun tidak wajib dibaca Tetapi ini tak bermaksud Doa Qunut tidak penting dan Tak payah di hafal.. Sangat perlu dihafal sebabnya :
(1). Dibaca ketika Solat Subuh..
(2). Bila terjadi situasi sperti dibawah ni sape susah ??? Dan sape malu?? HaHa

Vid Clip ini bukan untuk hiburan semata-mata tetapi buat pengajaran bagi mereka yang tak hafal doa Qunut

credit : Pocik goole & Youtube

Eh eh jap, u alls perasan tak blog aku ade iklan baru tu daripada Churp churp,, Tu tu kat sidebar atas tu..HaHa,, Itu pn Nak kecoh.. Btw credit To my Senior kak Mish & kak Khairunnisa atas tunjuk ajaq nye :)


p/s: Siapa yang tak hafal lagi cepat hafal sekarang.. Hehe Adios!

Jumaat, 24 Jun 2011

Lappy rosak dan Awek Comel di Plaza LowYat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ..

lappy roosak & awek comel


Masih segar di ingatanku tentang peristiwa itu.. Peristiwa yang boleh membuatkanku tersengih sendirian walaupun tengah berak.. Hari itu hari jumaat, selepas menunaikan solat Jumaat di masjid ,aku dan kawan kolej aku,amirul bercadang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.. Lama sudah tidak kujenguk orang tuaku di rumah *padahal baru 2minggu.HaHa.. Anak manja biasa lah..

Kami bercadang untuk singgah sebentar di lowyat untuk repair my lappy tu.. Dan mengikut perancangannya kami ingin bertolak pada pukul 3p.m..

*************

Aku usha jam di tangan aku dah menunjukkan pukul 2.55p.m.. 
"lep, kau gerak lah dulu,  aku tengah dota ni, nanti kita  jumpe kat stesen LRT Hang Tuah k, " kata amirul yang mengingkari perancangan kami bersama.. 

"HaHa, okey lah kalau mcm tu, aku gerak lu, " balas aku dengan bersahaja.. Faham sangat dah dgn membe aku tu, kalau dah mendota memang tak ingat duniawi.. Hoho

**************

Aku jalan-jalan pusing seluruh lowyat tu, sambil jalan sambil cuci mata, tengok gadget tengok aweksss,,
Ini lah nikmatnye bila tak jalan dengan awek kan, takde sapa nak cubit takde sapa nak tarik telinga bila main-main mata dengan awekss lain.. Nasib baik aku takde awek.. Boleh lah main-main mata dengan aweksss sampai lebam.. HaHa

Setelah aku tawaf lowyat tu beberapa kali, akhirnya sampai juga aku di kedai yang dicari, penyakit aku nih buta jalan sikit, dalam lowyat pn boleh sesat.. Aduyai =,=

Aku mengadu masalah sebenar lappy aku kepada budak lelaki yang jaga kedai tu.. Dari A sampai Z aku cerita, last-last dia panggil tauke dia dan suruh aku cerita balik kt taukenye tu.. Rupanya dia tak fhm cerita aku, =,=

Gampang..

Selepas aku berjaya deal dgn tauke tentang harga dan masa repair.. Aku duduk kat kerusi depan kedai tu sambil tengok-tengok gadget.. Tiba-tiba datang dua orang gadis masuk dalam kedai tu, 

"waahh comelnye, kalau jadi awek aku best ni, "aku bermonolog sendirian sambil memandang salah seoragnya dan tersengih-sengih seperti kerang busuk.. Inilah cinta pandang pertama aku, dari mata terus menusuk ke hati,, Eh nak berapa banyak cinta pertama daa? Rasanya baru seminggu lepas jatuh cinta pandang pertama dengan anak dara hot Pak Mail Tebu kat pasar malam tuu.. HaHa

Okay fokus kembali kepada cerita tadi.. Dua orang gadis chumel tu melangkah menuju kepadaku, aku perhatikan saja gerak-geri dia, dengan kesopanan gadis melayunya dia bertanya , "err bang, kat sini RAM 2 gig bape ringgit ?"

