!!~ SELAMAT DATANG ~!!

"Maaf Seandainya terdapat Kandungan yang berunsur peribadi dan Kurang bermanfaat buat Pembaca. Cedoklah sebanyak mana Kebaikan dan Tapislah segala Kelemahan serta Kecacatan." -admin-

Tuesday, September 18, 2012

Motivasi : Saat Kau Jatuh Terjelepok






بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum







Saat kau terjelepok jatuh.

Gedebuk !

Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Perit. Pedih. Maruah terpijak. Seperti hidup tiada lagi makna dan tujuan. Semangat engkau yang dulu gah meniti ranjau kehidupan lari entah kemana. Kekuatan yang dulunya menjadi asbab untuk hati kau terus istiqamah dengan jalan itu turut lenyap bersama. Kau yang dulu tak lekang senyuman kini hanya bermuram durja. Kau umpama mayat hidup. Kosong. Tiada jiwa. Tiada roh.

Semakin hari semakin teruk. Mujur masih ada manusia sekeliling yang menyedari dan mengambil berat tentang kau. Lebih lebih lagi mereka yang bergelar ibu dan bapa. Tak kenal jemu mereka berusaha menyuntik kembali semangat kau. Berusaha mencari semula keyakinan dalam diri kau yang dahulunya pernah kuat dan tabah memikul harapan ibu ayah. Dan sebahagiannya telah pun menjadi kebanggaan mereka.

Usaha demi usaha tiada putus. Natijahnya kau masih tetap begitu. Tetap terbiar terperosok di bawah.

Tangan tangan yang dihulur kau hanya pandang dengan pandangan kosong. Tak diendahkan.


*hela nafas panjang.


Istighfar dan muhasabah.

Kau berehatlah sebentar. Mungkin kau perlukan sedikit masa untuk tenangkan kabut di hati dan membina semula keyakinan diri kau berdepan dengan kehidupan ini. Mencari dimana silapnya. Mungkin juga kau penat dengan karenah manusia yang jelek.

Titiskan air mata kau andai itu bisa meredakan badai hati kau. Pinjam bahu mereka yang menyayangi kau untuk seketika bagi kau melepas lelah kehidupan yang menghimpit. Luahkan pada yang sudi mendengar dengan harapan memulihkan semangat kau seperti sedia kala.

Kau lakarlah semula plan hidup kau. Adakalanya kita perlu berundur sedikit. Bukan berundur bererti  mengalah dan berputus asa tapi berundur sedikit untuk ambil persimpangan jalan yang lain. Yang kau kira kau mampu melaksanakannya dengan lebih baik. Masa yang sudah berlalu itu bukan satu pembaziran tapi satu pengalaman pada kau sebenarnya. Pengalaman yang tiada pada mereka yang lain. 

Mulut orang?

Ah mulut manusia memang akan terus pung pang pung pang tanpa usul periksa. Terus judge orang itu ini. Mereka tak tahu ape. Persetankan mulut-mulut itu. 


*baling batu kat mulut orang.


Dan ini paling penting. Kau stay close to Allah. Waktu kau diuji begini sebenarnya Dia ingin kau lebih dekat denganNya. Bukan kau marah dan banding-bandingkan kegagalan kau dengan kejayaan mereka yang lagi fasik dan melanggar perintahNya. Mungkin itu istidraj untuk mereka yang lalai. Bersyukur kau tak tergolong dalam kelompok mereka.

Bersabar dan biarlah masa yang menjadi penawar. Lambat laun hati dan fikiran kau akan kembali positif. Semangat dan kekuatan kau akan kembali. Dan aku yakin kau akan bangkit semula.



-Untuk kamu, ya untuk kamu. kamu yang membaca ini.-






Terima Kasih sudi Baca Sampai habis

Suka? Seronok?

9 Suara Anda:

bukankosong said...[Reply to comment]

dasat giler jatuh tuh (dlm gambo)

hidup mmg begini, kdg jatuh kadang tak bole bangun langsung

kita perlu kuat, hidup mmg untuk belajar bg matang

cikya lah said...[Reply to comment]

Ohkeyy.

Tenkiu. Timing tak jatuh mana, cuma terasa dengan so-called member.

Ahh, dah nama manusia, lagi- lagi perempuan. Cakap belakang au gosip rasa macam dah jadi middle name au darah daging.

Penat jumpa manusia gini. Nak lari bukannnya selesai masalah.

Ambil keputusan utk senyapkan diri, kurung dalam bilik.

tenkiu.

cik pha said...[Reply to comment]

semakinn matangg,orang nak joinn geng klntan hahahaa

aimi adilah said...[Reply to comment]

wooo jatoh truk ciot pkcik 2 =)

azs said...[Reply to comment]

Thanks atas nasihat yang membina.. Tapi, bukan mudah untuk bangkit bila melihat kegagalan itu.. Entahlah.. Memang kita akui, itu dugaan Allah.. Namun, kita tak kuat untuk hadapinya.. :(

Cik Jannah said...[Reply to comment]

thanks for this alif!

Iefa Ujang said...[Reply to comment]

gambar over giler . 2 mau jatuh xbngon2 sbb malu kan :D

Zul Fattah said...[Reply to comment]

aku pernah rasa bro.. sakit sangat jatuh ni.. rasa lost .. nak bangun memang tak larat.. bjalan pun rasa macam nak rebah.. masa matrik dulu..

tp rupanya Allah bg semua masalah itu, utk aku ingat siapa aku dan siapa Allah.. Alhamdulillah skrang smakin ok..

Edy Fee said...[Reply to comment]

jatuh masa bila pon..ALLAH sntiasa ade

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top