Sabtu, 27 Ogos 2011

Kita Bernafas dengan Nyawanya

::: بسم الله الرحمن الرحيم ::: 


Assalamualaikum..


            Bersempena Ulangtahun Hari Kemerdekaan negara kita pada tanggal 31 Ogos ini, aku ingin berkongsi sedikit tentang cerita salah seorang pejuang Negara kita iaitu Leftenan Adnan.. Kisah perjuangannya adalah antara kisah perjuangan yang masyhur kerana keberaniannya berjuang sehingga ke titisan darahnya yang terakhir..


Siapa Lt. Adnan ?


Leftenan Adnan atau nama penuhnya Adnan b Saidi.. Beliau merupakan anak kelahiran Kajang , Selangor.. Dilahirkan pada tahun 1915.. Beliau merupakan anak sulong dalam keluarganya.. 

Adik-adiknya Ahmad b Saidi dan Amarullah b Saidi juga merupakan anggota Tentera.. Dah macam cerita Saving Private Ryan kan.. 





Pencapaian Dalam Ketenteraan..


Mula masuk Tentera pada tahun 1933 pada usia 18 tahun.. Dan kemudian beliau diserap ke Rejimen Askar Melayu.. Dipilih sebagai Rekrut Terbaik.. Pada tahun 1936, Dilantik ke pangkat Sarjan.. 




Pernah mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI sebelum dinaikkan pangkat ke Kompeni Sarjan Major (KSM) dan dihantar ke Singapura bg menjalani kursus latihan pegawai..





Dan dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda selepas tamat kursus latihan dan dilantik menjadi ketua platun ke-7 , kompeni C.. 



Ketika Diambang Pertempuran

Pada Akhir 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Singapura dan membawa keluarganya bersama-sama tinggal di rumah besar yg dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu di Pasir Panjang,..

Apabila berita peperangan dunia ke II semakin hampir, Lt. Adnan menghantar keluarganya pulang ke kampung mereka di Kajang.. Ketika itu isteri beliau, Puan Sophia Pakih Muda sedang sarat mengandung anak mereka yg ketiga.. Dan ini merupakan kali terakhir mereka bersama..



Jepun Membedil Pasir Panjang



Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun yang handal bawah kendalian Lt.Gen Renya Mutaguchi menumpukan perhatian mereka kepada persisiran Selatan Singapura (Permatang Pasir Panjang) ..





Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil bertalu dengan sokongan udara , mortar berat dan bedilan meriam.. Kompeni "C" kendalian Lt.Adnan yg ketika itu menduduki pertahanan Pasir Panjang telah memberikan tentangan sengit sehingga menyebabkan tentera Jepun terpaksa berundur..




Pertempuran Bukit Candu

Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni "C" menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru, Bukit Candu.. 

Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke bawah pimpinan Lt. Adnan itu menjadikan jumlah kesemuanya seramai 42 orang.. Mereka mengukuhkan pertahanan dengan benteng beg pasir disekeliling kawasan bukit tersebut..

Pada petang 14 Februari , Jepun melancarkan serangan helah dengan cuba mengelirukan pihak kita.. Tetapi oleh kerana Lt. Adnan bukanlah calang-calang orang, serangan helah pihak Jepun telah dipatahkan oleh  beliau dan orang-orangnya..

2 jam Kemudian, pihak Jepun meradang lalu melancarkan serangan besar-besaran dengan sejumlah tentera yang ramai.. Serangan itu telah menumpaskan Lt. Adnan dan tenteranya.. Dengan keadaan kekurangan bekalan peluru dan bilangan tentera yg jauh lebih kecil berbanding jepun, mereka berjuang hingga ke titisan Darah Terakhir..


Namun, Kompeni "C" kendalian Lt. Adnan yg hanya berjumlah 42 orang itu telah berjaya menumpaskan lebih daripada 800 tentera Jepun.. !! 



Kematian Seorang Pejuang




Menurut Korporal Yaakob yg mendapat pingat keberanian Medal of Gallant,  yg juga merupakan salah seorang tentera pimpinan Lt. Adnan yg terselamat dalam tragedi itu mendakwa bahawa Lt. Adnan diseret sebelum diserkup dengan guni oleh tentera Jepun.. Dan kemudiannya kaki Lt. Adnan digantung pada pokok ceri ..