Aku membetulkan kedudukan kerusi supaya mengadap dia.. Dengan penuh gaya seorang tauke aku membalas, "DDR 2 ke DDR 3 ?"

"Err, " dia memandang kawan sebelahnya, kawannya mengangkat bahu sambil menggeleng kepala tanda bluuurr .. Melihatkan keadaan mereka itu, aku terus menggebang tentang beza DDR 2 dan DDR 3.. HaHa

Selesai menggebang, si gadis bertanya, "oouh macam tu ye, jadi harganya bape ?" 

Aku menjawab,"haaa tentang harga sila tanya abg ni, " sambil menudingkan jari ke arah budak lelaki penjaga kedai yang dari tadi tersengih-sengih tengok lakonan aku.. 

"Eh ? " soal si gadis.. Dia mula syak sesuatu,, Riak mukanya menandakan dia sedang konfius.. Serius comel

"ye la saya pelanggan kat sini, dan abg tu pekedai sini, Hehe, " jawab aku selamba.. 

Sejak itu lah wajah si gadis kemerah-merahan.. Menahan malu agaknya,, Sampai kalau boleh dia taknak pndang muka aku lagi, ish3 kesian.. Aku la ni jahat.. Tak bagi tau dari awal lagi.. 

Hasil pertanyaan si gadis dengan pekedai tu, akhirnya si gadis beransur pergi sebab kat kedai tu tak jual RAM rupanya .. Hampeh! Tapi sebelum tu sempat aku senyum pada dia dan dia membalas senyumanku.. =)


p/s: Alangkah indahnya dunia sewaku dia tersenyum .. Hua Hua Hua! :D

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------



  

Khamis, 23 Jun 2011

Blog Review | My 500th Followers

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..




Syukur Alhamdulillah bilangan followers Idupku hari-Hari meningkat kepada angka 500 !
Terima Kasih buat u alls yang support aku..=)
Tidak ada apa-apa yang aku harapkan selain keikhlasan u alls mem'follow' aku ..Bukan atas dasar simpati, atau dasar 'Aku follow kau,kau follow aku' ..





Sebagai tanda penghargaan aku kepada u alls, aku ucapkan Jutaan Terim kasih sekali lagi buat u alls dan aku buat blog Review untuk followers yang berada di angka 500 .. hehe
Err beliau dikenali sebagai Miss Huda dan sila tekan banner di bawah ini utk terjah Blog beliau-

Tekan ctrl + klik pd Banner

p/s : Terima kasih =)

Don't Trust Profile Picture

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ...

               Sedang aku mencari-cari idea yang dari tadi tak muncul-muncul sambil berblogwalking dari blog ke blog termasuk lah blog bro ZackZukhairi, tiba-tiba je idea muncul sejurus aku melihat satu vid clip Baik punya ! Haha ..

Video clip ni mengisahkan tentang penipuan terhadap profile picture .. Alaa profile picture yang dekat laman-laman sosial tuu .. Ade yang bajet sexy,Hot,macho dan sebagainya .. 
berbagai laman sosial dlm dunia ni .. nak apa? semua ada ..




Profile picture juga besar pengaruhnya dalam menetukan seseorang itu di'add' atau sebaliknya ... Lebih-lebih lagi buat lelaki kan , pantang nampak profile aweks cun je terus tekan button 'add as friend'... *termasuklah aku, tapi skrg aku dah taubat buat mcm tu taw ... 


Tapi uolls kene sedar yang uolls sekarang ni hidup di zaman teknologi ! Budak kecik pn pndai guna photoshop r beb . Edit sana edit sini , Puufffff ! jadi lah cun melecun dan jadi macho gila bab* ... 


Tak payah pndai photoshop pn takpe ... Yang penting skill posing kene mantap seperti contoh :-

HaHa layan~


credit to youtube & pocik google

p/s : Dont Trust any profile picture Okay included mine .. HaHa 

Aimifiqa Garden Bloglist


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ..
Hari ini aku nak join Aimifiqa Garden Bloglist dan klu uolls nak taw ini lah first bloglist aku join .. :)
Sesapa nak memeriahkan lagi suasana jom join sekaki , Klik SINI atau Klik pada banner di bwh ni


Like fanpage Aimifiqa : Done !

