Jumaat, 18 Mac 2011

Surat berantai boleh menjejaskan aqidah ...


                                                                                  ::: بسم الله الرحمن الرحيم :::  
                                  
Hari ini aku nak share something ngn u all. 
Tujuan bukan untuk menyindir sesiapa tetapi hanya mengingati saudara sesama Islam :)
ermm pernah tidak kalian mendapat surat / email / mesej yg berbunyi :

Assalamualaikum, 
INGATLAH APABILA ANDA MENERIMA WASIAT INI, JANGANLAH DIBIARKAN ATAU DIABAIKAN DAN NIAT ANDA MENGEDARKAN. 


WASIAT INI ADALAH KERANA ALLAH, DAN BUKANYA TAKUT TERHADAP BENCANA YANG AKAN MENIMPA. 


WASIAT UNTUK UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. 


Daripada Sheikh Ahmad - Madinah, Saudi Arabia, pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasullullah s.a.w . selepas hamba membaca lalu tertidur. dalam tidur, hamba bermimpi Rasullullah s.a.w. mendatangi hamba lalu bersabda:- 


Dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini, tak seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman. 

1. Isteri tiada mendengar kata-kata suami, 

2. Orang kaya tidak lagi bertimbangrasa kepada orang miskin. 
3. Ramai yang tidak berzakat dan tidak lagi berbuat 
kebajikan. 


Sampaikan kepada orang-orang Islam ini, supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan akan tiba di mana:- 


1. semua bintang akan terbit dari langit, sesudah itu pintu langit akan tertutup. 
2.tulisan dalam Al-Quran akan hilang. 
3.Matahari akan turun di atas kepala. 


Pesan Hamba :- 


1. berselawatlah untuk junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w 
2. bertaubatlah dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka. 

4. janganlah derhaka kepada ibu-bapa. 


Untuk peringatan !! 


1. seorang saudara bombay telah menerima wasiat ini dan beliau telah mencetak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Ia kemudia dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan besar dalam perniagaannya. 


2. seorang hamba Allah telah menerima wasiat serupa tetapi tidak mengindahkannya dan menggangap wasiat ini adalah palsu, maka selang beberapa lama anaknya meninggal dunia. 


berdasarkan surat atau mesej diatas ini , sesiapa yang tidak mengendahkan mesej ini akan mendapat bala dan musibah dan jika sebaliknye mereka akan mendapat rezeki yg melimpah ruah...

surat berantai seperti ini sebenarnya boleh menjejaskan aqidah para muslim dan muslimat kerana ia akan menjejaskan kepercayaan dalam diri tentang kekuasaan Allah. 
Ia akan menjejaskan keyakinan kita bahawa Allah saje yg berhak menurunkan bala dan rezeki .
semua itu datang drpd Allah..

sememangnya isi dan content surat ini menyuruh kita kepada kebaikan tetapi silapnya hanya pada amaran tentang jika kita mengabaikannya  . cukuplah sebagai ilmu tetapi jgnlah taksub kepada amarannya jika mengabaikannya ...

p/s : tazkirah buat teman2 dan diri penulis sendiri =)


1 ulasan:

Alif berkata...

thats rite...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...