Akibat meradang kerana ramai tentera Jepun yg terkorban , Lt. Adnan yg tergantung di pokok itu telah ditikam dengan bayonet berkali-kali sebelum lehernya dikelar.. Mayat Lt. Adnan juga dibakar menjadi abu! Pffftt ! Kejam.. 


********************



"Lt. Adnan Saidi telah terkorban, namun Malaysia dan rakyatnya bernafas dengan nyawanya"


*ambil ayat dari entri Syarifah Sidrus





p/s : Al-Fatihah buat arwah Lt. Adnan dan juga para Pejuang Malaysia yg lain yg beragama Islam yg telah terkorban selama mana berjuang mempertahankan keamanan Malaysia kita ini..
*Tabik hormatku ini khas buat Tuan Adnan




80 ulasan:

ZWAN SABRI berkata...

Aiseyh, dah macam blajaq sejarah da bila baca entry nii..
tp bagus2..
erm, klaw x kerana Lt Adnan, maybe kita x mampu nk idop senang lenang macam skang.. ;)


MySuaraBlog: Golongan Apakah Kita?

Abu Bagi berkata...

wah fakta..blh jadi sumber rujukan ni hehehe..LT. Adnan adalah hero..

Tanpa Nama berkata...

perghh , terase sebak gua bace !

nurathirahkaman berkata...

sejarah pagi pagi...mmang terbaik der..:)

thanks for the info...

Unknown berkata...

sungguh besar perjuangan leftenan adnan..semoga pergorbanannya menjadi iktibar bt rakyat malysia mase kita spye bukan mudah mengecapi keamanan..

syarifahsidrus berkata...

wah...glamer..keh3..

betul2, tanpa pejuang2 negara tu, kita takkan dapat apa yang kita peroleh hari ni. bila rasa nak mewah2 n nak memberontak ke, kita kena tengok balik perjuangan tu, baru kita insaf sikit

Unknown berkata...

besar pengorbanan pejuang tuk tanah air,,merdeka, sedih juga baca kisah ni..pemergian tiada penganti..al fatihah tuk arwah

Anif Abdullah| AA berkata...

al fatihah..

sama-samalah kita hargai keamanan negara :)

Asyila Zainuddin berkata...

ohh.. sejarah.. hehe.. selamat hari merdeka!

Fairuz Zainal berkata...

sumpah sejarah aku dapat b3 je mase spm. hahaha kbai :D

Unknown berkata...

al-fatihah....

Unknown berkata...

ish....
skitnye kne tikam2 pstu kne bakar...
beliau mmg hebat..


ko nih ad smgt patriotik jgak kan??
hehehehe

Tanpa Nama berkata...

wahh ena minat giler arh lt. adnan :P

Aimifiqa berkata...

Al-fatihah,. Jasanya memang sangat kita perlu hargai

Unknown berkata...

bayangkn klu semua ada smangat mcm lt adnan time tu.. msti jepun brpeluh nk takluk tanah melayu

Izzaty Ishak berkata...

Ya Allah mulianya Lt Adnan. Tapi tentera Jepun sangatlah kejam bunuh Lt Adnan dengan cara sungguh menyayat hati. Keji sunggguh!

Unknown berkata...

kita ptut mengenang jasanya sebb klau takde pjuang mcm beliau, mesti kita xkn hidup senang mcm sekarang..

cik pha berkata...

alfataihahh..kau mengingatkan aku sejarah time form12345 hahaha kau layak ni jadik cg sejarahh layak2

kotak bulat berkata...

belajar masa sekolah dulu.. kb suka movie pasal dia.. :)

Aisyah Aina berkata...

aku memang semangat nak sambut merdeka je....sambut raya tak kisah pon...haha

K berkata...

jasamu dikenang sepanjang masa :)

jom join kempen beri duit raye :P

Ainsha berkata...

al fatihah. baca entry pakcik lebih feeling drpd tngok movie sbnar.

Tanpa Nama berkata...

allahuakhbar!!!! malaysia merdeka....Leftenan Adnan ttp dikenang sehingga sekarang....^.^

sayakayrulez berkata...

jgn bg negara kite di jajah lgi..
prtahankan!

Fathiah Hamim berkata...

bangga jadi rakyat malaysia! =D

semutsengal berkata...

Errr,


aku suka jugak baca kisah dia ni, kalau tengok muvee dia pun sayu je kan.



ummmpph.

Jue berkata...