Follow Blog Aimifiqa : Done !

Aku nak tag :





Kategori Bloglist : Nak Pilih RedBug

Sekian Terima Kasih
-the end-

Rabu, 22 Jun 2011

Iklas vs Riak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

               Nak tanya ni, Pernah tak uolls rasa riak atas sesuatu yang uolls lakukan ? Okay aku ambil contoh paling simple la, sewaktu kita berblogging , ada tak rasa blog kita bagus & best daripada orang lain punya?  Tak pernah rasa mcm tu? Choii! Tipu la kalau tak pernah rasa mcm tu sedara dan sedari sekalian ! Sebab aku pn pernah rasa mcm tu, HuHu Asragfirullah~


Okay cukup buat muqaddimah entri ini ... Sekadar memberi contoh riak .. Sebenarnya pagi ini aku tertarik dengan kata-kata Ust. Badli Shah dalam siaran Muqaddimah di TV9 pagi tadi .....

Nak ikhlas kene melalui Riak dulu ?

"Imam Ghazali pernah berkata, Proses mencapai keikhlasan dalam sesuatu amal itu perlu melalui Riak terlebih dahulu " ... Faham tidak ? Sebagai contoh, seorang pemuda yang baru memiliki sebuah kereta mewah, sudah tentu bangga dan riaknya bukan main lagi kan, tetapi tengok la 3 atau 4 tahun kemudian, pasti dia merasa kereta itu biasa dan sama sahaja dengan kereta2 lain .... Atau contoh lain,seorang pemuda yang tidak pernah pergi ke masjid untuk solat berjamaah, dia ingin berubah lalu satu hari tu pergilah dia ke masjid, kali pertama dia pergi ke masjid pasti timbul perasaan riak dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain kan.. Lama-kelamaan perasaaan ikhlas itu berjaya melawan perasaan riak  ... Tapi ini tidak boleh dijadikan alasan kita tak mahu melakukan sebarang amal  atas kerana tidak mahu terlibat dengan riak .. Kita perlu melawannya ..!!



Bahaya ke Riak ni ?

Sangat-sangat bahaya, riak itu syirik kecil .. Dan syirik itu boleh membawa kepada Kafir ! Ada kisahnya apabila di akhirat kelak, ada sekumpulan syuhada' Islam yang mati dalam peperangan .. Apabila ditanya oleh Allah, Siapkah mereka ... Mereka menjawab, kami lah yang mati syahid dalam peperangan menegakkan Islam .. Allah menjawab, Tidak ,,sewaktu kalian di medan peperangan, kalian lah yang berada dihadapan sekali hanya untuk menunjuk-nunjuk bahawa kalian  yang paling kuat, yang paling berani, panglima tentera yang paling gagah ! Lalu dicampakkan mereka ke dalam neraka .. Nauzubillah~


Bagaimana mengatasi Riak ?

Firtsly, kita kene faham dan tahu yang riak itu permainan Syaitan .. Jadi kita perlu waspada terhadap segala apa yang terlintas di hati kita ... Dan kita perlu settingkan niat kita , Segala amal dan perlakuan kita adalah kerana Allah (Lillahi Ta'ala) , savekan dalam sanubari kita agar kita sentiasa Ikhlas dalam segala perlakuan baik kita .. InsyaAllah ... 



:::: Pardon me if I'm Wrong ::::
Aku juga manusia biasa yang tak lari daripada kesilapan
Segala komen dan kritikan akan ku terima dengan hati terbuka


p/s: Hari ini entri keagamaan ,, bukan entri Hu Ha Hu Ha .. Sekadar tazkirah dan renungan buat kita bersama .. ayuh Bersama kita muhasabah diri =)

Isnin, 20 Jun 2011

Perkara yang menjengkelkan Ketika berada di Jalan Raya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ...

