!!~ SELAMAT DATANG ~!!

"Maaf Seandainya terdapat Kandungan yang berunsur peribadi dan Kurang bermanfaat buat Pembaca. Cedoklah sebanyak mana Kebaikan dan Tapislah segala Kelemahan serta Kecacatan." -admin-

Wednesday, July 4, 2012

Siapa Bilang Gadis Melayu tak Hensem



بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum.




Alkisah bermula pada suatu tengahari, aku masih lagi dalam sesi bekerja. Kerja part time. Waktu ni aku jadi kuli batak Astro  untuk handle registration diorang punya training staff la lebih kurang macam tu. 

Kerja aku tersangatlah susah kalau nak tahu. Perlu dilaksanakan dengan 3 step. Tanya nama, cari nama dalam namelist, record tarikh bila staff tu nak pegi diorang punya training tu. Aku akan ulang 3 step itu setiap kali staff datang untuk mendaftarkan diri. Susah bukan? Susah sangat! Kahkah. 

Oh itu bukan yang aku nak ceritakan sebenarnya. Ceritanya begini, sedang aku sibuk duduk menunggu di kaunter pendaftaran. Aku capai handset dari dalam poket seluar aku. On mp3. Sambil tu mata aku menangkap imej-imej ragam manusia yang keluar masuk lif di lobi wisma tu. Waktu lunch hour kan, memang ramai la. Para smoker turun-turun lobi terus sumbat rokok. Bukan laki je, pompuan juga tidak ketinggalan untuk memeriahkan suasana. Jerebu terus. demm

Sedang asyik aku melihat gelagat manusia, aku dikejutkan dengan kehadiran seorang brader ni bersama rakan-rakan wanitanya. Fuh style brader ni wa cakap lu. Rambut pacak, muka jambu, baju seluar branded. Cara pemakaian macam artis laki zaman loni. Aku lihat nametag astro nya sudah aku dapat tangkap tujuan dia datang meja kaunter. 

"err dik, ini pendaftaran untuk training staff astro ye ?" brader tu bersuara. Eh jap apesal tona suara dia cenggitu. Hatiku mempersolkannya tapi tidak terucap di mulut.

"yup bro. err nama bro?" tanyaku sambil menyelak namelist di atas meja kaunter. 

"Suhaila binti kamarudin", jawabnya ringkas. 

erk.. 

*facepalm dalam hati.




**************

Aku usha dia balik bila dia berlalu pergi. Serius kalau korang nampak pon mesti korang fikir dia berjantina lelaki jugak. Semua ciri-ciri kewanitaannya takda. Tapi aku perasan satu ciri kewanitaanya. Halkum takde. kbai.



p/s : Suhaila nama olok-olok dalam cerita ini.







Terima Kasih sudi Baca Sampai habis

Suka? Seronok?

31 Suara Anda:

Bui Junaidi said...[Reply to comment]

HAHAHA..MCM2 RAGAM KAN..^_^

mimie saienie said...[Reply to comment]

hahahaha lawak.. pengkid kot .. ada alah retis korea x ?

Akem said...[Reply to comment]

tak try ke?
mana tau kot2 kau boleh memperempuankan dia balik?
hahahaha

anyss said...[Reply to comment]

Assalamualaikum,
Hu hu hu skrg ni musim tukar2 jantina ek?

napalah tak puas ati dgn jantina sendiri?

the malay male said...[Reply to comment]

krisis identiti..huhu

Ulya said...[Reply to comment]

erkk ?
mcm2 manusia zman sekarang sdgkan haram prempuan mnyerupai lelaki an sebaliknya .
semoga dia sedar dan brubah suatu hr nnti .

anif abdullah| AA said...[Reply to comment]

tak mintak nombor phone? hahahaha

Muhammad Saiazuan Norhalik said...[Reply to comment]

adehhh

anamizu kaito said...[Reply to comment]

HENSEM dak dia?? =P






Luv,
cik ana

hara said...[Reply to comment]

ahah. kantoi disitu. tp kadang2 org2 camni nmpak lg hnsem drp lelaki tulen. ops.