Tabik utk entry kali ni, sbb byk blog tgh cecite psl raya (tmasuk Jue & Hanie hihi)

Sejarah itu kdg2 beri inspirasi & ksedaran pd kita btapa kita ptt bsyukur dpt idup aman & damai kat negara sndri

Zul fattah berkata...

Tabik hormat untuk Lt.Adnan..
Al-Fatihah..

Alif, kalau ko nk tahu..cite2 aku ialah pegawai tentera.. haha..sudh 3 kali aku g temuduga.. tapi..?
arghh..mlas aku nk cite sini..huhu

Unknown berkata...

aku macam tgk majalah 3 :P

Rtp Farra Arisha berkata...

iya, mereka semua pejuang yg pantas diharagai oleh setiap insan..besar jasa mereka kpd bumi malaysia :)

Wanie berkata...

dalam buku sejarah dulu pun xde info camni..hehe..selalu mase merdeka mesti akan ade cite leftenan adnan ni kan..

ieza ashaari berkata...

kejamnyer dorg buat camtue.. kita kena bersyukur dengan apa yg kita kecapi skrg..

Unknown berkata...

oh sejarah..tanpa pejuang camtuh mmg takde lah malaysia aman mcm sekarang..kan alif? :D

pak ostad dah jadi pensyarah sejarah lah..hehe :D

salam lebaran ye alif ~

ILA HonEyBuNNy berkata...

alhamdulillah...kita patut hargai perjuangan kita dahulu kan...

al-fatihah untuk semua...

selamat hari raya dan selamat merdeka..;)

terpatrisinarabadi berkata...

tabik spring kt alif sbb rajin korek sejarah dulu2 & share info kt cni.... :P

shamyheart berkata...

Ya, pejuang dahulu yg mmberikan kita nikmat kemerdekaan ini. Setuju sgt, kita bernafas dgn nyawa mereka.

Tabik hormat..

Chan berkata...

sedekah Al Fatihah buat mereka semua. Perjuangan Left Adnan dan yang lain semuanya bermakna bagi kita :)

[sutera kasih] berkata...

terima kasih kpd para pejuang tanah air kita...semoga roh mereka dicucuri rahmat..tanpa pengorbanan mereka, tak mungkin kita dpt menikmati hidup yg aman damai sekarang..

YouSOF berkata...

Kalaulah masa sekolah dulu cikgu bercerita dengan gaya sempoi macam ni kan bagus..


Terima kasih infonya Lep. Sedih bila ada manusia 'bijak' yang nak mengorbankan keamanan yang dicapai dengan pengorbanan nyawa yang banyak macam ni..

Fyza Lovato berkata...

thanks cerita. sy xtawu sgt pon pasal dia ni. sekarang dah tawu. semangat patriotik betul kan. :)

hamzah ian berkata...

semua nak raya, merdeka tu.. hehe

Karya Hati berkata...

salute untuk mereka yang berjuang, tak kira pada masa dahulu atau kini.!

Terbelog berkata...

hebar betul
pejuang syahid

al fatihah

najihah sahami berkata...

wah..patriotik!!hehe..

tak sangka lak Lt Adnan mati tragis camni..al-fatihah.

Unknown berkata...

bagus2, berkobar kobar nak merdekaraya tahun ni..xpyh tgk tv nk refresh psl sjrh, tgk blog ni je..hehe..
slmt hari merdeka :)

Tanpa Nama berkata...

wah banggenye dgn lt. adnan. b4 nie xpnh tau kisah die kot =) ade eh dlm sej kite bljr dulu?haha mesti emy tido dlm kls nie.hahah

Unknown berkata...

Terima kasih bt mereka yg tlh berjuang bermati matian demi tanahair

Hans Hanis berkata...

al-fatihah kepada semua pejuang negara

Syazwan berkata...

pehh. cam dokumentari lak entri ni
XD

kajaharuna berkata...

hensem rupe nye L.Adnan ni.. huhu..

CikTeddyCorner berkata...

syukur krn ade pejuang mcm ni..krn beliau,kita nikmati kmerdekaan..alif buat cik tmbh ptriotik..hihi

[sutera kasih] berkata...

p/s: alif, nak nak kata contest, tak jugak..
ni kira mcm nuff nk kita cadangkan 6 blog baru yg kita suka..hehe

Izzati Liyana Sabri berkata...

bagusnya entry sejarah. yang lain sibuk beraya je. huhu.

pejuang tanah air mmg banyak berkorban. berani pertaruhkan nyawa untuk kita semua. bukan senang. itu pentingnya penghayatan sejarah.biar tak terjerumus kembali dalam tangan penjajah. pertahankan apa yang mereka telah perjuangkan.

