بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..
Peristiwa kemaluan besar ini terjadi sewaktu perjalanan aku pulang ke kampung halamanku.. Tapi ini bukan sambungan kepada cerita
Lappy Rosak dan Awek Comel di Plaza Lowyat tau, ini cerita lain.. Cerita tu awek comel tu yang malu, kali ini aku yang TERmalu besar !
*************************************
Macam biasa, aku akan naik Tren KTM untuk pulang dari kampus ke rumah aku,, waktu zaman aku muda-muda dulu aku tak tunggang motorcycle pergi dan balik dari kampus ke rumah aku.. Sekarang ni je bila dah senior sikit, tunjuk taring naik motor masuk kampus walaupun tak dibenarkan ! Ye, aku akui aku bukan budak baik tapi bukan jahat, Nakal sikit je.. =)
Lokasi di stesen KTM Bank Negara....
"Mana la tren ni tak sampai-sampai lagi, batang hidung pn tak nampak (*tren ada hidung ke)" keluh aku sendirian sambil duduk di bangku panjang.. Sebelah aku ada seorang awek melayu, dia tengah main-main mesej sambil tersengih-sengih sendirian,, Tampak sedang bahagia sungguh dirinya,,
"Eleh, Mesti nak tunjuk yang boifren dia mesej la tu," hatiku menganjing .. Tapi sebenarnya terbit sedikit rasa jealous di hati sbb aku takde girlfren.. HaHa! Jadi malas aku nak kacau,, kang terpikat kat aku naya, boifren dia tetak aku nnt.. Takutnyeee !
Setelah berjanggut aku menunggu, akhirnya berjaya juga tren tu menunjukkan dirinya, alhamdulillah,, Setelah pintu tren dibuka, ramai lah orang berebut-rebut masuk dengan memegang prinsip "fight for the seat"..
Aku relax je.. Bagi la Ladies masuk dulu kan, malas nk rebut-rebut main body contact, kang aku dituduh mencabul pulak.. Aku masuk coaches tengah dan Alhamdulillah aku dapat tempat duduk, inilah berkat kesabaran dan mendahulukan kaum wanita dan anak kecil.. Haa Nampak tu.. Baik kan aku..
Seperti biasa, hobi aku bila dalam tren aku suka dengar mp3.. Dengar lagu sambil tengok pemandangan kan.. Fuuhh nikmat giler wacakaplu~
 |
layaaan~ |
******************************************
"Stesen KL sentral,,, KL sentral " sayup-sayup kedengaran suara yang menyatakan bahawa kami telah pn sampai di KL sentral..
Aku buka mata, aku terlelap rupanya, padahal jarak antara KL sentral dengan Bank Negara tak jauh pn.. Jarak 2 stesen je.. Haha tak sangka aku mempunyai keupayaan untuk tidur sepantas itu,,
Aku membetulkan kedudukan aku, beg balak aku letak kat kaki, beg sandang kupegang erat sebab aku tahu kat KL sentral ini lah akan terjadi satu pergelutan besar antara para pemegang prinsip "fight for the seat".. Mampat lah tren ni mcm sardin gamaknye.. Huhu
Aku cuba untuk lelap semula sambil melayan mp3 yang tersumbat di telinga aku, Tapi sayup-sayup kedengaran tiupan wisel... "Bising betul lah," aku mengeluh sambil cuba untuk mencari siapakah gerangannya yang main-main wisel kat tren ni.. Huh!
Kelihatan seorang polis wanita berbangsa India sedang tiup-tiup wisel kat luar tren sambil marah-marah..
 |
sekadar hiasan |
"Nasib baik kau seorang polis, kalau tak aku dah sound kau dah tau tak, " getus hatiku.. Aku duduk semula.. Cuba menenangkan keadaan dengan melayan lagu-lagu ST12..
Sambil layan mp3, sambil aku tengok gelagat para penumpang keluar masuk, kelihatan ramai penumpang lelaki keluar dari coaches yg aku duduk tu.. Pelik juga, kenapa ramai kaum adam keluar...
"Ah, lantak lah diorang, memang diorang semua nak turun kt KL sentral agaknya," aku buat acuh tak acuh... yang penting lagu yang aku tengah layan tu best.. Aku cuba untuk lelap mata semula..
TAPI.... aku terasa diri aku sedang menjadi tontonan ramai, macam la aku ni ada iras-iras artis ke hape.. Aku bingkas bangun dan aku mendapati hanya aku seorang sahaja kaum adam yang berada dalam coaches tu ..
Aku lantas mencabut earphone yang tersumbat di telinga aku dan aku dengar jeritan polis india itu yang menyuruh aku keluar dari coaches tu supaya berpindah ke coaches sebelah..
Aku pn dengan muka setebal 1 kilometer aku agkat barang-barang aku dan berjalan keluar dari coaches tu.. Kedengaran suara gelak kecil di kalangan kaum hawa.. Ye So Funny haa ! Aku persetankan saja semua tu..
Setelah aku berjaya melepasi rintangan dan halangan gelak ketawa mereka, aku usha muka polis wanita India tu, Perghhh !! Muke sumpah bengkek gilerr dengan aku.. Mungkin hatinya panas kerana berbicara dengan si tunggul tadi.. Aku lah tu.. hahaha
Faham-faham la, kalau aku dah layan mp3 memang susah nk dengar orang cakap ape.. Orang sebelah ngumpat pn aku tak tahu.. HaHa .. Nasib engkau la polis.. Bercakap dengan tunggul..
Aku terus berlari ke coaches sebelah tanpa menoleh seorang pn daripada kaum hawa semua tu.. Aku sedar ada mata-mata yang memerhatikanku seolah-olah aku ini seorang badut atau pelawak yang diupah untuk buat lawak dalam tren !!
Sumpah aku TERmalu giler beb ! hehehehe :D
Tapi itu tetap bersyukur sebab peristiwa itu menjadi pengalaman dan pengajaran pada aku agar lainkali naik tren mesti masuk coaches tepi.. JANGAN masuk coaches tengah sbb tu kaum hawa yang conquer..
Lagi satu pengajaran, Jangan dengar mp3 dalam tren.. HAHAHA
-the end-
p/s: Peristiwa ni berlaku sewaktu awal kempen pembahagian coaches antara ladies and guys yang dilancarkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)