                 Apa khabarnya uolls disana ? Harap uolls dalam keadaan sihat-sihat belaka .. Okay based on da title above, aku nak story la sikit pasal pengalaman aku sepanjang aku berada di jalan raya .. Semua orang pastinya pernah menggunakan jalan raya ,bukan? Tak kisah la sama ada naik basikal, beca, kereta lembu or whatever lah, Dan pasti ada perkara yang agak menjengkelkan sepanjang berada on the road .. Pada aku, antara perkara yang menjengkelkan itu adalah :

(1).Ada orang guna Sport light, atau lampu tinggi ketika berada di jalan yang ramai orang dan dia dari arah bertentangan ... Lebih-lebih lagi lampu yang terang gila warna kebiru-biruan tu !(*tak tau apa namanya,Haha) Kalau kene driver yg panas baran, dah kene baling selipar da kereta tu ..

(2).Kereta yang langgar lecah pastu terpercik ke aku yang sedang menunggang motor.. Kalau tak sengaja takpa. Ini saja jew laju2 langgar lecah bia aku basah .. Bagero betul!


(3).Lori atau bas yang psyco aku dengan follow belakang kereta or motor aku laju2 ... Serius aku tak suka dkt-dkt dgn Lori or bas bhai ! Kalau aku kene camtu aku terus cilok2 sampai berada jauh dihadapan drpd dia !
(4).Orang yang berhentikan kereta tengah jalan Sebab nak tengok accident. Masalahnya dia tolong tengok je pn.. At least sedara, park kereta tu kt bahu jalan .. Sekolah memandu mana yg mengajar parking kereta tengah jalan ?


(5).Orang yang buka pintu kereta tak tengok belakang .. Bahaya buat mcm tu sedara ..! Aku tahu kereta sedara tu BMW .. Tapi kalau kene langgar kereta aku terkopak gak pintu kereta sedara ! Sapa nk disalahkan ..?


(6).Bila polis traffik amek alih traffic light untuk jaga jalan di persiaran kewajipan Subang Jaya . HaHaHa .. Ini polis Tak salah ... Cuma Lambat sangat dia bagi turn aku jalan .. Hiks~ Tapi takpe lambat asal Selamat ye tak ? Hehe
gamba polis traffik yg pocik google bagi kat aku


Cukup la setakat ini sahaja dulu .. Kalau ada lagi nnt aku update. HaHa ...

p/s: Ingatlah sedara, Jalan Raya tu bukan sedara yang Sewa untuk Sedara guna Sorang-sorang.. *Guna term sedara supaya nampak sopan sikit .. HeHe .. Adios !

Sabtu, 18 Jun 2011

Aku Kembali kepadamu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

credit to malloryartandphotography


Ternyata
Kau masih serupa,
Tak ubah sprti dulu,
keindahan,
kelembutan,
ketenangan,
tapi sedikit ternyata lanjut usia padamu,


Ku imbau semula saat itu,
saat kau tenangkan kegundahan hati ini,
saat kau sisipkan harapan baru dihati ini,
saat kau seka air mata hati ini,
saat kau terbangkan penderitaan hidup hati ini,


hari ini,
Aku kembali 
bersama hati,
hati yang dulu pernah kau lembutkan,
hati yang dulu pernah kau ilhamkan,
hati yang dulu pernah kau cintai,
hanya Kerna aku rindu,
hanya kerna aku tak pernah lupa,
Masakan aku lupa kau yang pernah berjasa padaku ... =)


-alif haris , 6.45p.m, tebing sungai-
...  ku titipkan kata-kata indah agar memoir kita bersama indah selamanya  ...

p/s: Nukilan tak best ni aku utuskan buat satu tempat feveret aku time aku sedih,bingung,boring... *Nikmati keindahan ciptaan Allah ..Subhanallah :)


Rabu, 15 Jun 2011

Jangan fikir jadi artis tu Senang je

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

             Zaman kini, ramai anak muda yang ingin menjadi artis dengan berfikir bila da terkenal nanti akan punya banyak wang, aweks keliling pinggang, pergi mana-mana orang kenal dan semua bende-bende yang best belaka lah ... 