Unknown berkata...

perjuangan sebegini perlu dihargai.

terima kasih untuk info ni ya alif.

salam aidilfitri dan salam merdeka juga :)

M Fizan berkata...

knapa dalam filem dia cakap leftenan adnan selamat?? huhu..fakta mana nie? apa pun, dia tetap wira!

Nyamuk Terbang berkata...

pergh patriotik
tering plak sejarah skolh dlu yg selalu gagal cheh

Tanpa Nama berkata...

jepun dulu memang kejam. leftenan adnan mgikut ceritanya memang mati tidak berkubur dan zaman sekarang, terlalu sedikit org yg mengenali siapa pejuang kemerdekaan. sbb tu la boleh berlaku kes macam2 yg myebabkan kemakmuran di malaysia ni tergugat. mmg x taw bersyukur.. ~sigh..

Rean berkata...

beliau seorang pejuang negara! :)

eva berkata...

huhuhu kejam betol lah.. sedih pulak baca.. pejuang hebat!

::ini belog saya . cinta hati saya:: berkata...

al fatihah

leftenan adnan tetap hero .

selamat hari merdeka

:)

Elie Lily berkata...

sumpah elie bangga jadi anak merdeka!

selamat hari raya..maaf zahir dan batin! :)

Nizam Ijam berkata...

sejarah mungkin berulang :D

muhamadsufian89 berkata...

pejuang negara kita. bangga ada pejuang yg macam ni. macam baca buku sejarah rasa tapi dalam versi yg simple dan lebih menarik. apa2 pun kau tetap peminat heliza. errr. haha

Goblogz berkata...

mantap lt adnan

dela taufique berkata...

kejam sangatt jepun tuh .

papepun selamat hari kemerdekaan :) bangga ada pejuang negara spt Allahyarham

caliph shuriken berkata...

nice sharing.. al-fatihah..

salam merdeka utk semua ^^

nurulain1011 berkata...

terima kasih buat wira tanah air..al-fatihah

;)

ZORA berkata...

berpatriotk sngguh..:)

ChocoStrawberi berkata...

inilah dia student upnm ;P
sentiasa mempertahankan ngra! XD
haha

Cik Amni berkata...

sedih baca.. movie yang paling aku suka tengok, pasal leftenan adnan ni la.. ulang2 pun tak kisah... yang lama dan yang baru...

alfatihah...

selamat hari raya aidilfitri bro!

dhiera zainudin berkata...

al-fatihah untuk arwah lt adnan~
salam kemerdekaan dan salam aidilfitri~ ampun maaf dipinta ye

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

akan kekal abadi dalam sejarah !!

amna berkata...

sejarah tak mungkin berulang.
terima kasih kepada pejuang2 bangsa!

al-fatihah..

alyachan berkata...

al fatihah ..

selamat menyambut kemerdekaan...
semangat petriotik :)

nine berkata...

nice info :)

Tea Dno berkata...

kita kena hargai kemerdekaan yg dicapai negara kita.. :)

Afzainizam berkata...

Jalur Gemilang bendera negara,
Tanda Malaysia negara merdeka,
Sambutan kemerdekaan besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda

Jalur gemilang berkibar megah
Lagu Negaraku berkumandang indah,
Apakah erti kemerdekaan dari penjajah,
Tapi budaya dan pemikiran masih dijajah

Tanah Melayu tertubuhlah sudah,
Tanggal 31 Ogos '57 hari merdeka,
Wahai kengkawan jagalah maruah,
Budi bahasa, budaya bangsa rakyat merdeka.

hargai jasa bakti wira negara Al Fatihah pada yang gugur

------Salam Aidilfitri-------
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
burasak vs lepat loi

anez zamri berkata...

suka sangat sejarah..dari sekolah lagi..nice entri :)

iPai berkata...

betul2 .. kena hargai jasa2 pejuang terdahulu .. selamat menyambut kemerdekaan juga !!!

syuxer berkata...

perjuangan leftenan muda adnan sungguh hebat dan harus dihayati..kerna kehebatan dia,mampu menumpaskan lebih 800 tentera jepun..

tabik hormat kepada arwah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...