Ahad, 21 Ogos 2011

Ini bukan Cerita Hantu

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..



            
     Hari itu aku berbuka puasa bersama kawan-kawanku di luar.. Selepas solat Maghrib terus kami shopping sakan.. Nak raya lah katakan.. Beli baju raya, seluar raya, songkok raya, deodoran raya..Terawikh kelaut.. =,=

Sepatutnya 10 malam terakhir Ramadhan begini semakin kuat kita beribadah pada Allah.. Ini tidak.. ish3





Dalam anggaran pukul 12 tgh mlm baru kami pulang ke rumah masing-masing, biasa lah orang bujang kan, sesuka hati nak balik pukul berapa.. Lain lah kalau berbini, mesti bini suruh balik.. Huahua ~


"Assalamualaikum," aku beri salam sambil membuka pintu rumah dengan kunci rumah yg ada padaku..

Sunyi sepi.. Salamku tiada berjawab.. Semua sudah lena diulit mimpi.. Malam ini memang terasa tenang dan nyaman cuacanya.. Tidak panas, tidak pula terlalu sejuk.. Tidak hairanlah semua ahli keluargaku sudah tumpas dengan godaan bantal dan katil masing-masing..




Aku masuk ke bilikku dan terus merebahkan diri di atas katil .. Aku niat nak baring-baring kejap, sebab belum solat Isyak lagi.. Aku peluk erat bantal pelukku, aku usap-usap..




"Syok nye kalau ada bini, boleh jugak aku peluk,, Boring hari-hari peluk bantal jep." bisik hatiku sambil tersenyum memikirkan nth siapa.. err.........................


***************************


"Allahu Akbar Allahu Akbar!" 


Aku bingkas bangun dari tidur.. Aku genyeh mata berkali-kali.. Aku usha jam di tangan.. baru 3.45 a.m.. !!

"Sapa lah yg nak azan pepagi buta nih !" getus hatiku sambil menarik semula selimutku.. Aku  fikir bilal masjid sebelah rumah aku tu TERsilap azan agaknya..


*****************************


"Allahu Akbar Allahu Akbar !"


Aku Terkejut lagi dan bangun dengan mata terbeliak.. Aku toleh kiri kanan .. Kali ini bukan takbir je aku dengar tapi telinga aku ditiup "seseorang" ! 



Aku istighfar banyak-banyak .. Terasa bulu romaku meremang.. Seram sejuk.. Memang knfem tak boleh lelap mata lagi.. Aku pndang jam pada tangan.. 

Sudah 4.00 a.m dan baru aku teringat yg aku belum lagi solat Isyak ..! Lalu aku bingkas bangun menuju ke bilik air yg berada di luar rumahku.. rumah kampung kan..



"Ahh bulan puasa mana ada hantu !" tegas hatiku bila perasaan takut menyelubungi diri nak keluar rumah.


Aku  gagahkan diri masuk ke bilik air..
Selepas aku berwudhu', aku menapak keluar daripada bilik air.. Sambil aku meraup muka yg basah sambil aku toleh kiri kanan..

Tetiba........



Bulu romaku meremang, badan menggigil, lidahku kelu.. Aku terus melangkah laju masuk ke dalam rumah dan terus menutup pintu.. Sejadah ku tebar dan bersolat Isyak.. 

Sememangnya solat isyakku itu tidak khusyuk.. Tidak habis-habis memikirkan kejadian tadi .. Kejadian dimana aku terlihat beberapa batang pokok menyembah bumi kelihatan seperti sedang sujud, dan pada waktu itu jugalah kedengaran seperti bunyi para cengkerik sedang bertasbih memuji Allah beramai-ramai..!! 

Dalam solatku itu hanya mulutku yg membaca tetapi hatiku tidak khusyuk.. Hatiku seperti begitu bersalah pada Allah dan malu pada alam ini.. Malu yang amat .. Aku lupa  kewajipan aku pada Allah sedangkan alam ini tidak pernah putus bertasbih dan memuji Allah..




Tanpa kuduga air mataku menitis membasahi tanganku yg sedang kiam dalam solat isyakku itu....... 





"  صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ  (Jalan mereka yg Engkau beri nikmat, Bukan jalan mereka yg Kau murkai dan pula jalan mereka yg sesat) " Hatiku bertambah sebak bila membaca ayat terakhir surah Al-fatihah ini.. Air mata semakin deras mengalir  .. 

