بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
Zaman kini, bila kita sebut
dan bercakap tentang Cinta / In Relationship dengan kebanyakan remaja, dalam
fikiran mereka akan membayangkan sepasang laki dan perempuan yang sedang
bercinta, kerap kali bertemu (Dating), selalu borak panjang-panjang, selalu tengok
wayang berdua. Kalau berborak dalam fon tu, kalau boleh 24 jam telefon tu
melekat di telinga.
Aku menulis ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku.
Aku juga sebenarnya dalam golongan remaja masa kini yang sedang melangkah ke
alam dewasa. Jadi aku tahu apa yang remaja rasa dan aku kenal kawan-kawan
sebaya aku itu bagaimana mereka berfikir. Mungkin sekarang ada yang menafikan
aku. Yang sedang bermonolog "Aku tidak begini". Jika ada
Alhamdulillah. Ya setiap orang ada prinsip yang tersendiri tentang perihal
CINTA ini. Tapi biarlah pegangan kita itu tak lari daripada landasan Islam.
Pada aku, bila mana kita sedang In Relationship, tak
semestinya kita perlu update setiap
aktiviti kita pada pasangan, tak semestinya selalu berjumpa, tak semestinya
perlu bergayut berjam jam tiap malam, tak semestinya ucap I Love U &
Goodnite tiap malam sebelum tidur, tak semestinya perlu kita hebohkan hubungan
kita kepada public .
Contoh paling mudah, Si Fulan is In Relationship with si Fulanah di facebook.
Sebab pada aku buat apa kita hebohkan hubungan yang belum lagi sah. Hubungan
yang belum pasti lagi masa depannya bagaimana. Jadi seandainya tiba-tiba break, siapa yang malu dan sedih. haa.
Tapi tidaklah aku maksudkan disini untuk tidak berhubung langsung sepanjang
waktu kita belajar. Berhubunglah sekali sekala bertanyakan khabar, jaga batas
pergaulan dalam percakapan mahupun pertemuan mengikut cara Islam.
Ada juga pasangan yang mengambil keputusan untuk mengikat
tali pertunangan dahulu semasa belajar. Itu juga tindakan yang bijak tetapi
itupun seandainya kedua-dua pihak tiada masalah. Kerana ibu bapa kita semua tidak
sama pemikirannya. Mungkin ada yang menyuruh untuk habiskan belajar dahulu.
Ataupun kerja dahulu baru fikirkan hal berumah tangga.
Sama seperti aku yang ibu bapaku menyuruh aku supaya jadi
manusia terlebih dahulu sebelum memikirkan hal rumah tangga, Pada aku cukuplah
kedua-dua pihak mengetahui tentang perasaan pada pasangannya. Cukuplah kita
bekalkan keyakinan pada pasangan masing-masing. Kalau betul dia sayangkan kita,
dia akan setia walau jasad terpisah beribu batu sekalipun. Sebab itu ada orang
cakap cinta jarak jauh itu lebih terjaga dan manis sebenarnya. Jadikan
waktu kita terpisah itu waktu untuk kita improve diri
menjadi lebih baik. Jadikan waktu kita terpisah itu untuk kita concentrate dan fokus terhadap apa
yang kita kerjakan sebagai contoh belajar ataupun kerja. Jadikan waktu kita
terpisah itu untuk kita mempersiap siagakan diri untuk menjadi imam buat kaum
Hawa. Jadikan waktu kita terpisah itu untuk kita timba ilmu sebanyaknya, kepada
yang rasa ilmu fardhu ain nya masih cetek, inilah masanya untuk kita belajar.
Lebih-lebih lagi buat kaum Adam. Anda bakal menjadi seorang ketua keluarga
kelak. Dan bagaimana hendak memimpin keluarga kalau diri sendiri masih lagi
lintang pukang dalam perkara-perkara asas fardhu ain.
Kelak bila mana diri itu merasakan cukup bersedia untuk
menanggung kaum Hawa, jumpa lah ibu bapa si gadis, nyatakan hasrat hati untuk
mengambil anaknya menjadi isteri yang sah. Seandainya tiada aral melintang,
pinanglah dan nikahilah dia dengan Bismillah dan Hiduplah kalian berdua berbahagia
sebagai pasangan suami isteri yang sah till jannah. InsyaAllah.
p/s: In Relationship itu tidak perlu berhabis kredit tiap
malam, tidak perlu berhabis duit tiap hujung minggu, tidak perlu declare
"in relationship" with..... in facebook- yang penting hati J
16 ulasan:
wa'alaikumussalam. perkongsian yang bagus. :)saya suka ^^
Betul,sy setuju dgn pendapat dan pandangan Alif.. Cinta ini, tak perlu nak publish sgt, yg penting, kita, Allah dan family tahu pun dh cukup.. Setakat nak luah rasa, boleh kot tpi, berhati2 dlm setiap bicara.. InsyaAllah,bila ikatan dah termeterai, kita tak perlu publish pun, org dah tau.. :)
complecated
agree, in relation ship can also means ready for big 'tanggungjawab'
tak perlu diheboh tak perlu dikecoh,
cinta padaNYA memang diam didalam hati =)
betul tu dek..yang penting hati masing2 :)
alif...alif dah matang. hehe. suka entry alif ni. matanggg.
really nice entry. love reading it =]
yes , hati paling penting (:
banyak betulnya apa yg saudara katakan ni :)
in relationship itu x perlu heboh bila da halal tu yg patt hebahkan :D
berhabis duit utk org yg belom tentu jd hak milik kita sgt membazir rasanya. hhmmm tp itulah hakikatnya zaman skrng kan?
mudahan kita terpelihara lah dr melakukan bnd2 yg melalaikan ini :D
wah....:)
dengan itu semoga terpelihara relationship2 kita semua ye alif..
terkejut baca description tu..hehe..tak berapa nak rajin ye...:)
pendapat ain pulak, x perlu kot bercinta2, sb jodoh da di tetapkn da pon, kalau ade relation ni konform buat maksiat, so..x yahla ade relationshipp.. hee :)
Penulisan kau semakin matang kawan.. ;)
Sokong sangat kata² kau.. Sekarang ni kalau ditanya pasal cinta, cinta sesama manusia je yang ramai tau sedangkan cinta kepada Pencipta itu paling utama, kemudia Rasul, baru sesama manusia..
Buat apa nak cemburu bila tengok couple sedang hangat bercinta kalau benda tu diharamkan Islam.. Kan Lip?
Salam.selagi masih single ni,gunakan masa single sepenuhnya memperbaiki diri..Akak rasala,bersabar dulu..kalo ade jodoh tak ke mana,tapi kalau takut hati ni violate logic akal,jadi teruskan dengan ikatan yang sah.Pasal update status tu kan,sedang suami isteri pun ada perihal sulit yang tak patut dikongsi di public(kecuali niat pembelajaran,etc) inikan pula ikatan yang xsah perluke digembar-gemburkan..fikir-fikirkanla..
sounds cool.
hati: hati-hati
Catat Ulasan