Tapi tiap-tiap bende yang best tu mesti ada yang Tak bestnya ... Tak percaya ? Meh aku listkan beberapa kesulitan bila dah bergelar artis ni ....


(1) . Kene dressing lawo-lawo walaupun nak pegi buang sampah kat luar je , Kalau tak, nanti ade soh-seh-soh-seh yang mengatakan artis tu buta fesyen ...


(2). Terpaksa fikir 10 kali bila member-member ajak lepak kat kedai mamak tgk bola sambil pekena roti canai ... Sebab takut diserbu peminat atau dikatakan jatuh standard sbb lepak kt warung je ...


(3). Bila dah terkenal dan hot, Ramai lah makhluk-makhluk yang menggatal nak mengurat walaupun dah tawu artis tu da beranak 10, asalkan poket penuh ... Sifat Kesetiaan pada yang satu perlu ada dalam diri artis tu...  Kalau kantoi, itulah salah satu faktor punca penceraian bagi keluarga artis..


(4). Segala tutur kata perlu dijaga dalam dunia hiburan .. Silap cakap itu ini , nah! Saman sebijik ...

(5). Terpaksa Tak dapat hadir ke jemputan majlis kenduri arwah dan tahlil atas alasan terpaksa hadir ke majlis anugerah popular walaupun dah taw takkan menang .. Hiks~


p/s : Nasib baik aku bukan artis .. Hehe .. Saya hanya seorang alif haris yang pemalu & low profile huk3 ^^


              

Selasa, 14 Jun 2011

Sebelum Bertemu 'Telaga Emas'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ... 

                    Tiada Manusia di dalam dunia ini yang tidak pernah menempuh kesusahan atau kesulitan sebelum bertemu dengan kejayaan .. Itu memang hukum Alam .. Dan sebenarnya kesusahan dan kesulitan itulah yang menjadikan seseorang itu gah di Puncak kejayaan dengan peribadi dan prinsip hidup yang mantap.

Aku ada terbaca satu artikel yang menceritakan tentang kisah hidup Mereka (orang-orang yang telah berjaya)..  Siapakah mereka sebelum bertemu dengan 'Telaga emas' (kejayaan) ??





Siapa yang tak kenal Bill Gates Sila angkat ketiak .. Kalau ada tu maksudnya dia bukanlah penduduk bumi ... Mungkin marikh ke nameck ke .. huk3 ... Jutawan ini dahulunya pernah bekerja sebagai budak suruhan atau office boy di sebuah syarikat kongres ..












Bill Murray sebelum terkenal sebagai seorang pelakon, beliau pernah bekerja sebagai penjual kacang di kaki lima pusat beli belah




Sylvester Stallone ... Hero Rambo ini asalnya dulu seorang pembersih kandang singa.


William Watkins,CEO dari Seagate Technology ... Pembekal Hard Disk yang utama di dunia ... Dahulunya beliau hanya lah seorang jaga hospital sakit jiwa pada waktu malam ..





Jennifer Aniston .. Aktres ini dahulunya adalah seorang Pelayan Restoran



Michael Dell .. Bos Dell Computer dahulu pernah bekerja sebagai tukang cuci pinggan di sebuah restoran cina ...




Waaah siapa tak kenal Dan Brown beb ~ Seorang penulis Hebat yang telah mencipta nama diseluruh dunia melalui penjualan novel terlarisnya, Da Vinci Code ... Beliau sebelum ini seorang Guru biasa sahaja ...



Brad Pitt , Seorang pelakon kegilaan wanita .. Eh yeke ? iye kan je lah ... Artikel tu yg cakap .. hiks~ Beliau ini dahulu seorang penarik peti sejuk ... Beliau juga pernah menjadikan sut ayam sebagai kostum untuk menarik pelanggan di sebuah restoran ..





Madonna sebelum menjadi seoang Aktres Terkenal beliau bekerja dibahagian belakng kaunter Dunkin Donuts ...




Steve Jobs, Bos dari Walt Disney ini dahulunya seorang pengutip botol terbuang selain menjadi badut jemputan untuk majlis sambutan ulang tahun ...