Ampuni dosaku ya Allah, sesungguhnya aku telah sesat dan leka bersama nikmat dunia ini ya Allah..!


**************************



Pada sujud terakhir solat sunat taubatku, aku merintih meminta ampun pada Allah.. Aku yakin Dia sedang mendengar aku, memerhati aku, dan merapati aku .. Aku dapat rasakan hatiku begitu dekat dengannya.. Mahu sahaja aku pergi dari dunia ini bersamaNya.. Aku tidak mahu lagi jauh daripadaNya.. !



Lihatlah betapa kasih sayangNya pada kita, walaupun kita kadangkala lupakan Dia, Dia tidak pernah lupakan kita.. Aku sedar bahawa segala yg terjadi malam itu adalah panggilan Allah kepada aku agar kembali dekat kepadaNya.. Dan mungkin malam itu adalah LailatulQadar.. Seandainya benar.. Terima kasih ya Allah menemukanku dengan LailatulQadar..  


Aku sedar tanggungjawabku sebagai khalifah di dunia ini belum lagi terlaksana.. Tujuan aku dilahirkan adalah untuk membawa bersama saudara mara seIslamku ke jalan Syurga.. Bukan aku seorang !




p/s : "aku" bukan aku..





81 ulasan:

cik pha berkata...

heheh ade hikmh semua tu..semua terjadi dengan bersebb mungkin disebbkan kelalaian kau..Allah hadirkan suara untuk mengejutkan di waktu pagi2.untuk beribadat kepadaNYA

Wanie berkata...

cite betul ke tak ni dik?

meremang gak bace entry ni..huhu
tambah2 part nampak pokok bersusjud tu..malam lailatulqadar kah?

" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

IMANSHAH berkata...

shopping siang boleh bro..utamakan berjemaah bro..wallahua'lam

anez zamri berkata...

insaf baca entri ni...10 terakhir ni lah patut kita rebutkan..

Unknown berkata...

subhanallah...
ramadhan dh nak meninggalkan kita

Cik Ice berkata...

Menarik lah n3 niyh..tenx for sharing..:)

Unknown berkata...

subhanaallah.. semua itu ialah makhluk allah.. mereka tidak pernah lalai.. kenapa kita 'manusia' selalu lalai? kita lupa janji janji kita pd allah.
sama samalah kita menuju kejalan yg benar ya ! :)

Unknown berkata...

berdoa semoga harapan kita termakbul...amin

Asyila Zainuddin berkata...

insaf plak bace.. hmmm.. aku bukan aku ek..

Tanpa Nama berkata...

bukan kau ? maksudnye ?

qamarguyz berkata...

salam ziarah..
jika "aku bukan aku", siapa pemilik kisah ini yer?
besar rahmat buat diri-Nya, besar hikmah buat diri kita..
syukran atas perkongsian

inna_risna berkata...

nice story..penuh pengajaran!
tkdang tu kita lalai dgn keseronokan dan keasyikan duniawi sehingga melepaskan/meninggalkan suruhan-Nya..well, baik utk muhasabah diri..^^

shedameor berkata...

betol2. kadang2 kita terlupa akan DIA :)

terpatrisinarabadi berkata...

oh aku bukan aku..
kdg2 apa yg berlaku ada hikhmah d sebaliknya...buat kita tersedar sendiri akan kebesaranNYA

Tanpa Nama berkata...

kalau 'aku' itu aku pasti lebih menerujakan. :)

Nice sharing. Thank you. May Allah bless us.

Untuk 'aku', jangan tangguh solat lagi lain kali. Hehehe. :)

Wadi AR berkata...

aku?

semutsengal berkata...

Err,


aku subuh tadi pun terlajak akibat tidur lepas shur.


umm., aku sahur ke ek ?

Unknown berkata...

tentu ada hikmah sebaliknya...tanngungjawap kita hidup dimuka bumi hanya untuk menyembah Allah yang maha esa.

Unknown berkata...

bestnye kalo dpt tgk mlm lailatulqadar..
hehe..
hek eleh, ingt nih citer psl ko..

Ainsha berkata...

kalau 'aku' bukan aku, siapa 'aku' yang dpt hidayah tu?

