بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Hi guys, most of you are in exam mood right, especially for those yg study di IPT di Tanah Melayu ni kan. Ni aku nak cakap sikit. Aku nak meluahkan sedikit kemusykilan yang tetiba menusuk kalbuku. Ini based on my observation to my surrounding la, bukan hanya tuduhan semberono.
Ada segelintir hamba Allah itu aku lihat bila exam dah dekat gini, baru lah nak capai sejadah. Nak doa banyak-banyak. Baru nak buat solat hajat. Baru nak capai Quran. Before ni aku rasa barang-barang macam sejadah, Quran dah naik berhabuk dek "kerajinan" dia menggunakannya. Tapi tak tahulah mungkin dia solat dan baca quran waktu aku tido. Aku tak perasan. Harapnya begitulah. Bersangka baik lah ye tak ^^
Tapi seandainya tidak. Astaghfirullah. Tak rasa bersalahkan dia pada Allah. Ibarat dia hanya memerlukan Allah dikala susah. Waktu senang, waktu lapang. Dia lupa Allah. Tak sedarkah dia setiap nikmat yg dikecapinya itu pn pemberian Allah. Tak rasa bersalahkah dia pada Allah. Tak rasa malukah dia pada Allah. Memohon meminta merayu padaNya sedangkan before ni dia tak rapat pn pada Allah. Tidak terasa hinakah diri itu. Sedangkan Allah senantiasa memberi pada dia, nikmat hidup, nikmat tido, nikmat sihat, nikmat itu nikmat ini tapi dia tidak pun menunjukkan yang dia hamba Allah yang bersyukur.
Jadi janganlah dia salahkan Tuhan pula bila result exam dia macam pfffttt. Jangan merungut kenapa Tuhan tidak kabulkan permintaan dia. Janganlah rasa your life is sucks ! Semuanya berpunca daripada diri sendiri. Berusaha untuk berubahlah andai mahu mengubah hidup.
Bukan aku tidak menegur. Tapi rasanya berbuih jugaklah mulut aku macam orang kene sawan dok ajak dia tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Tapi mungkin hidayah itu tak sampai. Terpulanglah. Aku dah nasihat, lepas tanggungjawab aku sebagai seorang saudara seIslam dia. Selebihnya itu tanggungjawab dia untuk terima nasihat ataupun tidak. Jangan sampai main tarik-tarik kaki orang kat neraka sudahlah. Aku taknak. Siapa nak masuk neraka ye tak. Hanya mampu berdoa agar dilembutkan hatinya.
Bukanlah bermaksud aku ini pak ustad, budak masjid, budak warak, Tak jugak. Aku hanya budak lelaki biasa yang sering melakukan kesalahan. Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha menjadi lebih baik. Dan aku beriya-iya story mori kat korang ini bukan untuk mengaibkan sesiapa. Kepada kawan-kawan aku, "dia" ini bukan kawan bilik aku. Aku cerita ni secara generally. Siapa yang makan cili, beliaulah yg terasa hot & spicy nya. K bai
p/s : Sejak akhir-akhir ni aku suka guna "K bai" . Mungkin ini jangkitan virus cik pha.
20 ulasan:
mana keikhlasan tu? hmm
manusia memang sangat dekat dengan penciptanya bila dia dalam kesusahan.
salam
tulah, bagaimana ALlah nak bantu kalau selalu lupakan Dia. Waktu susah je ingat
so adek2 yg exam tu,ingat na pesanan alif haris tu,jgn ingat Allah tyme susah je...tyme senang pon kena ingat...
Innallaha ma'ana
setuju . mase tu , baru pandai nak berdoalah , aduhh
cari sejadah pun klu tak blaja tak bleh gak.. hehe
waa.. gud luck2 :D
ibarat macam bila dalam kesusahan..baru nak minta tolong..huhu
penah dapat kawan sbilik macam ni, yang langsung tak solat, baca Quran apetah lagi...masalahnya time exam pun sama je, langsung tak cari sejadah ke ape..adoilaa,last2 tukar rumet...diorang ni memang tak takut Allah kot...harap2 diorang dapat hidayah nanti..amin....
aha.. betul la tu, saya setuju.. (:
bnd nie jadi gak kt roommate adwa..haihh adwa x tau nk tegur mcm mane :(
MANUSIA NI MMG MCM TU,BILA SUSAH BARU NAK INGAT ALLAH..(KDG2 KAK BUI PUN MCM TU..HUHUHU..)
KENA BERUBAH SUPAYA JADI LEBIH BAIK LEPAS NI..
mmg selalu macam tu.. bnyk berlaku..
betul,,ingat Allah bila2,,dima na saja,,
tp oklah,,ingat jugak dia nak mintak tolong kat Allah..
ada yg nak exam pon,,selamba je..cmne?
huu.. nk komen tapi kalu komen pnjg sgt karang boleh buat en3.. huhu.berusaha lah mengajak dia kearah kebaikkan..
Jom baca kejap =)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html
manusia lupa Allah bila dia senang...bila susah baru nak menangis tengedek telentang mintak tolong.
salam.alif,thanq untuk peringatan..akak xlama lagi nak exam..wa..cuak2..-((
bila tak rasa solat tu amanah dari Allah..camnilah jadinya kan.
haaa...tau xpe...kebanyakkan student sekarang macam tu la...masa exam baru sedar Allah wujud...kalau x...heh~
alhamdulillah awak ada inisiatif nak tegur. terpulanglah pada mereka pulak nak ikut ke tak kan. harap mereka akan sedar jugak suatu hari nanti.
Catat Ulasan