Edy Fee said...[Reply to comment]

kahkahkah kalau aku dah terkedu kat situ.uhuhuk

Nurulee said...[Reply to comment]

Gaya dress up macam brother je. Nama dia serupa dgn nama cikgu Ee. Ehee =D

Tinta Lana said...[Reply to comment]

Salam alif :)

Hehehe, aku dapat rasakan betapa 'hensemnya' gadis itu smpai ko gagal bezakan asal usul jntinanye,heh3.

#hehe, alif..mestilah lana dah berubah..alif pn tau kan, lama lana benti blog ri tu..bila dah comeback ni, lana rasa, lana lagi tahu pa yg lana nak dalam dunia blog.. :)

nik rosmawati said...[Reply to comment]

la salah bro la ni..huhu
manusia ni mcm2..nak ubah apa yg dah Allah bagi elok2.

cik nAdyYa ツ said...[Reply to comment]

hadoii..
terus teringat kat membe sy yang tomboy >.<

aqmalazmi said...[Reply to comment]

nak kenal ! nak kenal ! nak kenal dengan bro Suhaila binti kamarudin.. ahhaha

najihah sahami said...[Reply to comment]

haha..bro suara kepit. halkum pun ditelannya. sebab tu tak de.

kah3..kalau la nama pun boleh ditukar sesedapp rasa macam tuka dress up tu...mmg xtrjangka la dia pompuan.

Miss Nieyna said...[Reply to comment]

hahaha . . . dress up da totaallllyyy cam laki
sekali nama perempuan , mmg tak tahan nak gelak baca entri ni . .
awak tu terer jugak , siap guna bro2 lg ,
mmg dia pun tahan malu jugak lps gtau nama tu . .
hahahaha

ms teyn teyn said...[Reply to comment]

biasa la dunia akhir zaman.hehe

Siti Arfah said...[Reply to comment]

uyoo . mmg hensem ! haha . aduhai manusia2. Yg laki nk jd ppuan, ppuan nk jd laki. Nauzubillahiminzaliq la kta trjebk dgn prkra2 cmtu. Perlu brsyukur apa adanya kn alif? :)

antaraSenyap said...[Reply to comment]

macam2 orang zaman sekarang.
aku pun heran kepala bersarang.

Iefa Ujang said...[Reply to comment]

haha . ayat last xley bla . halkum xdek . dunia akhir zaman ni mcm2 . sebok nk jd transformer . kih3

Teenager Housemaid said...[Reply to comment]

hahahaha...

saya pun pernah jumpa wanita yang mula2 saya ingat lelaki..
rupa2 nya...
-_-'

Bengkel Bangun said...[Reply to comment]

Melawat blog ssahabat.....

eyjalukman said...[Reply to comment]

aduhai , klu dah pnggil brader , maka dy pn nmpk macho mcm brader2 gak lahh kan ? erkkk =='

zaty luvlianncezzz said...[Reply to comment]

tak ikut fitrah ni pyh . huhu

ϟ Zeera AzZahra said...[Reply to comment]

mungkin beliau sedang berlatih berlakon.. utk lebih menghayati watak katanya.. heheh.. :p

cucu umie said...[Reply to comment]

ok terlampau banyak sgt ragam manusia.. uishhhhh

Tinta Lana said...[Reply to comment]

Selamat berpuasa Alif! Terima kasih na sebab singgah blog lana, walaupun kita terpisah lama dulu,hak3 ^_^

Mudah2an, puasa kali ni lebih bnyk amalannya berbndg thn2 sblmnya..sama2 berusaha..insyaAllah ^_^

#sedor tak sedor, ni posa kedua kita sbg rkn blogger ye dak? hee.. >_<

fadh leyanie said...[Reply to comment]

dunia akhir zaman...-.-

lynndAmya said...[Reply to comment]

entry best ! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
back to top