Lea Isnawi berkata...

nice entry :)

Anif Abdullah| AA berkata...

apakah? apakah?
hmm.. cerita ni agak sesuai untuk aku yang sentiasa lor leka sekarang..

Jue berkata...

syukur2..mungkin itu satu caranya DIA mengingatkan kita kpd tanggungjawab kita yg telah kita secara sengaja atau tidak sengaja kita abaikan

Unknown berkata...

err..betol ke doe nih??

iPai berkata...

eh ni bila ye post ni .. malam tadi ke .. waaa .. tak nak terlepas !

Anak Wak Mail berkata...

untungnya orang tersebut dapat menemui malam lailatulqadr..=)

ILA HonEyBuNNy berkata...

Ya....

Allah tak pernah lupakan kita dan sentiasa ingatkan kita...tapi kita ja manusia lalai..

bertuahnya jumpa malam LQ...

Karya Hati berkata...

peringatan :)

Sarah Mohd Saleh berkata...

syahdu terkedu aku bacehaa..ceat2lahh nkah haaa.kalau xnk plok bntal jerk

BubuBobot berkata...

kau pikirkan aku ke? alahhh jangan la. HAHAHAHAHA

milo berkata...

SUBHANALLAH... 'aku' begitu bertuah andai malam itu benar2 malam Lailatul Qadar. entri ni sgt sedih. buat saya betul2 rasa hina dan jahil di sisi ALLAH. :'(

Unknown berkata...

wow.. best giler pengalamn ko.. tp yg dgr bisik tu, mungkin malaikat.. :)

Unknown berkata...

sangat bertuah kalau dapat malam lailatul qadar tuh..

Aku pn nak jugak, tp belum berkesempatan lagi dipertemukan.. :D

Zul fattah berkata...

wahh..menarik cite ni..timbul keinsafan paada aku.. tima kasih alif.. share it..

Alif berkata...

subhanallah,

nurathirahkaman berkata...

aduh sebak baca...:(

Goblogz berkata...

anda bertuah

Aimifiqa berkata...

menakutkan. tapi kan. maybe ade hikmat suruh semayang tu,

Luqeem™ berkata...

setiap apa yg berlaku ada hikmah. supaya kita kembali kepadaNya. Allah tidak akan memesongkan seseorang jika Dia mahu. Allah memang sayang kita..

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

dah sudah ingat citer alif ..

Unknown berkata...

Subhanallah..ni satu peringatan.. bertuahnya Alif dapat malam lailatulqadar..semoga lipat gandakan amalanNya..

myhatiku berkata...

same2 lah kite berusaha mencari malam lailatul qadar..

Nadia Syakila berkata...

Allahuakbar! Subhanallah! Jom .. Kita kejarr...

Emilia Emira berkata...

aku bukan aku..takpe same2 kita amek iktibar kisah "aku" tuh,,,thnx share alif..;)

syuxer berkata...

malaikat kot yang dimaksudkan "seseorang"

kalau pasang niat nak bangun menghadap Allah s.w.t, insyaAllah akan automatik terbangun..

kisah ini menarik sekali..ada hikmahnya yang cukup mengentarkan hati yang masih lalai..

azs berkata...

Subhanallah.. Kadang2, kita terlupa dan ada yang mengingatkan.. Bersyukur dan bergembiralah kerana diingatkan kepada-Nya saat kita alpa seketika.. Semua itu ada hikmahnya.. Alhamdulillah.. :)

Abu Huzaifah berkata...

semoga memberi kesedaran.. aku tringan nak tgk semua alam semesta mnyembah...

Rean berkata...

bagus cite ni menarik :)

ifwat berkata...

dah 10 malam terakhir ni bro.. semoga kita sama2 banyak buat amal.. hehe

ZORA berkata...

nice entri...

Niena Muhammad berkata...

pokok sujud? erm.. kalau malam Lailatulqadar mmg ada tanda2 tu.. pokok pn sujud pd Allah

YouSOF berkata...