Adolf Hitler .. Pemerintah agung Nazi yang terkenal dengan kekejamannya dahulunya hanya seorang pelukis kad ucapan ....







Jackie Chan ... Pelakon aksi feveret  aku yang telah mencipta nama disluruh dunia ini dahulunya adalah seorang pelayan restoran dan juga seorang buruh binaan





Jadi buat uolls para pembaca , kejayaan tidak akan datang bergolek ... Kesusahan dan kesulitan perlu ditempuh dahulu sebagai medium pembelajaran manusia menuju kejayaan .. Okay ! Jangan mudah give up dgn Life .. Rezeki masing-masing dah ditetapkan oleh Allah =)

Ops credit to : pocik Google dan Mastika


p/s : Aku dulu-dulu pernah bekerja sebagai penanam anggur sejati .. haha . adios ! 

Ahad, 12 Jun 2011

Cara Pujuk Tauke Bagi Murah

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ...

                Ladies = Shopping ... Ibarat Irama dan Lagu kan ... Haha .. Ladies memang suka Shopping dan itu kenyataan ... Dan selalunya Si ladies akan menge'pow' si Guys yang bergelar boifren atau Hubby ni waktu shopping ... Ye dak ? Hehe .. 

*****************

               Tapi Pernah tak uolls tengah jalan - jalan kat Shopping complex, secara tiba-tiba si Ladies ni jatuh cinta kat Si kasut, Handbag or whatever lah dan Harganya mampu membuat si Guys terbeliak mata sambil telan air liur banyak kali ??? Kene pulak Tengah - tengah Bulan adoyai~   

Okay jadi disini aku dapat satu cara Pujuk Tauke Kedai tu Bagi Harga 'runtuh' ... Nak tau ? Jom Baca Cerita ni jap , Layaan Zaasss~

Tekan Ctrl + Klik pada Gamba untuk penglihatan yang lebih baik

Tekan Ctrl + Klik pada Gamba untuk penglihatan yang lebih baik

Tekan Ctrl + Klik pada Gamba untuk penglihatan yang lebih baik

Tekan Ctrl + Klik pada Gamba untuk penglihatan yang lebih baik 

 ********************

         Ahaa .. Amacam ? Best Tak caranya ... Jom try waktu shopping nnt HeHe .....

AMARAN : Pihak BLOG IDUPKU HARI-HARI Tidak akan Bertanggungjawab atas segala   Consequence yang bakal Terjadi ... Pandai buat Pndai tanggung ... HiHihi^^


p/s : Agak-agak uolls ada tak yang buat betul-betul mcm ni ?? HaHa .. Betul longkang punya idea :D

Khamis, 9 Jun 2011

Dua Alkisah dalam Satu Entry

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ..

                                                                  Tersebut la Alkisah ~

Alkisah Pertama

         Terima Kasih diucapkan buat Teman-teman seperjuangan yang sudi mem'folow' blog nth hape-hape nth ni .. Especially kepada follower blog aku yang ke-300 ni ... Hehe .. Sorry eh , aku Newbie lagi ... follower baru cecah 300 batak kemain.. hik3  Jom terjah blog si follower bertuah yang bernama najwa ini .. Jom-jom .. Tak terjah aku tumbuk laju-laju karang hehe gurau ja ! =D

Alkisah Kedua
         Maaf buat teman-teman, aku lambat membalas jejak kalian sebab aku bercuti di pulau Pangkor selama 4 hari 3 malam bersama family, Pangkor Island nama omputihnya .. Hehe .. Penat drive pn tak hilang lagi neyh .. Papepon Best sgt ! TAPI ........... ade jugak bende yang tak best HuHu .. 
di Pantai pasir Bogak, P.pangkor
Okay ni cerita betul .. ni Otw balik dari pulau ape nth namanya yang berhampiran pangkor .. Sedih wwooh fon aku tercelup dalam air laut pulau tu laa (pulau aku tatau namanya) .. dah tinggal kenangan je fon sony ericsson aku tu .. Nak tuding jari salahkan siapa ? Salahkan laut ? haHa salahkan la diri sendiri yang cuai .. HuHu =( 