Allah Maha Besar... Sungguh, terkesima aku masa baca yang pokok tu bersujud, sungguh bertuah sesiapa yang dapat menemukan LailatulQadar.... ;)


Terima kasih Lep perkongsiannya..

najihah sahami berkata...

lepas ni jgn balik lambat lg..heheeh....

sebelum tidur basuh kaki...

nak tidur baca doa.

hik hik. banyak lak pesan..:P

Unknown berkata...

btol tu..ayuh kiter same2

Tanpa Nama berkata...

ish.ingat kan alif yang bertembu lailatulqadar. berdebar debar baca.
astaghfirullahalazim. Allah meman gtidak pernah lupakan kita.

Izzati Liyana Sabri berkata...

ingatkan betul-betul awak rasa. ye, mari semua kita beribadah agar kita ditemukan dengan malam ni. tapi perlu constant. bukan sekadar mencari malam itu.

dhiera zainudin berkata...

subhanallah..meremang dan speechless baca entri ni~
bertuah la kamu sebab masih diberi peluang untuk lailatulqadar walaupun terleka sebentar~

cunndaa berkata...

smg kita sama2 dapat berkat ALLAH...mengejar malam lailatul Qadar

Iefa Ujang berkata...

"aku" bukan aku???cettttttt...kompiusss dennn.tp btol ke ni???nak thu nak thu !!!

Tea Dno berkata...

kalau aku bukan aku, siapa empunya ni? huhu.. tapi, cerita ni memang menusuk kalbu lah.. hurmmm.. kerdilnya kita..

Unknown berkata...

aliff pun kena jugak..?hari tu kak bui pun ada kena..tp dlm pukul 1 pagi mcm tu..masih terngiang2 lagi sampai sekarang..huhu..

Afikah Aziz berkata...

mula2 bace terkejut ingat ni kisah Alif,rupe2 nye kisah org len ye huhu..seeloknya tak perlu diceritakan kisah bertemu Al Qadar,jika bnda ni dah lama xpelah tp jika kisah ni masih baru elok dijauhkan sbb xmustahil akan jd fitnah,ape pun terima kasih Alif sudi kongsi,sbg peringatan buat semua :)

cik sakdi berkata...

isk isk. baguslah kalu mcm tu. sebenarnya susah nak dapat mcm tu kan kan.

Unknown berkata...

terasa begitu hina disisinya

Pamie berkata...

bertuah tuan badan "aku" tu..

Unknown berkata...

err kesah sape sebenarnya ni?

Alhamdulillah Allah temukan dengan mlm Lailatul qadar. mungkin 'aku' itu insan yg terpilih disisiNYA.

kotak bulat berkata...

subhanaallah..

scya lollita berkata...

kejar lailatulqadar . sentiasalah beringat .

adeeb khairudin berkata...

subhanallah. mule2 takut ngat kan ape. huhu. beruntung "aku" tu kan :)

~Sal Ismail~ berkata...

siyes meremang bulu roma baca~ moga Allah hembuskan kekuatan utk terus sujud pada-Nya~

Unknown berkata...

untung lh kamu sesungguh ny kamu insan yg terpilih utk melihat kejadian itu.. walaupon ia nye membuat kn bulu rome kite meremang ...

[sutera kasih] berkata...

kisah siapa pun, ianya sgt bermakna utk saya yg membacanya..muhasabah diri..

ika berkata...

:) semoga "aku" tu jd alif,ika n semua yang baca entry nie...insyaAllah kte dpt temu malam lailatulqada tu...^^,

Tanpa Nama berkata...

semoga kita dipertemukan dgn malam yg lebih baik drpd 1000 bulan tu.. =)

shafmechy berkata...

Bersyukur sgt klu ditemukan dgn malam tersebut...

tiefazatie berkata...

subhanaallah..untungnya aku tue..

Santan Berlada berkata...

kawin la cepat...
dpt pluk bini... LoL

Unknown berkata...

kalau kita mmg niat untuk menghadap Allah pati akan diermudahkan..sellu kalo kt asrama ayie mcm gitu ah..pasang niat..

btw, alhamdulilah jika alif dpt jumpa mlm lailatur qadar.. mungkin kebesaran Allah bt alif.. alhamdulilah..

syarifahsidrus berkata...

alhamdulillah..

allah boleh bagi macam2 cara untuk sedarkan hambanya kan

Aisyah Aina berkata...

untunglah 'aku' tu...sedih wehh ;(

Afzainizam berkata...

EEEMMMM kalau lah dapat ku temui malam iteww.. bertuah lahh aku
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...