Pada hari rabunya iaitu semalam , aku jumpe awek cun yang kerja kat kedai pasar mini Pantai Pasir Bogak tu .. Hurmm dapat la borak-borak kejap ngn dia .. Pastu yang pilunya hatiku ini pagi tadi sebelum bertolak balik aku nak jumpe dia lagi tapi ....... aduuii dia kerja shift petang ... HuHu .. melepas ~ baru je niat nak mintak num fon ... HaHaHa
Gambar hiasan semata-mata .. HeHeHe

-Tamat-


p/s : Aku rasa Handphone aku kene telan laut mungkin sebab niat aku nak mengurat anak dara orang kot .. isk3



Sabtu, 4 Jun 2011

Hitler Marah Tentang Kes Remaja Comolot

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ..

             "Kes remaja comolot di Pavilion" .. Seperti yang anda semua tahu .. Kes ni memang dah lapuk dek zaman .. Tapi sengaja aku bukak balik kes ni (*kat dalam blog aku je) sebab tiap aku aku replay video clip ni tiap kali tu lah aku tergelak-gelak .. HaHa .. Hitler punye la marah tentang kes remaja comolot ni kan ... Jom tengok vid clip tu lagi ... hehe





p/s: Best tak ? haha .. Jom bagi komen ... hehe



Jumaat, 3 Jun 2011

Salam Takziah Buat saudari blogger Mish sekeluarga

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum 



Entry kali ini bukan entry untuk bergelak ketawa atau melawak ke ape .. Entry ini khas ditujukan buat saudari Najihah Sahami a.k.a Mish yang telah kehilangan adik lelakinya .. Salam Takziah buat Mish & keluarga .. Yang pergi tetap pergi .. Semoga diberi ketabahan dalam menghadapi ketentuan Ilahi ini .. Hanya doa dan ayat-ayat suci al-Quran yang dapat menjadi hadiah berharga dia disana .. Dan Semoga Rohnya ditempatkan bersama mereka yang bertaqwa .. amiiin ya rabbal A'lamin .. 
Maaf Mish , alif got delayed information .. Baru balik petang tadi .. On9 je tahu2 dpt tahu news ni .. Harap Tabah okay ..

Marilah kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah serta doakan agar arwah senantiasa aman disana ..


Cara Mencegah Auto-Blogwalking

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum ..

        Selamat petang ! Alhamdulillah .. Aku telah sampai di rumah selepas 1 jam perjalanan menungang motor dari kolejku di Kem sg besi .. Balik-balik ja terus On Lappy dan on9 .. Wahahaha .. Almaklumlah .. Sudah seminggu berjauhan dari alam cyber ni .. Rindu Gilak la weyh :D

          By the way, pada petang yang indah ini aku teringin nak share something walaupun aku tahu dah ramai yang buat post nih .. Okay straight to da point, uolls para blogger mesti pernah dengar tentang auto-blogwalking, bukan? atau bahasa lainnya blogwalking satu hala ... Thats mean, blogger yang apply cara ni actually dia tak singgah pon di blog kita .. Tapi Linknya wujud dalam shoutbox kita yang konon-kononya dia singgah la di blog kita untuk naikkan traffik ... Ada faham ka? Sorry aku nye bahasa putar belit sikit .. kih3 .. Pastu kita yang jadi mangsanya ini terhegeh-hegeh jenguk dan belek-belek blog dia untuk balas jejak palsu dia tu ... ish3 kesian~  Okay terus kepada step-step nya ...

1st Step : Log In ke shoutmix uolls ... Then klik Settings > Security > Website Lock

2nd step : Masukkan URL blog/website uolls di kotak yang disediakan TANPA http:// atau www  seperti yang tertera di bawah ini ....

3rd step : Klik Save Settings tu ... So Siap daa .. hehe .. Ops lupe nak bagi tahu ... Cara ini hanya applicable pada shoutmix ja ... Kepada pengguna ChatBox .. Maaf la .. Den tak dpat membantu ..  


p/s : Selamat mencuba dan have a nice day :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...